Pencinta Novel

March 26, 2012

Duri - Cover Baru


Tajuk : Duri
Penulis - Fauziah Ashari
Harga : RM19.90
Ringkasan :

Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri (Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf) iaitu abang kepada bekas kekasihnya.. 

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap suaminya mula tercipta tanpa sedar....


Ringkasan di ambil dari majalah pop club. TQ.

Untuk membeli sila klik di sini http://novel-online.com

March 12, 2012

Jodoh Itu Milik Kita

Klik untuk membeli
Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisha
Terbitan: Karya Seni
Bil mukasurat: 800
Masa yg saya ambil utk habiskan 1 minggu.

Sinopsis belakang buku:


Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia


Ringkasan dari saya:

 Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir...

 rating saya: *** 3 bintang....