Pencinta Novel

April 24, 2016

Suami Tanpa Cinta - Syamnuriezmil


Harga:rm30
ISBN: 9789670707105


Sinopsis belakang buku:


Suami Tanpa Cinta

 3.79  ·   Rating Details  ·  170 Ratings  ·  28 Reviews
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.
Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”
Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”
Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”
Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”
Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”
Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”




Sedikit preview:
“IBU, mama... Aid dengan Ain nak minta maaf banyak-banyak, sebab dah tipu ibu dan mama.”

Imani dan Airin memandang sesama sendiri. Zaidan menyuruh Airin dan Imani duduk. Takut nanti, jatuh pengsan pula ibu dan mama mertuanya. Sudahlah mereka berdua tu, ada sakit jantung dan darah tinggi.

“Jangan cakap merepek boleh tak Aid, Ain macam mana? Dok dalam bilik rawatan lagi ke? Kita tak boleh tengok dia lagi ke? Hang jangan nak raplah jinggapulak, bagi ibu cuak saja ni,” Imani mengusap dadanya. Mana tak terkejut, tatkala nampak muka si anak, si Zaidan beria-ia meminta maaf.

“Entah kamu ni Aid, mama pun dah libang-libu ni. Doktor kata apa?”

“Aid bukan apa, Aid rasa serba-salah pula. Aid tak nak, apa-apa jadi dekat Ain, jadi Aid nak minta maaf bagi pihak Ain, dengan Aid sekali.” Zaidan takut. Ain masih belum sedarkan diri.

“Apanya? Maaf apanya?” Imani mengerut dahi.

“Sebenarnya, Aid dengan Ain tak bercinta. Kita orangdecide nak kahwin sebab nak gabungkan syarikat kita yang hampir muflis. Aid minta maaf, sebab menipu ibu dan mama. Tapi, jangan risau, jangan takut, jangan cuak, Aid dengan Ain sedang belajar cinta dan mencintai antara satu sama lain. Syarikat kita pun dah okey. Semuanya as planned...”


Airin dan Imani... tergamam!

April 23, 2016

Duda Terlajak Laris - akasia TV3


Duda Terlajak Laris - Aifa Batrisya

Harga: RM25.00

Sinopsis:

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala-ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Cukup Derita Itu - Siti Rosmizah

Tajuk : Cukup Derita Itu
Nama Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM38.90

Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibu bapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

Zarul Zafran lelaki tampan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ini? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.

"Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!"

Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.

"Allahuakbar! Mak kenapadia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini!Raungnya.

Ellani...cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.
 


Sinopsis dari saya:

Style masih sama. Membawa perasaan saya naik dan turun dengan hempasan. Konflik demi konflik tercetus dan terurai. Kisah kembar yang kematian ibu bapa dan dipelihara oleh ibu saudara yang memilih kasih. Si kakak sentiasa disenangi dan ditatang bagai minyak yang penuh, si adik di seksa dan dibuat seperti hamba. 


Jangan Padam Rindu - rina fazriq

4/5 bimtang.

Sinopsis dariku...

Kisah Ellina yang mulanya geram dengan ibunya kerana menerima risikan dari tuan haji yang baru berpindah di depan rumahnya. Rumah banglo agam dan nampak special, tapi Ellina tak suka,  sebab ada ke orang tua bertongkat tu nak dijadikan suami...? Memang lah dia pun dah tak la muda sangat, tapi baru cecah 30!

Ibu memang tak kesiankan anaknya.. Rintih Ellina, kalau papa nya ada, dah tentu dia takkan terima.

Dalam masa yang sama, akibat geram, hp nya terbaling ke dalam kolam ikan ibu!!!... Tup tup, malam nya tu tuan haji hadiahkan dia hp baru yang warna Pink limited edition tuuuuu..tuan haji ni tak padan dengan dah tua, tapi wahhh teknologi terkini!

Bermulalah episod Ellina bersembang dengan whasapp dengan tuan haji. Terpaksa jugaklah dia hormat orang tua tu, sebab hp tu percuma dari tuan haji...erkkkk

:
:

Rupanya bukan tuan haji!!! Fauzan mr engineer anak tuan haji, yang dulu pernah membuatkan Ellina pusing....
:
:

Lawak romantis la citer ni... Ups and downs.. Kalau didramakan, Best Ellina tu tiz zakyiah sebab tiz kan ala ala kalut.. Tuan haji tu macam biasa pelakon handalan Mustapha Kamal.. AKid Fauzan - Mr macho Man Remy Ishak..  Heheheheheh

April 18, 2016

Melbourne aku ingin pulang

First novel baca dari publisher october. Nice tapi mendatar dan dragging. Muka surat ada 892, tapi jalan cerita nya tak banyak.
Kisah dua beradik, Suffian dan Adelia. Adelia merupakan anak angkat sejak lahir, dan Suffian menyayangi adiknya lebih dari seorang adik. Adelia pula menganggap Suffian abang kandungnya, hinggalah rahsia terbongkar, Adelia membawa diri sekejap.
Suffian berkahwin pula dengan Amanda, gadis yang tamakkan harta. sanggup membomohkan suami sendiri. Adelia pula berkahwin dengan Johan (kawan baik Suffian, ini diperkenalkan sendirinoleh Suffian, sebab Adelia kecewa dengan anak Tan Sri -Mikael, yang tidak mahu berkawan lagi setelah mengetahui asal usul Adelia, bukan anak datuk yang sebenar).
rahsia Amanda terbongkar, selepas Rosnah (ibu sebenar Adelia yang menumpang di rumah Datuk setelah didera suami sendiri) meninggal dunia. Ustaz yang menguruskan majlis tahlil ternampak sesuatu yang ganjil dalam diri Suffian, dan berusah dengan keluarga Datuk membersihkan Suffian. Akhirnya Datin, menjumpai sepunjut kain kuning yg diikat terselit di bawah cadar Suffian.

Suffian akhirnya menceraikan Amanda. Amanda rasa kesal sebab dia kehilangan seorang yang paling dia kasihi. Sungguhpun Amanda seorang yang suka bertukar-tukar pasangan (terutama dikalangan orang-orang kaya).

Sementara itu Amanda mula memasang perangkap dengan memperalatkan bekas kekasih Johan, iaitu Arissa. Arissa memang merupakan teman Johan semasa di universiti, tetapi dia meninggalkan Johan untuk bersama dengan seorang yang lebih berharta. Amanda membuat plan yang mana Arissa terpaksa menggadaikan maruahnya sekiranya dia ingin memilikki Johan kembali. Johan pula hidup kesepian setelah Adelia pergi melanjutkan pelajaran, dan dikesempatan inilah Arissa menggoda Johan dengan menyerahkan dirinya. 

Mereka berdua terperangkap oleh Arissa, yang kembali sekejap ke Malaysia kerana rindukan Johan, Setibanya dia di apartment, dia melihat Arissa di dalam biliknya bersama-sama Johan. Hancur berkecai hatinya ketika itu.

Akhirnya Johan pula menceraikan Adeliaa atas permintaan Adelia. Maka berjayalah Amanda membalas dendam. Tetapi dendam nya masih tidak terbalas kerana Adelia masih lagi tinggal dibanglo Datok Aman bersama Suffian. Ketika ini Adelia sedikitpun tidak merasai cinta sebenarnya dari Suffian, dan Suffian tidak mampu meluahkan kepada Adelia.

Akhirnya, Suffian akur dengan perasaan sendiri setelah dia meluahkan isi hatinya pada mamanya.

Sekian....