Pencinta Novel

March 31, 2015

Cik Bunga Dan Encik Sombong - Airiz


Harga RM22.00 Beli Sekarang
Sinopsis belakang buku:
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

Miss You Mr Arrogant - Aliesha Kirana


 ISBN: 978-967-0246-88-8. 
Harga: RM23 Beli Sekarang
Sinopsis belakang buku:
ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.
MARWAN NAKHAIE... Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.
“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM
“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” – ZAARA
“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM
Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!
“Bunga tadi awak yang hantar?” – ZAARA “Of course.” – IRHAM
“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” – ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” –IRHAM
ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant! 

March 29, 2015

Isteri separuh masa - Suri Ryana



Tajuk : Isteri Separuh Masa
Penulis : Suri Ryana
Harga : RM22.00 Beli Sekarang
ISBN : 978-967-5067-96-9
Sinopsis
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Tahajjud cinta

Antara novel islami yang best,  tapi dah rare,  susah nak cari..

March 27, 2015

Suami Sebelah Rumah







Tajuk : Suami Sebelah Rumah
Penulis : Ana Sofia
Harga : RM21.00 
Beli Sekarang
ISBN : 9789673651948

Sinopsis
Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”
 
Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...
 
“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.
 
Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.
 
Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!
 
Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.
 
“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!

Suamiku Encik Perfect 10 - Aleeya Aneesa


Harga: RM23.00



Sinopsis belakang buku:
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan

Resensi Saya:

Novel ni perlukan sedikit research, secara moralnya, ia tidak patut berlaku di mana Zarief Daniel berlakon untuk menjadi suami kepada Aleeya tetapi tidak bernikah, dah boleh pula tidur sebilik. (ni dalam  filem)
Begitupun Aleeya pula tidak boleh bernikah selagi belum melahirkan anak yang dikandungnya...

Overall, filem dan novel ini perlu rating 18U, kena di bimbing bagi penonton cilik.

March 26, 2015

Dalam Keterpaksaan - Ieya Sya


Harga RM31.00
ISBN 9789670567501
Penerbit: Penulisan2u
Bil Mukasurat: 789
Penulis: Ieya Sya
Tahun Terbit: March 2015

Sinopsis belakang novel:


Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!
Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.
Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.
“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.
“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.”
“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.
“Pandai pun.” – DANISYA.
Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu! 
Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.
Tapi…
Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?
Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?
Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?


Resensi saya:

Kisah tentang seorang Danisya yang kehilangan kedua ibubapa dan juga abangnya diculik sewaktu masih berumur 6 tahun. Dia dibesarkan di rumah anak yatim, kemudian diambil oleh keluarga angkat, tetapi keluarga angkatnya juga meninggal dunia. Dia kemudian diambil oleh kakak kepada keluarga angkat tersebut dan menjadikan dia sebagai hamba. Dia melarikan diri dari keluarga yang kejam, kemudian membawa diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur pula dia telah bertemu pula dengan anak keluarga angkat yang kejam tersebut, yang menagih dadah. Kemudian kumpulan penagih tersebut cuba menodainya, tetapi dia berjaya menyorok kedalam sebuah kereta yang rosak. Kebetulan Raiqal pemilik kereta tersebut berada di dalam kereta, dan baru beberapa minit, mereka berdua di tangkap khalwat, lalu pada malam itu juga mereka dinikahkan.

Bermulalah hidup Danisya di rumah keluarga Raiqal yang mewah. Sementara itu, Raiqal yang terpaksa bernikah dengan Danisya atas desakan Haji Ahmad ayahnya, merasa tertekan kerana terpaksa melakukan suatu perkara yang tidak sepatutnya.

Raiqal pula sudah mempunyai peminat, yakni Natasya yang tinggal disebelah rumahnya. Natasya pula adalah anak angkat keluarga jiran Raiqal. Abang angkat Natsya pula, Amzar adalah pewaris tunggal harta milik datuknya.

:
:

Berbelit-belit cerita, pastu pening sampai tertidur berkali kali... Nice try by author, tapi perlu banyak latihan menulis coz terlalu banyak adegan meleret-leret dan dialog yang agak tidak matang, pada saya lah.

Bintang yang boleh diberi:
*** (tak abis baca pon) last habis juga baca, plot cerita berbelit tapi menarik, akhirnya selepas 3/4 dan tido berkali2, baru la menarik, terutama bila plot pencubaan Aziera untuk membunuh Danisya, yang bermula dengan pura-pura jatuh kolam, kemudian membawa ke meletakkan racun kedalam minuman Danisya di majlis makan malam(yang dilakukan oleh Borhan-ohh ya Borhan kembali bersekongkol dengan Aziera).

Dan klimaks nya apa bila penculikan Natasya, yang sepatutnya Natasya kena hadir mesyuarat jam 11 pagi, tetapi tidak hadir kerana telah diculik oleh Borhan dan konco2nya. Natasya berjaya menyelinap keluar dan menghubungi Raiqal, jadi kesemua datang ke tempat penculikan pada waktu malam yang suspens itu. Termasuklah Danisya, pulak kebetulan Danisya tengah ada issue dengan Raiqal, whereby Raiqal tengah hot marah kat Danisya sebab merahsiakan pendermaan hati Danisya pada Raiqal tempohari.

Jadi semua tengah kelamkabut, tetiba pulak Danisya yang terkena tembakan yang ditujukan kepada Natasya, dan Danisya koma. Masa ni lah Amanda (kawan baik Danisya) pecahkan rahsia yang Danisya tu adik kepada Amzar, dan Amzar mengamuk pada Datuknya. Pulak Datuknya kena heart attack, masuk hospital. Masa dah sedar tu Datuk dia pecahkan lagi rahsia tentang Natasya, yang sebenarnya Natasya tu adik Amzar juga, masa ibu diorang lahirkan melalui pembedahan, Datuk Azri ambil sorang kembar dan merahsiakan dari ibu Amzar, tetapi bapa Amzar diugut. (wow.. complicated!!)

March 23, 2015

Hati Perempuan - Nur Ain Al abbas


Harga: Rm27.00





Sinopsis belakang buku:

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. 

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran 
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta 
hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? 


Pengkritik novel ini di sini

Resensi saya:

Si egois vs si serius. Macam nak pecah kepala nak cari titik keserasian antara si egois Yuhanis, dan si serius Tengku Zaril.

Tengku Zaril yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan, memang serius bab kerja. Kali pertama pertemuan Yuhanis dan Tengku Zaril, penuh dengan sindir menyindir dan cabar mencabar. Hakikatnya Tengku Zaril tidak menyangka ada wanita yang tidak terpikat langsung dengan harta benda yang dipunyainya, malah langsung tidak mengenali siapa dia Tengku Zaril yang digilai ramai model terkenal.

Yuhanis pula, setelah dikecewakan lelaki kaya, dia tidak lagi mempercayai semua lelaki kaya, termasuklah Tengku Zaril. Malah Tengku Zaril dianggap sebagai boss yang sangat cerewet, sombong dan bongkak, tapi yang peliknya, ada cincin lamaran dari Tengku Zaril.

Cubaan pertama Tengku Zaril memetik bunga di taman, tidak berjaya. Dia sungguh tidak menyangka ada wanita yang menolak lamarannya. Fikirnya semua boleh dibeli dengan wang ringgit yang dia ada.

Kali kedua, bonda dan ayahnda terpaksa campur tangan, itu pun disebabkan tidak tahan dengan keseriusan anaknda nya dalam bidang kerja. Seolah-olah tiada ruang untuk keluarga.

Cincin kedua merisik, dan mak Yuhanis terima tanpa usul periksa. Ternyata mengundang amarah Yuhanis. Tetapi Yuhanis tiada pilihan, Nizam rakan sepejabatnya terlepas peluang, walaupun Yuhanis ada hati pada Nizam, tetapi dia menutup pintu hatinya pada semua lelaki. Sungguh tidak disangka mak Yuhanis menerima lamaran bagi pihaknya.

Pernikahan berlangsung dalam suasana damai, tetapi hati Yuhanis masih memberontak. Hidup berkeluarga terutama dengan Tengku Zaril, dirasakan seperti penjara. Yuhanis tidak lagi bebas bergerak, hatinya masih sama, digin sejuk dan beku terhadap Tengku Zaril. Tetapi tidak pada Tengku Zaril, walaupun di pejabat dia serius dan tegas, apabila terpandang wajah Yuhanis, dia tidak dapat menolak hatinya dari mencurahkan sayang pada Yuhanis.

Dalam pada pergolakkan rumahtangga, muncul pula Tengku Amalin, yang sudah lama menaruh perasaan pada Tengku Zaril. Barulah Yuhanis merasa tercabar. dan Daniel, bekak kekasih Yuhanis kembali menuntut cintanya.

Akhirnya, Yuhanis sedar, pengorbanan Tengku Zaril mencintainya, dan perlahan-lahan hatinya mula terbuka buat suaminya yang tercinta.

Maaf... jika aku tak sempurna



Tajuk: Maaf... jika aku tak sempurna 
Bil mukasurat: 947
Tahun Terbitan : April 2012
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN 9789685067983
Harga: RM34.00

Klik Untuk Beli


Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid. 

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Resensi saya:

:
:



Pengkritik Lain:

Siti Zawiah

Tonton or Download Maaf Jika Aku Tak Sempurna

March 20, 2015

Dia... Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah



SINGLE is simple , double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya ,dia pun boleh hidup tanpa lelaki ,lagi mudah dan tidak serabut otak. lelaki menyusahkan ,suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin punboleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. kau gila ke Dewi , ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah...
Dew3i serius! walau denganb apa cara pun , Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. anak yang akan mewarisisyarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
"Aku akan kahwin ! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya ,lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditingggalkan, lebih baik aku blah dahulu"-DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan 'suami sementara' dari lelakin baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
"Saya Amzasr...err...Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu.."-RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berkan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusri untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai 'Suami Sementara'nya untuk seorang zuriat ? Bagaimanapula rancangan Kamarul yang terlalumenyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA...Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit daripada peristiwa kelam hidupnya.

March 9, 2015

Teman Lelaki Upahan

EL yang baik hati


Siti Elizad aka si egois
 ni dulu, sekarang kerja kuat, makin kurus dah

baca cerita tentang Siti Elizad kat sini

Kenapa Dengan Zarra ni?

Tonton dan download TLU kat sini


Tajuk: Teman Lelaki Upahan
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-70-3
Penulis: Azura Rasiddin
Harga: RM27

Sinopsis belakang buku:
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Resensi saya:

Awal cerita memang agak slow, tapi selepas EL ditimpa musibah, yakni bapa dan abang longnya meninggal dalam kemalangan jalanraya, EL menjadi tak tentu arah, dari situ jalan cerita menjadi semakin menarik. Kyra pula mendapati ayahnya sebenarnya tidak bersalah. Mummy yang disangkakan ditinggalkan oleh daddy nya rupa-rupanya seorang isteri yang curang dahulu. Kyra merasa sangat sakit hati, dan meminta maaf pada daddynya.

Sementara itu, EL bergelut dengan masa, dan terpaksa korbankan cintanya demi bisnes. Tetapi tidak berakhir disitu sahaja, EL terpaksa berdepan juga dengan Kyra semasa mengusahakan projek di Cherating.

EL yang terlalu sayangkan Kyra berdendam apabila Kyra cuba melupakan EL, selepas menyaksikan adegan EL berpelukan dengan Zarra yang sedang berbadan dua. Kyra menghina EL, hanya kerana dia menganggap EL akan berkahwin dengan Zarra.

EL pula terasa dihina, lalu dia mula menjalankan siri sakit hati dan dendam pada Kyra, tetapi akhirnya EL juga yang terjerat dalam siri dendamnya.

4/5 bintang..

Teman Lelaki Upahan Episod 1
Teman Lelaki Upahan Episod 2
Teman Lelaki Upahan Episod 3
Teman Lelaki Upahan Episod 4
Teman Lelaki Upahan Episod 5
Teman Lelaki Upahan Episod 6
Teman Lelaki Upahan Episod 7
Teman Lelaki Upahan Episod 8
Teman Lelaki Upahan Episod 9
Teman Lelaki Upahan Episod 10
Teman Lelaki Upahan Episod 11
Teman Lelaki Upahan Episod 12
Teman Lelaki Upahan Episod 13
Teman Lelaki Upahan Episod 14
Teman Lelaki Upahan Episod 15
Teman Lelaki Upahan Episod 16
Teman Lelaki Upahan Episod 17
Teman Lelaki Upahan Episod 18
Teman Lelaki Upahan Episod 19
Teman Lelaki Upahan Episod 20
Teman Lelaki Upahan Episod 21
Teman Lelaki Upahan Episod 22
Teman Lelaki Upahan Episod 23
Teman Lelaki Upahan Episod 24
Teman Lelaki Upahan Episod 25
Teman Lelaki Upahan Episod 26
Teman Lelaki Upahan Episod 27
Teman Lelaki Upahan Episod 28



March 5, 2015

Asam pedas untuk dia

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-827-0
Halaman: ~528
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2012

Sinopsis belakang buku:

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
Resensiku:
~~~~~~~~


Kisah seorang wanita muda yang menjadi balu akibat kematian suaminya dalam kemalangan.  Ainin membesarkan Isha bersama ibh dan adiknua Faiz,  dengan kesempitan hidup sebagai seorang isteri tanpa suami,  ainin berusaha untuk mencari rezeki dengan membuat kuih koci dan nasi lemak.

Hisyam pula anak tuan rumah,  yang tiada pekerjaan tetap,  cuba mengorat Ainin. Dia cuba mengugut Ainin supaya membayar sewa rumah yang tertunggak,  jika tidak dia memaksa Ainin menerima tawaran sebagai pengganti suami nya.

Ainin pantang menyerah,  dia cuba mencari pekerjaan sebagai orang gaji. Dia mula bekerja dengan Hajah Fauziah yang mempunyai anak yang sudah bekerja.

Masakan Ainin menjadi kegemaran Ziyad,  anak sulung Hajah Fauziah. Asam pedas.  Ziyad yang mempunyai firma arkitek sendiri,  sudah berkawan lama dengan Shafinaz,  tetapi tidak dapat serius untuk ke alam perkahwinan.  Shafinaz anak Dato Majid seorang yang seksi dan bekerjaya.  Shafinaz banyak mengelak dari persoalan kahwin.

Ziyad pula simpati dengan nasin Ainin,  dia menawarkan Ainin sebuah pwrkahwinan dan dia akan langsaikan semua hutang rumah sewa.  Pada mulanya Ainin tidak setuju,  tapi setelah didesak,  akhirnya pernikahan dilakukan di kampung Ainin.  Tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Ziyad.
6 bulan pertama,  hidup mereka aman bahagia,  tanpa pengetahuan sesiapa.  Tetapi setelah adik Ziyad pulang dari London dan mula memikat Ainin,  Ziyad cemburu dan naik angin.

Shafinaz pula mula mengajak Ziyad bertunang.  Ziyad stress dan menghamburkan pada Ainin.

Ainin pula di pikat Zarul,  dan akhirnya Ziyad bertunang dengan Shafinaz.  Ainin makan hati dengan peebuatan Ziyad.  Ziyad pula semakin stress.


Rahsia mula terbongkar bila,  Ainin didapati hamil.  Farhana adik Ainin dan Shafinaz mencemuh Ainin mengandung anak luar nikah.  Ainin terasa hati,  suaminya Ziyad hanya diam membisu.

Akhirnya Ainin membawa seluruh ahli keluarganya ke Kuala Kangsar.  Ziyad mencari Ainin tapi tidak berjumpa.  Ziyad tidak dapat menipu dirinya sendiri.  Dia terlalu sayangkan Ainin dan bukan Shafinaz.

Ziyad mwmberanikan diri memberitahu perkara sebenar pada kedua orang tuanya.  Hajah Fauziah gembira,  ayah Ziyad juga gembira.  Zarul kecewa,  Farhana tersipu malu.

Ziyad membatalkan pertunangan dengan Shafinaz dengan cara baik.  Akhirnya dia berjaya menemui Ainin dan membawanya pulang ke pangkuan mertua. Habis.
.