Pencinta Novel

March 28, 2005

Ombak Rindu - Fauziah Ashari




cover baru













Ombak Rindu - Fauziah
Ashari Posted by Hello

RM19.90 Klik untuk Order



Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9
Komen Saya:

Rating: **** best boleh buat koleksi

Pergilah Sepi



Pergilah Sepi - Fauziah Ashari Posted by Hello

Sinopsis : PERGILAH SEPI Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.
Harga : RM 12.00
Halaman :368
ISBN : 983-124-059-1

Komen saya:

Ok buat novel pertama nya, ada plot2 yang tidak berkenaan di garap dan tidak kukuh. Ada juga bahagian yg saya baca cara scanning sebab tak berkaitan dengan jalan cerita. Tapi jalan cerita menarik. Cuma tidak digarap secara terperinci dan menyebabkan cerita sekejap ke sana dan sekejap ke sini, tiada kesinambungan untuk plot sampingan.

Secara keseluruhan jalan cerita menarik dan saya membaca dalam masa sehari habis.

Rating saya: **+ ok lah tu...

March 24, 2005

Dia Lebih Mengerti - NB

Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim.

Komen saya:
First time saya baca novel dari Norhayati Berahim, dan kebetulan novel ni diterbitkan sendiri oleh NB (syarikat dia).

Jalan cerita best, kisah mengenai seorang anak yg disisihkan dari keluarga kaya (datuk) sebab datin tak suka badan dia jadi gemuk sebab pregnant kan anak tu. Tapi anak pertama datin di tatang bagai minyak yg penuh, dan dimanja kan sampai spoilt. Anak tu Umairah, dibela oleh nenek dan atuknya dikampung, hinggalah nenek meninggal. Umairah duduk rumah yg ayah dia bagi bersama ngan kawan dekat bandar. Dah besar dan kerja sendiri (meniaga kedai dobi).

Umairah watak nya seorang wanita yg lembut dan tenang. Alim dan berbeza dengan kakaknya Amy yang spoilt, manja dan tidak sopan (penuh dengan masalah sosial).

Cinta datang apabila Umairah terlanggar Abid di airport. Dari situ Abid mengejar Umairah sehingga sanggup menyewa disebelah rumah Umairah. Cinta berputik tapi Abid menyimpan dengan kemas isi hatinya serta latarbelakang keluarganya. Berpura-pura bagaikan seorang despatch yg bermotor besar, Abid cuba rapat dengan Umairah. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Umairah melayannya dengan baik walaupun dia sekadar seorang despatch.

Rahsia diri Abid terbongkar apabila teman serumah Abid menghadiri mesyuarat dengan syarikat milik ayahnya, dan Abid pula menjadi pengerusi mesyuarat. Umairah geram dan marah lalu melarikan diri . Pada waktu yg sama Umairah terpaksa bergelut dengan masalah perebutan harta dengan makciknya, dan juga Datin (ibunya) diserang strok dan lumpuh. Dia cuba melupakan cintanya buat sementara.

Bacalah seterusnya novel cinta dan konfilk keluarga ....

Rating saya: **** boleh dibuat koleksi

March 23, 2005

Sutera Kasih - Sirhan Ansari


Sutera Kasih - Sirhan Ansari Posted by Hello

Sinopsis : SUTERA KASIH Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?

Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman.
Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!

Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.

Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!
Harga : RM 15.00
Halaman :368
ISBN : 983-124-180-0

Komen saya:

Kisah mengenai pengorbanan seorang isteri Syima pada Azwa (x wife Faris). Hmmm dalam cerita ni watak Faris tu nampak lemah sangat. Letih saya baca dari awal hingga akhir. Banyak muka surat yg saya skip sebab nak tau apa cerita seterusnya. ASyik ulang2 paragraph yg sama. Letih!.

Rating saya: ** hmmm :(

Sehangat Asmara - Aisya Sofea

cover lama

cover baru
Harga RM19.90
Alaf21

Add to cart
Sehangat Asmara - Aisya Sofea Posted by Hello

Sinopsis : SEHANGAT ASMARA Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....
Harga : RM 19.90
Halaman :560
ISBN : 983-837-036-3
Komen Saya:

Cerita nya hangat dan mendebarkan... Sungguh tak sangka kenapa terjadi begitu, rahsia yg cukup kemas di simpan Zainal akhirnya terbongkar jua oleh adiknya... Mengisahkan pertalian keluarga dan antara 2 darjat...

Rating Saya: ****+ best dan seronok baca. Habis baca dalam sehari!

March 18, 2005

Jendela Hati - Aisya Sofea


Jendela Hati - Aisya Sofea Posted by Hello

Sinopsis : JENDELA HATI
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Harga : RM 14.00
Halaman :344
ISBN : 983-124-034-0

Komen Saya:

Aduh syok nya cerita ni.... baca macam terawang2... sedih pun ada abila Farah terpaksa melarikan diri ke UK utk sambung Master sambil anak dlm kandungan dibesarkan.. SEdih pulak bila anak nya meninggal semasa dalam kandungan 7 bulan akibat darah tinggi yg di alamai secara mendadak ketika kedatangan Lukman Hafizi (suaminya) utk menjemput dia pulang...

Syok bila mana suaminya cuba memujuk dengan cara slow... Cerita macam real berlaku tapi ada la sikit2 tokok tambah tu.

Rating: ****+ syabas Aisya Sofea!

Seharum Kasih - Aina Emir


Seharum Kasih oleh Aina Emir Posted by Hello

Sinopsis : SEHARUM KASIH
ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!
Harga : RM 17.00
Halaman :480
ISBN : 300

Komen Saya:

Permulaan Cerita agak slow, tapi bila dah baca sampai tengah dah tak sabar nak tau endingnya. Kisah macam too good to be true.. Walaubagaimanapun Rasya watak utama dalam cerita ni memang seorang yg tidak fikir panjang dan suka buat keputusan sendiri2.....


Rating: ***+ boleh lah..

March 14, 2005

Sesuci Cinta - Aina Emir


Sesuci Cinta oleh Aina Emir

Sinopsis : SESUCI CINTA
Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?


Harga : RM 17.00
Halaman :496
ISBN : 983-124-134-7


Komen saya

Ceritanya seolah2 diadaptasi dari novel inggeris Mills n Boons, romantik dan seolah2 tidak berpijak di bumi yg nyata. Walaubagaimanapun pengolahan cerita menarik, kisah cinta pun menarik.

Nuraina yg dulunya bersekolah agama dengan pendidikan agama tetapi apabila mendapat tawaran kolej of London mengambil kursus yg amat berbeza dengan pelajaran nya (kursus fesyen). Dengan minat yg mendalam nuraina berjaya dalam bidang fesyen di UK.

Di situlah dia mengenali Behzad, seorang ahli perniagaan berketurunan Arab Parsi dan pemastauti Amerika. Dikenali melalui majlis Lady Mary Anne - majlis2 aristokrat. Nuraina merupakan pereka fesyen untuk LAdy Mary Anne. Behzad pula jatuh cinta dengan Nuraina yg fasih berbahasa ARab dan English UK. Tetapi Nuraina masih belum boleh melupakan cinta pertamanya dengan jejaka malaysia sewaktu dia di sekolah agama dahulu.

Cinta pertamanya tidak dapat diteruskan kerana mendapat tentangan dari Puan Sri yg merupakan ibu kepada jejaka yg dicintainya. Dengan alasan begitu dia melarikan diri ke KL dan dari situ di mendapat tawaran dari British Council untuk melanjutkan pelajaran ke UK.

Setelah tamat pelajaran dia terus bekerja di UK dan menghantar pulang wang ke kampung. Kelaurga angkatnya di UK merupakan keluarga Arab dan mempunyai 2 anak perempuan.

KEmuncak cerita ini adalah apabila Nuraina bercuti di Sepanyol bersama Lula (adik angkat nya). Di istana alHambra dia terserempak dengan jejaka cinta pertamanya - Armand. Sebenarnya bukan terserempa tetapi Armand yang menunggu disana....

Baca lah selanjut nya, seronok........!

Rating saya: ****+ bleh baca berulang2 walaupun tak berpijak dibumi nyata..

Posted by Hello

March 11, 2005

Gelora Jiwa - Aisya Sofea


Gelora Jiwa oleh Aisya Sofea

Kisah bagaimana seorang gadis yang sudah bertunang tetapi jatuh cinta dengan abang tunangnya. Bermacam-macam-macam konflik yang timbul, benar-benar membuatkan kita ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Tajuk : Gelora Jiwa
Halaman : 414
Harga : RM17.00

Komen saya:
Syok nya baca. Kisah cinta Intan Azureen yang tidak menyangka org yg dicintai itu Hanif Ashman merupakan sepupunya sendiri. Mula2 saya membaca, saya mengandaikan Hanif Ashman adalah Hanif Azman, cuma bunyi saja yang berbeza.. Ingin juga saya mengandaikan bahawa tunangan Intan adalah Hanif Ashman, tetapi penulis nyata mahu kisah menjadi terlalu menarik sehinggakan tunagan nya itu adalah adik kekasihnya.

Bagaimana tunangan nya itu tidak memperdulikan seperti tidak pernah menjenguk keluarganya malah tak pernah bersua dengan Intan Azureen sendiri. Atas alasan itulah hati Intan Azureen beralih arah ke Hanif Ashman yang mengambil berat dirinya.

Kemuncak cerita ini berada di hujung novel. Intan yang nyata tidak mahu mengecilkan hati keluarganya menurut sahaja perkahwinan dan mengorban kan cintanya. Walaubagaimanapun Allah maha Adil. Akhirnya perkara sebenar terbongkar juga apabila tunangannya memberitahu bahawa dia ditunangkan hingga 6 tahun atas dasar harta pusaka yang dimilikkinya.

Baca lah seterusnya bagaimana Hanif Ashman jejaka yang dicintainya itu berusaha memilikki nya....



Best dan seronok membaca. Keadaan persekitaran dan lokasi mcam betul dan cerita pun macam ada kebetulan.

Rating: **** boleh baca ulang2 dan dibuat koleksi.
Posted by Hello

March 10, 2005

Rindu Yang Pergi - Fazie Hanna


Rindu Yang Pergi oleh Fazie Hanna
Sinopsis : RINDU YANG PERGI

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....

Harga : RM 13.00
Halaman :352
ISBN : 983-124-152-5

Komen saya:

Ceritanya sedih lagi menyedihkan, sikit jer yg happy. Tapi dibaca dalam masa sehari sebab nak tahu apa kesudahannya. WAtak utama masih menggunakan nama yang pelik bagi seorang wanita melayu yang tidak mix atau bukan pan asian..... Kalau dapat tukar ke nama biasa pun ok.

Watak utama dalam novel ini adalah aku Nia Karmilla tapi aku akhirnya mati.... Tapi aku boleh tulis novel....

Rating: *** boleh lah...


Posted by Hello

March 9, 2005

Seindah Memori - Ilani Mysara


Seindah Memori oleh Ilani Mysara

Sinopsis : SEINDAH MEMORI
Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia.

Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati.

Ungkapan ÔAku cinta padamuÕ mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi.

Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat! Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?

Harga : RM 16.00
Halaman :416
ISBN : 983-124-181-9

Komen Saya:

Membaca tanpa henti2. Ingin tahu kesudahan cerita. Akibat cinta yg mendalam antara dua darjat menyebabkan Dayang menjadi korban. Sesuai dengan tajuknya Seindah Memori. Cerita ini seolah2 mengembalikan kita ke zaman silam yg mana cinta dua darjat dihalang.

Rating: ***

Posted by Hello

March 8, 2005

Setulus Janji - Aina Emir




Add to cart

Tajuk: Setulus Janji
Penulis: Aina Emir
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90

Sinopsis : SETULUS JANJI
Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.


Harga : RM 18.00
Halaman :464
ISBN : 983-124-179-7

Komen saya:

Seperti kulit bukunya, novel ini penuh dengan ketenangan dan santai apabila membacanya. Kategori best dan boleh dibuat koleksi. Nama2 dalam watak yang digunakan sangat kena dengan sifat watak tersebut. Keindahan lokasi diceritakan dengan terang dan romantik.
Kemelut Insyirah diolah dengan penuh rasa emosi seolah2 pembaca adalah Insyirah.

Walaubagaimanapun ada sedikit typo dimana dalam bab akhir watak sepatutnya Ilham ditulis Insyirah. Saya membaca berkali2 dialog tersebut dan ternyata dialog milik Ilham. Pembaca juga dibawa ke bayang2 seorang anak kecil yang dibesarkan di UK dengan petah bercakap Inggeris dan boleh menyebabkan pembaca tersenyum sendirian.

Seronok baca kerana penuh dengan perasaan romantik dan membara.

Rating: **** boleh dikoleksikan dan dibaca berulang2.

Posted by Hello

Cintamu di Hati


Cintamu di Hati oleh Aida Adriani

Sinopsis : CINTAMU DI HATI
Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya?


Harga : RM 16.00
Halaman :416
ISBN : 983-124-178-9

Komen saya:
Memang Best!.. Dari bab 1 hingga ke seterusnya amat menyentuh perasaan. Susunan ayat penuh bermakna. Syabas pada penulis.

Rating: ****

Boleh buat koleksi


Posted by Hello

Badai di Hati - Fazie Hanna


Novel Badai Di Hati. Penulis Fazie Hanna


Sinopsis Badai Di Hati

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.

Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.

Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.

Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paragdima hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.


HARGA: RM17.00 HALAMAN: 436 PENULIS: Fazie Hanna

Komen dari bacaan saya:

Bab pertama dan kedua sangat terperinci membuatkan pembaca tertanya2 apakah isu yang akan diperkatakan dalam novel ini. Tetapi selepas membaca hingga ke tengah novel baru ceritanya menjadi rancak.

Kisah ini banyak mempamerkan hati seorang wanita yang cekal, walaubagaimanapun watak utama iaitu Natilly sekejap menjadi gila adalah seperti tidak kena dengan keadaan asalnya yang tenang semasa mengadap saat kematian ayahnya dan kemelut semasa menjaga adiknya Adli. Apabila Adli menjadi psikosis selepas disahkan oleh doktor, Natilly masih boleh menerima keadaan dan berfikir dengan waras.

Sebaliknya pula berlaku apabila Natilly ditimpa kesusahan bilamana suami yg tercinta dipenjarakan atas kesalahan berat (bapa ayam) dan dia dirogol pula oleh sepupunya sendiri Mukhriz. Natilly pula menjadi gila? Sedang kan sebelum ini dia seorang yang kuat pegangan agama... Seolah2 tidak kena dengan sifat yang digambarkan sebelum ini.

Rating: ***

Novel-novel Melayu yang dibaca sejak Mac 2005

Berikut adalah pendapat saya tentang novel yg telah dibaca sejak Mac 2005.