Pencinta Novel

November 11, 2007

Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir



Moga Kau Mengerti

Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan ALAF 21
Halaman :544
ISBN : 978-983-124-317-6

Sinopsis Belakang Buku:

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

Komen Saya:

Puas saya cari novel dari Lily Haslina, semasa bulan puasa yang lalu, MPH ada membuat promosi di ruang legar Alamanda, tapi malangnya tiada sebuah pun novel Lily Haslina walaupun ada dalam sistem. Agaknya sebab promosi, jadi MPH tak pamerkan buku2 baru, hanya buku lama mcm Marah2 Sayang tu ada dan buku2 novel inggeris yg popular, trionovel dari penerbit lain selain alaf pun ada. Akhirnya Minerva juga yg dituju.

OK, setelah menatap, membelek dan memerhati, saya pun beli novel ni, memang berbaloi juga la, dalam masa sehari saya habis baca. Sebenarnya dah habis 3 minggu lepas tapi tak sempat nak upload di sini.

Dalam novel ni ada macam2 perasaan, macam makan ikan tiga rasa, masam,manis dan masin. Ada sedih, sayang dan ketawa. Kisah hidup Adeena dikupas dari umurnya remaja (masih sekolah) hingga la ke universiti dan bidang pekerjaan. Kisah cinta monyet (pakai surat-menyurat) zaman dulu tersambung kembali sewaktu di alam pekerjaan.

Adeena sebagai journalist berkahwin dengan suaminya yg dulu cinta monyet nya, tapi dia tersiksa dan didera. Orang yang dianggap sebagai pelindung, telah menjadi musuh nya, namun dia pasrah. Hinggalah kemuncaknya dia telah dipukul hingga dimasukkan ke wad kecemasan. Akhirnya suaminya melepaskan Adeena dan pergi berubat.

Adeena pula telah dilamar Doktor yang merawatnya walaupun pada mulanya tiada perasaan cinta pada dr Adib.

Akhir cerita ini seolah2 tergantung... Namun syabas Lily kerana berjaya menggambarkan kehidupan sebenar seorang journalist.

Rating saya:
****1/2