Pencinta Novel

August 14, 2011

Ariela Sahimi - Yes Bos

 
Yes, Boss! (Tiada Stok) -Stok dalam Reprint
Add to cart

Tajuk: Yes Boss
Penulis: Ariela Sahimi
Bil M/s: 457
ISBN: 978-967-5067-81-5
SEMENANJUNG: RM 19.00
Penerbit: Kaki Novel SDN BHD

Sinopsis belakang novel:
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Ringkasan dari saya:

Kisah PA/Sekretari yang sentiasa menurut kata bos nya Ilham Irfan yang sentiasa ada girlfriend keliling pinggang. Pada mulanya hanya perasaan Aryana hanya biasa-biasa sahaja, menjadi sekretari bos merangkap mengatur jadual untuk semua girlfriend bosnya agar tidak tertindih, hingga diberi kepercayaan sepenuhnya. Malah dia pula di minta menyediakan senarai wanita-wanita kategori baik untuk dijadikan calon menantu Datin Rokiah Kamsan. Tetapi tidak berjaya. Ilham Irfan memilih Mellina sebagai tunangannya, tetapi Mellina mempunyai agenda jahat disebalik pertunangan mereka tanpa pengetahuan Ilham mahupun keluarganya. Hanya Aryana sahaja yang mengetahuinya setelah terserempak dengan Mellina bermersra dengan lelaki lain.

Pertelingkahan berlaku apabila Aryana cuba memberitahu perkara sebenar, menyebabkan dia meletakkan jawatan dan pulang ke kampung. Dalam tempoh itu, Ilham tidak mempunyai sekretari, dan dia pula menjadi liar dan keluar ke kelab malam. Di situ dia terserempak dengan Mellina sebenar.

Komen saya:
Penamatan yang sangat manis.

Rating saya:
**** 4/5 bintang.. patut lah habis stok, dan reprint.. kalau buat drama mesti best mcm Nora Elena juga.

August 11, 2011

Nuril - ku rela cinta ini bertamu



Add to cart

Penerbit: kaki novel
Bil ms: 600 berat 600gm
HARGA : RM 24

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?






Sinopsis dari saya:







Kisah pernikahan yang terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah Qistina Batrisya dengan Daniel Muaz Tan Sri Darwish. Mereka bertemu setelah Qistina terlupa mengunci pintu bilik hotelnya dan dia pule menelan ubat selsema, menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Sementara itu Daniel Muaz pula anak orang kaya yang hidup sebagai playboy, mabuk dan tersilap masuk bilik hotel dan berlakulah adegan yang tidak diingini. Mereka bernikah secara senyap-senyap dan membawa haluan masing-masing hinggalah setelah dua bulan kemudian Qistina mendapati dirinya hamil.







Daniel Muaz belajar menjadi seorang suami walaupun tanpa kerelaannya, dan tanpa pengetahuan keluarga Tan Sri, hinggalah suatu hari ketika Qistina sarat mengandung, tiba-tiba Puan Sri membuat kejutan untuk bermalam di rumah Daniel Muaz. Merka cuba berlakon tetapi sekilas ikan di laut, sudah tau jantan betinanya, akhirnya ketahuan juga.







Bayi yang comel lahir, dan kasih sayng mereka berdua menjadi semakin berkembang. Hinggalah Daniel Muaz menzahirkan rasa cintanya pada Qistina Balqish. Namun langit tidak selalu cerah, Daniel Muaz terserempak pula dengan Qistina sedang berpelukan dengan Encik Haizam yang menaruh perasaan pada Qistina secara tidak sengaja terpeluk Qistina. Semuanya hancur sekelip mata, Daniel tidak dapat memaafkan Qistina, walaupun dia cuba memberikan penjelasan... Qistina dihalau keluar dari rumah dengan kejam, tidak memberi peluang langsung untuk melihat Batrisya anak comel itu. Ketika memandu dalam kesedihan, dia telah terbabit dalam kemalangan..







Dalam tempoh itu, anaknya Batrisya telah dikesan mengalami penyakit hati. Daniel yang ego tidak mahu memaklumkan pada Qistina, malah kawan baik Qistina juga tidak dapat menghubungi telefon bimbit Qistina. Daniel menyiarkan di akhbar harian tempata, dan Qistina terbaca mengenainya lalu menghubungi doktor yg terlibat. Pembedahan dibuat, tetapi Batrisya tidak dapat diselamatkan, sementara itu Qistina pula tidak sedarkan diri. Daniel Muaz pula tidak tahu penderma hati tersebut, kerana Qistina mahu doktor merahsiakan identitinya. Setelah tersedar, Qistina redha akan pemergian anaknya, walaupun dia sekali lagi dihina oleh suaminya sendiri ketika dia menghampiri rumah untuk mencari Batrisya.... Dia membawa diri yang lara, dan memohon perceraian, tetapi tidak ditandatangani oleh Daniel Muaz yang terlalu ego.







Haizam cuba berterus terang dengan Daniel Muaz, dan barulah dia tahu duduk debenar perkara itu. Puas dia mencari Qistina tetapi tidak berhasil. Sementara itu dia cuba meluahkan rasa dan berkongsi bicara dengan teman di alam maya...







Setelah bertahun berlalu, Haizam pada mulanya mendirikan rumahtangga dengan Yasmin, tetapi dia meninggal saat melahirkan bayinya, lalu Haizam bernikah pula dengan kawan baik Qistina, Suraya yg kematian tunangnya dalam kemalangan jalan raya.







Qistina pula menjadi pelukis di studio di CM dan bertemu dengan peminatnya yang selalu menemaninya Adrian. Sementara itu, secara kebetulan dia melukis potret wjah seorang gadis yg merupakan sepupu Daniel. Sungguh tak disangka, mereka bertemu semula saat itu, dan Qistina merasa makin dihina apabila melihat keakraban Alia dgn Daniel, dan Daniel sengaja tidak memberitahu hubungannya dgn alia. Adrian pula yang pada mulanya meminati potret wajah Alia, terpikat dgn Alia sebenar.

August 3, 2011

Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya






Add to cart!
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
Bil m/s : 588
Berat : 550gm
Terbitan: 2008

Sinposis:

(copied from goodreads)

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."



Sinopsis dari saya:

Kisah yang meruntun perasaan saya. Aleeya yang memohon doa setelah didera suaminya emosi dan fizikal. Apabila bahagia menghampirinya, dugaan datang melanda, Syarifah Emilin, sepupu suaminya yang menyimpan rasa dan dendam hingga ke hujung nyawa. Masih ada manusia punyai hati yang hitam penuh dengan zulumat... ish ish ish... ubat untuk hati yang keras adalah zikrullah.

Rating saya:
**** 3/4 (4.75 dari 5 bintang)

BRAVO SR!!!!