Pencinta Novel

November 29, 2011

Fauziah Ashari - Bisik-bisik Gelora

Harga:RM 25.90
ISBN: 976-967-0184-48-7
Bil m/s: 608
Penerbit: Buku Prima
Tahun 2011
Sinopsis belakang buku
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

November 24, 2011

Maya Rasyidah - Buat Yang Tersayang


Tajuk : Buat Yang Tersayang
Penulis : Maya Rasyidah
Penerbit: Alaf21
Tahun: 2011
Bil m/s: 496
ISBN: 978-983-124-737-2
Add to cart

Sinopsis Belakang Buku:

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia. 

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.






Eman Sufi - Suami Yang Ku Benci


Tajuk : Suami Yang Ku benci
Penulis: Eman Sufi
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM20.00 


"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 

Resensi saya:

Baca bab 1, 2, 3... best.. Sambung lagi 4,5,6 makin best... kisah Hannah CEO syarikat besar tiba-tiba terpaksa berkahwin dengan seorang penjual berger Uwais kerana terpaksa menurut arahan tok ayah nya. Jika tidak dia terpaksa meninggalkan syarikat yang diterajui nya... Bacalah bagaimana ego seorang perempuan yang berlagak sebagai boss di syarikat, tetapi terpaksa merendahkan ego nya bila pulang ke rumah... kelakar ada, simpati ada, sakit hati ada, perasaan cintakan Uwais pun ada...

E-man Sufi membawa kita kedalam keluarga antara 2 darjat. Si kaya yang lupa akan kehidupan 'di dunia  tidak boleh dibawa ke mana-mana', adab dan tata susila melayu, perhatian dan kasih sayang dari keluarga serta pentingnya ikatan kekeluargaan.

Membaca novel ini secara keseluruhannya, menarik, membawa kita ke alam ceria, ada kisah-kisah percintaan yang mula berputik selepas perkahwinan dan setelah kebencian. Membuatkan kita berfikir, bahawa yang tua memang mempunyai firasat tersendiri. Bagaimana tok ayah menikahkan cucu nya dengan orang yang dipilih dari segi agama, tanpa mengambil kisah datang dari keluarga yang tidak setaraf kekayaannya dengan cucunya.

Separuh pertama novel ini boleh dibaca di blurb atau penulisan2u.com. Tetapi ada sebuah cerita manis lagi yang sengaja penulis tinggalkan untuk pembeli novel. Kisah antara Fawaz dan Cikgu Batrisya yang sangat menarik (saya kira). Kelakar dan tergelak sendiri bila membacanya. Ending novel ini juga santai dan bersahaja, walaupun sebelum itu ada detik cemas, melibatkan Uwais dan Hannah. 

Apalagi.... grab this book and Read!... jangan tunggu lama-lama, asyik sold out saja. 

saya bagi **** 4/5 bintang!

Umie Nadzimah - Aku Terima Nikahnya


Add to cart 
  Tajuk : Usai Aku Terima Nikahnya
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Karya Seni
Bil m/s: 
ISBN:
Harga: RM19.90

Sinopsis belakang buku:

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

November 23, 2011

Damya Hanna - Bicara Hati

Add to cart

Scribd


Tajuk: Bicara Hati
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf21
Berat : 400gm
Tahun Terbit: 2001
Bil Mukasurat: 482

Sinopsis

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya inginmenjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
 
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh TengkuSyahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaituhak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telahmungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yangdapat mengungkap segala rahsia.

November 22, 2011

Nurul Ain Syuhada - Cinta Kontrak


Tajuk: Cinta Kontrak
Penerbit: Karya Seni
Penulis Nurul Ain Syuhada
Terbitan: 2011
Harga RM20.00



Add to cart

Sinopsis Cinta Kontrak 

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.




November 11, 2011

Noor Suraya - Jaja & Din





Sinopsis belakang buku:
Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!
Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’..

Resensi Saya:

Kisah seorang Jaja yang orang bandar, bekerja dengan syarikat pengiklanan McCann, dan tiba-tiba terpikat dengan model iklannya, yang secara tak sengaja diambil oleh rakannya di utara tanah air, model yang berkopiah, sedang bertafakur di sebelah kuburan seseorang. Dia terpikat bila melihat wajah seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.
Din, seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar, mengajar di sekolah agama rakyat di utara tanah air. Tidak menyangka dia akan terpikat dengan seorang Jaja, yang langsung tidak ada ciri seorang ustazah. Tetapi Jaja, mencari Din bagaikan cinta tiada penghujungnya. Dengan alasan untuk memberikan wang upah menjadi model iklannya.
Jaja, dalam usaha mencari Din, akhirnya patah hati apabila mengetahui bahawa kuburan yang Din tafakur itu, seorang gadis, mungkin isterinya?... Tetapi Allah mempertemukannya semula di kenduri perkahwinan saudara Qaulah - anak rakan mamanya. Sekali lagi dia terpandang Din makan bersama dengan seorang wanita punya anak berderet... Hancur luluh hati Jaja...
Setelah mengetahui cerita sebenar dari saudara Qaulah, rupa-rupanya wanita punya anak berderet itu adalak kakak ipar saudara Qaulah, dan abangnya pula tidak dapat datang. Bukan Din suaminya. Lalu hati Jaja berbunga-bunga kembali.
Hinggalah Jaja, dengan beraninya menyuruh mama dan abahnya meminang Din, rupa-rupanya Din bukan orang lain dengan Uncle Aqmarnya. Uncle nya sudah lama mengenali Din sewaktu di tanah Arab lagi.. Mereka pun bernikah.. tetapi Jaja sahaja yang menganggap Jaja itu yang sangat menyanyangi Din, sedangkan Din - ustaz-ustaz yang sangat sopan santun, tidak meluahkan perasaannya dengan kata-kata, tetapi dengan adab sopan, nasihat, cerita dan belaian Din, mampu membuat hati Jaja luruh......
Setelah dua tahun, Din memohon untuk berjuang berjihat di Afghanistan, saat Din pergi, Umar baru sahaja dilahirkan 3 hari. Ustaz Syuib pula setelah tidak dapat menerima berita selama 6 bulan dari Din, dia membawa kembali cincin perak pemberian perkahwinan Jaja Din dahulu. Jaja pasrah. Suaminya syahid di medan perjuangan....

Rating saya: ***** (5 bintang) ceritanya sangat-sangat menyentuh perasaan, cuma covernya tidak menarik...