Pencinta Novel

September 2, 2005

Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem




Harga :RM19.90
Terbitan: Alaf21
Bil M/s:
Penulis: Sharifah Abu Salem


TIADA LAGI MIMPI mengisahkan kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura.

Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata.

Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

Komen saya:

Mula membaca, terasa suspens. Norseha hadir semula di rumah Razif setelah berjaya melepasi saat sedih atas kematian ayahnya Pak Badar. Dengan azam akan membaiki diri, dia berusaha dengan sesungguhnya untuk menghormati keluarga kakaknya Norjinah. Walaubagaimanapun, dia akur yg perkara yang lepas telah meninggalkan kesan yang keterlaluan pada dirinya. Ini menyebabkan jiwa nya terganggu, tambahan dengan usia remaja nya, masih mentah untuk mengawal keadaan.

Cintanya pada Razif tetap tidak dapat dihilangkan. Badrul pula tampil cuba mencuri hati Norseha. Bukan kerana terlalu cinta, malah Badrul sendiri terpaksa berada dipersimpangan untuk menentukan manakah pilihan. Sharifah Yasmin yang jelita terpaksa dikorbankan demi maruah keluarga.

Norjinah, dalam masa yang sama pula menyimpan perasangka terhadap adiknya. Bisikan-bisikan jahat, malah hasutan Sharul, adik ipar Razif juga memberikan kesan pada dirinya. Akhirnya dia mengalami post-natal depression, akibat terlalu memikirkan masalah keluarga. Bibik juga menyimpan prasangka yang lain, mujur juga tidak tersebar rahsia keluarga mereka.

Pada saya, novel ini penuh aksi2 suspens, tetapi pada akhir novel, tidak juga dapat dipastikan sama ada Norseha betul-betul insaf dan menyintai orang lain selain RAzif dengan sepenuh hati... Yang pasti, cerita nya best dan menarik.

Rating saya:
**** (Best jugak lagi!)