Pencinta Novel

December 6, 2011

Awak Suka Saya Tak - Melur Jelita

Klik Untuk Membeli
Harga RM35.00
Penerbit Karya Seni
Berat:900gm





Sinopsis belakang buku:

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda.

Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak.

Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

December 3, 2011

Dari Kamar Syariah - Kamazura Md Kamel


Klik untuk Membeli
RM13.00
Dari Kamar Syariah memuatkan pelbagai persoalan yang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Kesemua 72 soalan dan jawapan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur memandangkan pengisiannya melibatkan hal-hal kekeluargaan.
Antara pengisian menarik:
  • Pernikahan di Selatan Thai
  • Hak Isteri dalam Perkahwinan
  • Apabila Suami Berkahwin Lagi
  • Berkahwin Tanpa Kebenaran Wali
  • Rundingan Sulh
  • Cerai dan Ingin Rujuk
  • Jatuhkah Talak Atas Paksaan Ibu?
  • Suami Enggan Mengaku Jatuhkan Talak
  • Hak Penjagaan Sementara
  • Mendaftarkan Anak Angkat
  • Bekas Suami Cuai Nafkah Anak
  • Pembahagian Harta Sepencarian
  • KWSP Arwah Ayah
  • Pembahagian Harta Pusaka
  • Menyelesaikan Pusaka Terbeku
  • Keputusan Wasiat Dipertikaikan


December 2, 2011

Wan Azlan - Gelak Tergolek




Harga: RM18.00 
ISBN: 978-967-5067-95-2
Penerbit: Kaki Novel


Sinopsis belakang buku:Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.


Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Gelak Tergolek… wajib dimiliki!

Resensi saya:

Sebuah novel komedi tanpa sebarang sentuhan emosi jiwang-jiwang. Keseluruhan berkisar tentang komedi dan lawak-lawak skeptikal. Aduh... ada juga yang boleh gelak, tapi ada juga terasa tension untuk gelak. Ada adegan yang tidak wajar di baca oleh golongan muda, padahal kulit buku ni macam untuk budak-budak. Harap Kaki Novel tapis betul-betul, atau jangan letak cover macam untuk kanak-kanak, padahal isi kandungannya banyak yang untuk 18SX.

Tak mahu ada trend novel melayu kita menjadi seperti novel-novel english yang ceritanya sedap, tapi mesti ada selit adegan yang tidak wajar. Tolong jangan kotori industri novel melayu.

Rating saya: 1 bintang (terkilan)




Bini Aku Tomboy Ke?


Nama: Bini Aku Tomboy Ke?
Penulis: Arisa Eriza
Penerbit: Kaki Novel
Tahun Terbitan: 2010
Bil m/s: 500
ISBN:







Add to cart Sinopsis:


Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?

Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?