Pencinta Novel

June 27, 2006

Permata Asmara - Rozita Abd Wahab


Permata Asmara - Rozita Abd Wahab

Sakitnya hati tatkala melihat
kekasih hati digoda teman
baik sendiri. Terseksa jiwa
raganya. Terbakar
perasaannya. Sandiwara apakah
lagi yang ingin
dipertontonkan kepadanya?
Sampai bila ingin didera
hatinya? Bukan sekali Azlinda
memperlakukan Nurin begitu,
berkali-kali... hingga Nurin
takut untuk jatuh cinta
lagi... takut dikhianati...
takut cintanya bertukar
menjadi mimpi-mimpi ngeri.
Namun tidak untuk cintanya
kali ini. Adam adalah
nyawanya... memiliki Adam
adalah impiannya demi masa
depan yang lebih bermakna.
Lalu Nurin bangkit
memperjuangkan haknya yang
baru bermula. Namun sekali
lagi impiannya berantakan,
percintaannya dan Adam
ditentang... terhalang.
Menjadikan hatinya duka lara.
Iskandar hadir bagai
menamatkan riwayatnya.
Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya....

Harga: 22.90
CESB
ISBN 983-893-583-2
M/s: 458

Komen saya:
Jalan cerita nya okey. Kisah Nurin dgn Eric Chua, mulanya seperti mendapat tentangan, terutamanya bila Eric bukan beragama Islam. Kisah silam keluarga Nurin bila berkahwin dengan bangsa cina, keluarga nya menentang keras hubungan mereka. Di tambah pula dengan kawan baik Nurin, Azlinda yang suka memikat sesiapa saja yg rapat dengan Nurin. Rupa-rupanya ada kisah disebalik Azlinda.

Berbagai konflik yang menarik dipaparkan oleh Rozita. Tak sia-sia membaca nya hingga habis dan setiap helai dibelek. Akhirnya mesti happy ending....

Rating saya: ***

Kiambang Kembali Bertaut- Laila Haryati


Harga :18.90
CESB
M/s: 390
ISBN 983-893-625-1

Kasih ini bukan untuk kita tangisi.... Juga bukan untuk kita biarkan pudar warnanya lalu berkeping-keping jadinya. Kasih ini adalah jambangan cinta, mengharumkan mahligai asmara yang telah kita bina... menjadikan hari-hari yang kita lalui, asyik sekali. Sehingga kita tidak sedar kala ombak ganas datang menyerang lalu menghayutkan kau dan aku.

Abang, sesekali kala ego datang membelit diri... aku lupa pada syurgamu yang kugantung tinggi. Aku lupa pada janji-janji kita... menerimamu seadanya tanpa mengira darjat dan rupa. Janji yang aku akan setia padamu walaupun kau bukan siapa-siapa pada keluargaku.
Tergelincir seketika aku dari landasan iman kala membiarkan engkau sendirian melayari
impian dan harapan yang pernah sama-sama kita impikan. Dan rajukmu yang panjang menyedarkan aku tentang dosa-dosa semalam.
Abang... izinkanlah aku terus menghuni hatimu. Dan terus setia menjadi pasangan hidupmu di dunia dan di syurga...

Komen saya:

Tentang novel ini, berbunga-bunga bahasa dan berseni sekali. Macam baca sajak/syair pula. Secara keseluruhan nya novel ini biasa aje buat saya sebab saya minat jalan cerita, tapi untuk kategori seni, mungkin peminat novel seni akan mengiktirafkan nya sebagai 5 bintang.
Jalan cerita mengisahkan seorang suami yg merajuk kerana telah di perkotak-katik kan oleh sang isteri yang berkedudukan, sedangkan suami nya cuma seorang miskin, atas dasar cinta mereka berkahwin, tapi suaminya bagaikan babu dirumah besar isteri tersebut.
Maka bermulalah konflik dimana sang isteri tersedar akan kesilapannya yang terlalu mengingkari suami, lalu memohon pertolongan dari ustazah dan rakan yang dulu mempertemukan dia dengan suaminya.

Walau bagaimanapun, suami tersebut, tidak makan dipujuk walaupun masih sayang pada isteri. Dia terasa ego nya terlalu tinggi untuk dipijak semula oleh isteri. Maka suami tersebut telah berusaha dengan hasil seni batik conteng hingga ke taraf antarabangsa.

Akhir sekali, happy ending... KEna baca sendiri, kalau ulas disini juga, rugi lah tak baca semua.

Rating saya: **++

June 26, 2006

Getaran Rindu




Sinopsis : GETARAN RINDU
Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.
Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.
Harga : RM 19.90
Halaman :592

Komen saya:

Mula membaca, jalan cerita agak slow. Tapi dah hampir 3/4 buku, makin laju, Dengan adegan2 suspen yang di alami heronya Izham. Kisah percintaan yang mulanya tidak nampak (Fara menyimpan rasa - Izham juga begitu). Tetapi tidak lama, akhirnya Izham melamar Fara sebelum berlepas ke Singapura untuk ke Venice. Walau bagaimanapun dia tertipu dgn Suffian yg hendak menghapuskannya. Tiket yg diberi oleh Suffian atas dasar kontrak fotografi hanya sehala. Detik2 cemas berlaku apabila dengan tidak sengaja Izham terkoyak sampul kontrak nya itu, dan didapati hanya kertas A4 kosong..... Mulai dari itu, dia cuba meloloskan diri ke Thailand. Di situ dia merancang sesuatu untuk membalas dendam pada Suffian.

Seterusnya bacalah ending nya... happy ending...

Rating saya:
*** (Norzailina tetap unggul!)