Pencinta Novel

March 26, 2008

Menggamit Syurga Firdaus - Kamisah Abu


Add to cart
Tajuk: Menggamit Syurga Firdaus
Penulis: Kamisah Abu
Penerbit: Tintarona Publication Sdn Bhd
Tahun 2009
Bil m/s: 635
ISBN: 978-983-3514-25-0

Kasih yang membunga terlerai diragut tragedi hiba. Natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebarang cinta lain. Baginya, Zamir tiada taranya. Cinta Zamir terlalu agung sehingga tiada siapa yang mampu menandingi. Tetapi, haruskah dia menyisihkan setiap cinta yang hadir? Natasha bertambah keliru apabila jodohnya dengan Firdaus - lelaki yang tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lagi Natasha menolaknya.

March 24, 2008

Surat Ungu Untuk Nuha



Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18


Sinopsis Belakang Buku:


Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?

kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya

Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!

Komen saya:

Kisah santai berkisar hidup Nuha bermula saat dia menaiki keretapi ke utara, setelah dikecewakan atau lebih tepat-sendiri mengecewakan diri sendiri. Novel ini banyak tentang perasaan dan percakapan di dalam hati watak yang ada di dalam cerita.

Mula dengan Nuha yang geram dengan penumpang keretapi disebelahnya, hingga ke watak Alang Rebus Tak Empuk yang cuba nasib mengurat Nuha, peristiwa diketuk dengan buku tebal Nuha memang tidak dapat dilupakan. Nuha sombong, garang dan berlagak!. Itu pendapat Alang, pada Nuha pula sebaliknya, Alang gatal dan mengada-ngada.

Kisah tarik tali antara Alang dan Nuha berlaku hampir tiga suku novel, dan tiba2 adegan Alang tercedera berjaya menarik perhatian saya. Dia buta akibat perbuatan Mat Donggi penagih tegar yang sentiasa terselamat dari tangkapan pak polisi. Juga adegan bagaimana Alang membawa diri ke Tasmania, menyebabkan Nuha merindui usikan Alang. Bagaimana Nuha menyelamatkan diri dari perbuatan Mat Donggi yang cuba mencabulnya.

Kisah silam terbongkar, dan adegan seterusnya penuh kepiluan dan kesyahduan...

Pada saya, kisah mula novel ini agak mendatar, cuma bila dah 3/4 baru menarik dan tak dapat nak letak lagi.

Rating saya:
**** (Quite Ok).

March 17, 2008

5 Tahun 5 Bulan - Hlovate



Penerbit : Jemari Seni Publishing (www.jemariseni.com)
Bil m/s: 509
ISBN : 978-963-43217-2-7

Sinopsis belakang buku:
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?

Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.


Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; erkhasiat di minda; penawar di hati...mengisi nurani

Komen saya:

Kisah seorang pelajar luar negara yang sangat rendah diri, tapi bijak dalam study.
Bagaimana dia seorang Johanna, menjadi dua karakter Jo atau Ana. Jo lebih kasar, tidak suka cintan cintun, manakala Ana lebih lembut, dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara telah mengambil hati seluruh isi keluarga En Lutfy. Walau dalam keadaan tertekan, Ana masih tetap tenang.

3 bulan mengikut kontrak sebagai orang gaji En Lutfy, memberi kesan yang mendalam pada keempat-empat anak En Lutfy. Along terutamanya selalu sahaja memberi ujian dan dugaan pada Ana, macam-macam komplen. Tapi bila Ana pergi, sunyi sepi pula rumah En Lutfy.

Bagaimana kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing2 dengan prasangka masing2.

Dalam novel ini, ada resepi Peach Cobbler di akhir muka surat, ini yang lain dari novel lain, biasa biodata penulis shj dan novel2 dalam promosi. Juga ada Glossari terhadap beberapa perkataan yang tidak faham. Juga ada nota kaki!. Macam baca literature pulak!.

Rating Saya:
**** (enjoy reading!)