Pencinta Novel

February 11, 2010

Odisi Bulan Biru - John Norafizan



Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00
Sinopsis Belakang Buku:
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.

Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.
Ringkasan dari saya:
Kisah nya agak berbelit-belit. Bermula dengan cerita saya(Akira) yang bermusuhan dengan adiknya Umazaki, hinggakan adiknya terbunuh didalam Sungai Sorachi bersama-sama ibunya. Akira menyesal dan hampir-hampir membunuh diri, tapi berjaya diselamatkan oleh seorang penghuni hutan dipanggil 'darwis'. (Yamata). Yamata yang mempunyai amalan-amalan kuat sebagai seorang muslim sejati dan merawatnya sehingga sembuh dan menginsafkan diri Akira lalu dia bertaubat. Apabila pulang ke rumah, didapati sudah tiada siapa lagi disitu, malah bapanya juga sudah tiada dirumah dan Akira berjanji pada dirinya untuk mencari ayahnya sehingga berjumpa.
Dalam perjalanan mencari ayahnya, pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi. Pertama sekali berjumpa dengan pakar psikologi, Dr Ayumi. Dari sini dia menjadi subjek ujikaji buat Dr Ayumi pagi penyakit synesthesia = boleh melihat bunyi2 dalam bentuk warna-warni. Akira yang beragama islam dan sentiasa solat, telah diasak dengan pertanyaan oleh adik Ayumi tentang nama tuhan. Akibat pertelagahan tersebut, Adik Ayumi (Kafka) melarikan diri ke Turki. Bermulalah pengembaraan mereka berdua (Dr Ayumi dan Akira) yang penuh dengan kesukaran dan keajaiban. Bertemu dengan seorang budak hafiz yang buta tetapi tidak buta hati, yang menunjukkan jalan didalam gua yang gelap ketika menjejaki Kafka. Bertemu pula dengan Kafka yang sedang koma akibat diracun oleh seorang Turki yang mengganggap Kafka pencuri kitab sesat. Bergaduh dan bergelut didalam gempa bumi di bawah tanah dilorong gelap dan bergua.
Kafka dijumpai, tetapi Dr Ayumi pula di culik. Mereka pulang semula ke Jepun demi menjejak Dr Ayumi dan kekurangan wang. Kebetulan pula terjumpa semula dengan Qistina yang mempunyai penyakit ingatan hilang dalam tempoh sehari. Rupa2nya Qistina juga mempunyai kaitan dengan mereka. Professor Nakamura yang mendendami Dr Ayumi merupakan kunci kepada segala permasalahan. Untuk kisah seterusnya, dapatkan buku ini dipasaran....
Rasa Saya:
*** (3/5 adventure tetapi kenapa saya baca je mengantuk ye, dalam adventure tersebut?)