Pencinta Novel

August 30, 2018

Panahan Cinta Mr Agoraphobia - Sury Ryana

Tajuk: Panahan Cinta Mr Agoraphobia
Penulis: Sury Ryana
Penerbit:  Suara Hati Publication
Bil ms: 855
Tahun terbitan: Mei 2018

Sinopsis belakang buku:

Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham hingga menyebabkan Tuan Faleeq mengelar Thalia pencuri manakala Thalia pula menggelar Tuan Faleeq sebagai penculik.

Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua. 
Kebakaran di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan Group. Kala itu, Tuan Faleeq sedang menghidapi agoraphobia. 
Lelaki itu kini sering diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada di khalayak ramai. Tapi, apabila berada dekat dengan Thalia, dia terlupa dengan penyakitnya itu membuatkan keluarga lelaki itu nekad untuk menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh seperti sediakala,
Termakan budi dengan Tuan Faleeq sekeluarga menyebabkan Thalia rela disatukan dengan lelaki itu. Motif Thalia cuma satu. Mahu Tuan Faleeq sembuh dari penyakit agoraphobia yang dihidapinya. 
Bahtera rumah tangga dilayarai dengan rasa gugup dan kekok pada mulanya, tetapi bercambah menjadi hubungan cinta yang mengasyikkan. Bahagia yang terbina diuji saat rahsia silam yang melibatkan dua keluarga ini terbongkar


Review dariku:

Kisah Thalia yang merupakan seorang pelajar di kolej yang dah tiada ibu. ibunya meninggal sewaktu dia masih kecil. Dia mempunyai seorang adik dan mereka dibesarkan oleh ayah yang bekerja biasa sahaja. Thalia mengalami kesulitan apabila ayahnya terpaksa meminjam wang dari Abang Joe, seorang peniaga kedai runcit untuk membiayai kos perubatan sakit jantung ayahnya.
Maka bermulalah episod, Thalia terpaksa bekerja sambil belajar, dan kepenatan dalam kelas. Suatu hari, ketika dia hendak keluar bekerja, shift malam, dia telah dikejar Abang Joe yang menuntutnya membayar keseluruhan wang pinjaman sebanyak 15ribu. Dia lari menyelamatkan diri di dalam sebuah kilang milik al-Hayyan, tanpa dia sedari. Ketika itu ada beberapa orang pekerja yang sedang bekerja memunggah barang, mujur mereka tidak perasan, tetapi Abang Joe sengaja memprovoke pekerja tersebut, namun tidak berjaya, Abang Joe mengugut ayah Thalia untuk membayar pinjaman, dengan mengahwini Tahlia sebagai isteri ke 3, tetapi Thalia, mesti lah tak mahu.

Tak lama selepas itu, kebetulan rakan sekerja part time Thalia tidak dapat datang, jadi Tahlia terpaksa menggantinya untuk membuat penghantaran makanan. Ketika melalui suatu jalan sunyi di sebalik kilang-kilang, Tahlia ternampak asap berkepul2 dan kebakaran berlaku di kilang al-Hayyan, tetapi tiada sesiapa yang berada di situ, kecuali sebuah kereta mewah. Tanpa berfikir panjang, Tahlia masuk ke dalam dan ternampak seorang lelaki di dalam bilik kerja sedang berdiri kaku tidak bergerak. Apalagi Thalia terus menerpa kearahnyaa dan menariknya sekuat hati, sebelum bilik tersebut meletup. Dia berjaya menyelamatkan Tuan Faleeq.

Semenjak itu Tuan Faleeq mengalami agoraphobia dan tidak keluar selama 3 bulan. Tahlia pula mendapat tawaran menjadi intern di al-Hayyan group. Bermulalah kisah Tahlia-Faleeq yang sweet dan main tarik tali terutama ketika Faleeq dapat mengatasi penyakitnya apabila di sisi Thalia. Faleeq apabila mengetahui tentang kesusahan Tahlia, dia terus menebus duit pinjaman dari Abang Joe tersebut, tetapi Abang Joe tetap berdendam hingga ke akhir.

Rating saya: **** (4 bintang) sebab kat hujung ada meleret2 sweet meweet gula tumpah banyak sangat,,,,,,, satu bintang reserve akibat kesweetan melampau.. haha





Post a Comment