Pencinta Novel

November 21, 2014

kampung girl - umi kalsom



ISBN: 9789670246130
Penerbit: Karyaseni Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Februari 2012
Halaman: 547
Harga: RM21
Sinopsis belakang buku:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

November 18, 2014

Setitis Kasih Darmia ~ Naniey TJ


Tajuk : Setitis Kasih Darmia
Pengarang : Naniey Tj
Harga : RM 26.90(S/M) ,RM 29.90 (S/S)
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5822-09-4
Mukasurat : 665 Halaman 

Beli di Sini

Sinopsis belakang buku:

Tonton di sini

Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. 

“Kau tak guna!. Patutlah bapak kau tinggalkan mak kau. Tak balik-balik sampai sekarang. Sebab kau ni bawak sial!” pekik Latifah 

Darmia pasrah dibesarkan hanya dengan kasih sayang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu di jemput Illahi. Mujurlah masih ada Opah dan Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan.

“Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan biarkan hidup kau senang selepas kau susahkan hidup aku. Kau dah buat aku malu dulu. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau. Sekarang kau pulak rasa apa yang aku rasa”

“Kalau itu dapat puaskan hati encik, baiklah. Saya akan ikut apa yang encik inginkan. Tapi tolonglah jangan lukakan hati Kak Liza. saya rayu pada encik.”sendu Darmia

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia menjauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Haliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak tsunami yang meranapkan bumi Aceh. 

“I love you. Love you so much. Setelah you bagi harapan pada I untuk sehidup semati dengan you, mudahnya you nak I lupakan you. Macam mana I nak lupakan you, Mir. You satu-satunya lelaki yang I cintai dalam dunia ni” Tangis Haliza 

Kisah persengketaan dua beradik yang tidak pernah padam dalam memori Latifah bagai di ulang tayang. Kerana sebuah dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti.


Resensi saya:

Dimulakan dengan baik dan suspen, Darmia keluar dari mulut naga, masuk ke mulut buaya.. Kisah seorang anak gadis bernama Darmia yang dipelihara oleh ibu saudaranya, tetapi bapa saudaranya telah cuba mencabulnya ketika ibu saudaranya pergi merewang ke surau. 

Darmia lari masuk kedalam hutan belukar dan tiba-tiba terlanggar kereta yang dipandu Khairul Amir. Ketika itu bapa saudaranya sedang mengejarnya dari belakang dan terserempak pula ibu saudaranya yang pulang sebentar membawa bekalan untuk bapa saudaranya. Lantas bapa saudaranya mengelak dengan sengaja memanggil orang surau untuk mencari anak saudaranya (Darmia) yang dikatakan lari dari rumah.

Ketika episod mencari itu lah mereka berjumpa dengan Darmia di dalam kereta di belukar berdua-duaan dengan Khairul Amir yang sedang kepanikan kerana terlanggar Darmia. Dengan kekalutan itu, bapa saudara dan ibu saudara Darmia mengambil kesempatan dengan menuduh Darmia melalukan maksiat dan mereka berdua dinikahkan dengan segera.

Setelah hampir 4 tahun berlalu, Khairul Amir langsung tidak memperdulikan Darmia yang ditinggalkan di kampung. Darmia pula membawa diri ke rumah Haliza di Kuala Lumpur, Haliza yang merupakan anak kepada ibu saudara Darmia dengan baik hati menawarkan pekerjaan dan membantu Darima melanjutkan pelajaran ke Universiti. Di Universiti pula, pensyarah Darmia, Zulfekar pula menaruh hati pada Darmia. 

Konfik berlaku apabila Haliza bercinta dengan Khairul Amir. dan apabila Khairul Amir tersermpak dengan Darmia, dia mula menaruh hati pada isterinya sendiri. Darmia mulanya menolak, tetapi akhirnya kalah juga. 

Haliza hampir hilang pertimbangan apabila mengetahui bahawa Khairul Amir sudahpun berkahwin dengan Darmia. Dia kecewa, dan melarikan diri ke tepi sungai saat hari perkahwinannya. Di saat kucar-kacir itu, muncul pula Roslan, bapa kepada Khairul Amir, memenuhi undangan perkahwinan tersebut, malangnya ibu saudara Darmia, Latifah (yang sulong) mengenali Roslan. Roslan pula tidak dapat mengingati apa-apa pun yang berlaku. 

Latifah mengatakan bahawa Darmia adalah anak Roslan bersama kakak mereka. manakala Khairul Amir juga anak Roslan, jadi mereka berdua sebenarnya haram berkahwin.... apa kah yang akan terjadi seterusnya???... 

Saspensss...... Terbaik dari Naniey TJ dan SR Publication!!! Syabbasss...

***** lima bintang... sebab banyak adegan, bahasa yang baik, moral of the strory bagus, jangan simpan dendam, berbaik sangka lebih baik, memaafkan lebih baik, adik beradik bagaikan air dan dicincang tidak akan putus.... wahhh banyak moralll

http://m.tonton.com.my/#/webapp/home/Setitis_Kasih_Darmia/premier_episod_11_157b3c1e31d14d8cb935a3e1011a122d.html

November 13, 2014

Bila Hati Berbicara - Antasya Balqis

ISBN: 978-983-3669-34-9
Berat: 600 grams
Stock: Ada
Terbitan: BUKU PRIMA
Tahun: 2007

Beli di sini


Sinopsis
BILA HATI BERBICARA mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti, kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan ingin mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania adalah perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan bahawa dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania. 

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?


https://bilahatiberbicara1line.blogspot.com

Siapa Aku Disisimu - Alina Haizar

SIAPA AKU DI SISIMU
No. ISBN:- 978-967-0448-74-9
Jumlah muka surat:- 824
HARGA SEMENANJUNG: RM30
HARGA SABAH/SARAWAK: RM33

Sinopsis:-

Siti Hajar dan Izwan terpisah akibat kemalangan jalan raya. Setelah sekian lama, Izwan yang menghidap amnesia dikejutkan dengan surat permohonan cerai daripada Siti Hajar.

Bila masa dia berkahwin dengan Siti Hajar? Siapa Siti Hajar? Keadaan semakin meruncing dengan kehadiran Azrul yang ingin memiliki semula Siti Hajar.

“Aku reda dengan perpisahan ini kerana cinta tidak semestinya bersama. Biarlah kuundur diri….”

Resensi saya:

Pertamakali baca novel coretan Alina Haizar. Ternyata jalan cerita nya menarik walaupun sedikit klise dan boleh agak, tapi masih juga nak baca. Kisah cinta dua darjat antara Khairil Izwan anak pemilik hartanah di Kuala Lumpur yang terpikat dengan anak pemilik kotej Kellys Inn. Walaupun pada mulanya pertemuan antara Siti dan Izwan tidak begitu menarik, tetapi kelembutan dan budibicara Siti menambat hati lelaki Izwan.

Mereka berdua akhirnya jatuh cinta tanpa pengetahuan kedua orang tua Izwan dan melangsungkan perkahwinan di Cameron Highlands dengan hanya diraikan oleh sebelah pihak sahaja. Tiba masanya Izwan membawa suri dihatinya berjumpa kedua orang tuanya di bandar, tiba-tiba berlaku pula kemalangan dan menyebabkan Siti mengalami luka parah dan rosak bahagian belakang tubuh dan muka nya hancur sebelah. Izwan pula koma dan apabila sedar dia mengalami amnesia dan langsung tidak dapat mengingati tentang perkahwinannya.

Masa berlalu dan setelah hampir 4 tahun, Izwan terkejut apabila menerima surat tuntuan perceraian dari Siti. Dia langsung tidak mengingati mempunyai seorang isteri, malahan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dia dan Siti.

Pada mulanya, dia menafikan mempunyai keluarga, tetapi setelah ibu Izwan mengakui kesilapan dosa-dosa nya yang menghalang Siti dari berjumpa Izwan, akhirnya Izwan akur. Dato Ibrahim - bapa Izwan dan Datin ingin menyatukan mereka kembali, tetapi Izwan sukar untuk menerima, tambahan pula tanah milik bapa Siti dalam proses pembelian oleh syarikat Izwan....

Izwan yang serik dengan perhubungan dia dan Wan Anum tempohari masih belum bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidupnya, malahan Suraya, anak kepada Dato Johari yang ingin membuat JV dengan syarikat Izwan juga belum mampu membuka pintu hati Izwan. Cuma memikirkan kepentingan syarikat dan penyatuan antara dua syarikat (milik Izwan dan Dato) maka dia bersetuju untuk berkahwin dengan Suraya. Tetapi saat dia hendak berkahwin itu lah pula muncul surat tuntutan fasakh dari Siti.

Sementara itu, Siti ditemani oleh Azrul dalam mesyuarat jual beli tanah milik Siti. Azrul pula ingin menyunting Siti, dan dengan sebab itulah Azrul mengusulkan agar Siti meminta tuntutan fasakh. Hampir saja mereka berpisah, tetapi Datin memberikan syarat agar Siti dan anaknya tinggal dirumah banglo milik mereka dalam beberapa bulan sebelum Dato dan Datin berlepas menunaikan haji. Datin merayu Izwan agar memberinya peluang mengenali Siti dan anaknya sebelum membuat keputusan bercerai.

Apakah yang berlaku ? lalalalalalalala.... kalau cerita yang klise, sudah tentu pembaca2 dapat mengagak kesudahan cerita...

824 mukasurat, agak tebal untuk cerita yang biasa-biasa dan susunan ayat yang agak menyakitkan hati saya yang membaca... uhuhuhuhu.... 'sebatang tubuh di sisi pintu?' boleh tak guna sekujur atau susuk? adohhhhhhh

** dua bintang sebab jalan cerita biasa, pastu ayat yang tak best, tapi dapat la bintang sebab jalan cerita dia banyak.

Sekian. Jangan Sentap ye.