Pencinta Novel

July 24, 2011

Tahajjud Cinta - Muhammad El-Natsir



Tajuk : Tahajjud Cinta
Penulis: Muhammad El-Natsir
Terbitan: GQ Communication Sdn Bhd

Sinopsis dari saya:

Kisah seorang pemuda yang terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi roda tiga di kota Jakarta demi menampung hidupnya dan kehidupan adik2nya yang hendak belajar. Fatih sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah disamping mengerjakan solat tahajjud setiap malam dan mengikuti kelas pengajian di Masjid di mana di bertemu dengan seorang gadis yang sedang dalam pengajian dan menulis jurnal. Nisa tertarik dengan Fatih dan membuat temujanji dengannya untuk meminta pandangan terhadap tesis yang dibuatnya.

Nisa anak seorang bisnesman, dan punyai harta, serta memandu kereta sendiri. Dia mulai tertarik dengan keperibadian Fatih, sedangkan Fatih pula cuma seorang pemuda miskin, yang terpaksa menangguhkan pengajian tahun akhirnya di Universiti kerana kekurangan dana.

Dalam perjalanan untuk memenuhi janji Nisa, Fatih membawa penumpang gadis Cina bernama Lycen Cee, dan berlaku tragedi ragut, ketika Lycen Cee kembali dari mengeluarkan wang di ATM. Sedang waktu itu Fatih menunggunya, dan Fatih mengejar peragut tersebut sehingga ke pasar. Sewaktu di pasar, berlaku kekeliruan, di mana Fatih pula yang dituduh menjadi peragut, sehingga dia dibelasah teruk hingga tidak bermaya, dan hampir sahaja dibakar hidup-hidup, tetapi sempat di bantu oleh Lycen Cee dan rakan-rakan sekerja teksinya.

Ketika dirawat di hospital, dia melarikan diri, kerana merasakan dirinya tidak mampu lagi untuk membayar kos rawatan di hospital, sedangkan segala kos telah pun di biaya oleh Lycen Cee. Lycen Cee merasakan terhutang budi pada Fatih kerana ingin menyelamatkan dompetnya, dia sanggup menggadaikan dirinya. Dalam perjalanannya ingin pulang ke rumah, Nisa dan teman lelakinya Reno, ternampak kelibat Fatih, lalu menghampirinya. Nisa merasa kasihan dengan Fatih lalu mengajaknya tinggal di rumah Reno. Reno pula cemburu, kerana Reno menyimpan hati dengan Nisa, dan dia berpura-pura baik. Nisa pula percaya sepenuhnya pada Reno, kerana dia diberitahu yang Reno dalam usaha untuk meneruskan pengajian syariahnya di Morocco.

Tiba di rumah Reno, setelah Nisa pulang Fatih dibelasah dan didera, sehingga hampir pengsan. Reno memanggil konco-konco nya yang dua orang untuk mengangkut Fatih dan membuang badannya ke sungai. Fatih yang masih dalam keadaaan tidak sedarkan diri, dibalut dan diperosok kedalam but kereta. Ketika itu Fatih tersedar, dan terdengar suara peragut Lycen Cee tempohari. Rupa-rupanya dua orang peragut tersebutlah konco-konco Reno. Ternyata Reno bukanlah seorang yang baik.

Konco-konco Reno tersebut membuang badan Fatih ke dalam semak untuk memudahkan kerja-kerja mereka. Setelah memastikan tiada lagi sebarang suara, Fatih dengan susahpayahnya merangkak keluar dan ternampak sebuah rumah usang. Dia cuba meminta pertolongan di rumah tersebut, dan yang keluar dari rumah tersebut adalah seorang anak gadis kecil yang pernah Fatih temui sewaktu bekerja roda tiga. Anak gadis tersebut tinggal pula bersama seorang nenek tua. Di situ Fatih dirawat hingga sembuh dengan seadanya oleh nenek tersebut dan anak gadis itu. Fatih berasa terharu, dan dia bersyukur kerana Allah swt menyelamatkan nyawanya ketika di saat dia hampir-hampir tiada nyawa lagi. Fatih berjanji dia akan berusaha untuk membantu nenek tersebut dan anak kecil itu apabila dia bekerja kelak.

Setelah sihat, Fatih kembali ke kampungnya untuk melawat ayah dan adik-adiknya. Dalam perjalanan pulang dia bertemu dengan seorang lelaki besar berjubah dan berjambang yang duduk disebelahnya di dalam bas, dan seorang gadis yang kasihankan dirinya yang tidak makan, lalu berkongsi roti dengannya. Setelah bertemu ayahnya, dia berjanji akan mencari pekerjaan lain kerana dengan memandu teksi dia tidak mendapat pendapatan tetap. Dalam perjalanan pulang ke kota, ketika sedang minum-minum di sebuah kedai makan, tiba-tiba datang pengutip cukai kedai. Mereka cuba membuat kecoh di situ, lalu Fatih dan rakannya menenangkan keadaan. Ternyata Fatih mempunyai ilmu silat untuk mematahkan musuh dengan mematikan urat. Pemilik kedai makan itu pula adalah gadis yang ditemui di dalam bas tempohari. Gadis tersebut meminta Fatih menjadi penjaga kedainya, tetapi Fatih tidak mahu, dia minta menjadi pencuci pinggan di kedai.

Fatih singgah di masjid Istiqlal dan sentiasa berjemaah di sana, dia meminta imam disitu mengambilnya menjadi pencuci di masjid. Setelah imam tersebut bertanyakan pengalamannya dan keadaannya, imam tersebut memintanya menjadi tenaga pengajar kelas pengajian anak kecil di masjid tersebut. Fatih menerimanya dengan besar hati.

Sementara itu, Lycen Cee mencari-cari dimana Fatih melarikan diri, dia mencari di tempat tinggal Fatih, iaitu berdekatan dengan rakan-rakan teksi roda tiganya dahulu. Rakannya ada beritahu yang Fatih dalam perjalanan menemui Kharionnisa. Lycen Cee merasakan pernah dengar dengan nama tersebut, dia lalu balik kerumah dan menyelongkar buku nostalgia kenangan sewaktu bersekolah rendah, ternyata ada rakannya yang bernama Khaironnisa, dia cuba mendail rumah tersebut, dan berjaya menemui Nisa. Mereka berdua bercerita perkara yang sama, lalu mereka berdua pergi ke rumah Reno. Waktu itu, Reno sengaja ingin memerangkap gadis berdua tersebut dengan meletakkan pil khayal. Niat Reno untuk memuaskan nafsunya dengan gadis2 tersebut ternyata tidak berhasil, Allah menyelamatkan gadis-gadis tersebut, kerana gelas yang berisi air itu tersalah.

Gadis2 tersebut melarikan diri, apabila melihatkan keadaan Reno yang tidak siuman setelah meminum gelas berisi pil khayal yang dibubuhnya sendiri. Mereka berdua pasrah kerana tidak tahu kemana pergi nya Fatih, yang menurut Reno, Fatih keluar dan tidak kembali.

Lycen Cee pulang dengan hampa, sementara itu Lycen Cee pula telah direncanakan oleh kedua orang tuanya untuk dikahwinkan dengan anak pemegang saham terbesar syarikat milik ayah Lycen Cee. Namun setelah berlaku insiden dimana lelaki tersebut cuba memperkosa Lycen Cee di rumah kosong milik hartawan tersebut, keluarga Lycen Cee tidak lagi mahu ada hubungan dengan pemegang saham tersebut, dan mereka pula menarik semua saham-saham di dalam syarikat ayah Lycen Cee. Ayah Lycen Cee tidak mungkin mahu mempertaruhkan maruah anaknya demi perniagaan. Biarlah apa pun terjadi, namun maruah keluarga adalah yang pertama.

Hati Lycen Cee pula sudah terpikat dengan Fatih. Setiap pagi dia mendegarkan azan subuh, dan dia terpikat dengan suara yang berkumandang. Lalu dia pergi ke masjid, dan ternampak kelibat Fatih. Lycen Cee terpikat dengan Islam dan akhirnya dia menjadi murid kelas pengajian Fatih bersama anak-anak kecil.

Lycen Cee pula bercerita tentang Nisa pada Fatih. Lalu Fatih membuka cerita tentang Reno. Lycen Cee mendapat kad jemputan perkahwinan antara Nisa dan Reno. Fatih terpaksa memberitahu Lycen Cee bahawa Reno adalah seorang penipu dan ingin menipu Nisa serta keluarganya. Mereka berdua akhirnya berkejar ke rumah Nisa saat perkahwinan di langsungkan. Nisa kelihatan gembira, tetapi Reno panik, dia menghubungi konco-konco nya datang untuk membunuh Fatih dengan menembak Fatih. Berlaku keadaan kelam kabut di majlis perkahwinannya dan Fatih tertembak di bahagian dada, lalu koma di hospital.

Lycen Cee, yang baru sahaja memeluk agama Islam, kerap juga mendengar nasihat dari FAtih tentang solat tahajjud yang tidak pernah ditinggalkan FAtih. Dia pergi ke surau hospital dan memohon pertolongan dari Allah swt. Saat itu juga, datang seorang lelaki besar berjubah dan berjanggut mendermakan darah yang diperlukan Fatih. Apabila ditanya, ternyata lelaki tersebut memang mengenali Fatih di dalam bas tempohari.

Fatih selamat, Nisa tidak jadi bernikah dengan Reno, kerana Reno ditangkap polis, setelah disiasat ternyata Reno lah kepala peragut di sekitar bandar tersebut. Lycen Cee bernikah dengan Fatih.

-TAMAT-






Rating saya:
**** 4/5 bintang (wajar dimilikki dan dibaca)