Pencinta Novel

April 29, 2015

Kimchi untuk awak! - suri ryana



No. ISBN:- 978-967-0448-99-2
Jumlah muka surat:- 740
HARGA: RM29 Beli Sekarang

Sinopsis belakang buku:
Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.
“Jang-nim!” - Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.

Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.
Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?
“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”

Resensi Saya:

Kisah bella balik dari korea,  naik flight sama pulak dgn encik taufik,  yg minat dgn dia dah setahun,  tapi bella tak suka,  then dlm flight tu dia duduk sebelah mamat korea yang dia langgar masa kelamkabut nak check in..  Bisnes klass tu..  Along dia hadiah kan tiket kat dia..  Pastu Along pulak mintak tolong bella buatkan kimchi untuk dia bawak g kerja..  Jeng jeng jeng...
Citer ni lawak n sweet sangat...  Kn,  buat la drama akasia..  Best tau!..

April 16, 2015

Kerana Aku Isteri Bidaan - Tulip Ungu


KERANA AKU ISTERI BIDAAN - TULIP UNGU
HARGA : RM27.00 (SEM) / RM30.00 (SS)


SINOPSIS :
RAINA terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji manis kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Bergelumanglah dia dalam dunia itu walaupun pernah berusaha melarikan diri tetapi gagal. Hari pertama bertugas, dia  bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab.
RAINA yang dahulunya liar, degil, melawan… Menambah perangai lagi… Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari dia tergamam seketika apabila salah seorang pelanggan yang harus dilayannya adalah Farel, lelaki yang amat dikenali… Lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF.
RUMAH TANGGA mereka ada pasang surut… Ada rentak ‘3S’ – seksa, seksi dan ‘syurga’…
I sebut satu atau dua perkataan, you sambung perkataan yang ada kaitan dengan perkataan I sebut. Nak?”
“Kebun pisang?” Giliran Raina pula.
“Farel.”
Raina gelak. Farel jawab menyebut namanya sendiri. Mentang-mentang dulu pengusaha kebun pisang. Farel yang melihat semakin terpegun. Kejujuran dan keikhlasan Raina ketawa sudah dia temui.
“Farel?” soal Farel pula. Raina tergamam. Mahu menjawab kebun pisang, tidak boleh pula.
My hero…” Spontan jawabnya.
DISANGKA matahari memancar indah hingga ke petang, namun hujan di tengah hari… Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak… Memporak perandakan hati dan tragis juga…
I nak hantar you balik ke tempat asal you,”
“Farel tolonglah… Apa yang terjadi bukan seperti yang you sangka.” Raina bela diri. Air matanya sudah gugur.
“Kena tangkap khalwat dengan Emad, apa yang I sepatutnya jangka?” Sinis nada Farel bertanya. Kalau setakat bercanda dalam bilik pantri dia boleh maafkan lagi tapi kalau sudah ditangkap basah, itu bukan lagi perkara kecil. Ia melibatkan maruahnya.
“Farel… Tolonglah, I tak nak balik ke sana, kalau you tak nak simpan lagi, ceraikan atau jualkan I pada Emad,” rayu Raina sambil memaut lengan Farel yang sedang memandu menuju ke TTF…

APAKAH yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya?

April 14, 2015

Eksperimen Cinta - Anjell

 foto pinjam encik google

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 
Ask Question About This Book

April 12, 2015

Dalam Diam Aku Terpikat - Aulia Iman

SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.
Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?
“Banyak lagi kerja lain yang boleh I buat selain jaga mummy you…  You fikir I ambil ijazah menjaga warga tua di universiti dulu?” – Misha
“Berapa sahaja yang you mahu, I akan bayar.”  –Megat Danial
“I nak sepuluh ribu!” -Misha
“You ingat, you jaga orang cacat?”  -Megat Danial.

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula…
“Ini pertama kali saya dapat bunga daripada lelaki.”
Kalau saya tahu awak tak pernah dapat bunga, pasti saya akan cari bunga yang paling cantik untuk diberi kepada perempuan yang pertama kali mendapat bunga daripada saya.”

Saat kasih bersemi, ada jurang yang dalam cuba memisahkan cinta yang hadir  dalam diam. Kemalangan ngeri yang berlaku sewaktu pulang dari kampung halaman telah meragut keupayaan yang Megat Danial miliki hingga dia tegar melepaskan Misha pergi.
Tabahkah Misha melepaskan Megat Danial, calon pasangan syurganya itu begitu saja? 

April 10, 2015

Dia Yang Ku Jadikan Suami - Rinsya Chasiani



Harga: RM24.00 Beli Sekarang

NAAZNEEN – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?” 
“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”
“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?” 
“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”
“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.
“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat. 
“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu... Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I. I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah. 
You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’... 
Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you.
You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.

APAKAH ada ruang untuk Naazneen kembali ke sisi Naim Khair setelah dia juga menjadi punca ibu mentuanya patah kaki dan ayah Hidayah meninggal di dalam kemalangan…

Resensi saya:

Permulaan cerita macam geram pun ade, heroin jahat!, biar betul? rupa-rupanya balas dendam. Naaz penuh dengan dendam kesumat, kisah ini hampir sama dengan novel thriller sydney sheldon, when tommorrow comes. tapi tak la serupa, cuma suspens dia hampir ke tahap tu.

Naaz yang nak merosakkan Naim, tiba-tiba dia yang terperangkap khalwat dengan Naim. Episod seterusnya makin menarik nak susah nak letak
*****
saya bagi 5 bintang!, boleh buat adaptasi drama!

Dia Yang Ku Jadikan SuamiDia Yang Ku Jadikan Suami by Rinsya Chasiani
My rating: 5 of 5 stars

Superb! naik turun nafas baca. Heroin jahat!! mula-mula je jahat, tapi apa tak nya sebab dia dibesarkan tanpa panduan, apa yang di nampak hanyalah dendam. Semua yang dia hendak mesti dia dapatkan, sampai lah dia terduduk bila rancangan tak menjadinya pada Naim Khair. Jejaka yang cuba di onari, tapi dia pulak yang terperangkap!.

Kesian juga masa Naim tolak dia sampai jatuh, luka lutut dan siku, depan balai polis pulak tu....

View all my reviews

April 2, 2015

Kerana Cinta Itu ada Saktinya - April Snow


Harga: RM27 Beli Sekarang
Terbitan: Karyaseni
Tahun: 2015
ISBN: 9789670246932
Bil mukasurat: 640
Magis bernama CINTA menemukan mereka berdua. Ibarat ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga takdir bertemu juga. Fazwan Anuar, Si CFO penuh karisma tidak pernah menduga diri bakal melakar riwayat cinta dalam perjalanan hidup Aida Awliya; guru di taska anak angkatnya, Dian Khalisya.
Fazwan Anuar. Sejarah cintanya kecundang awal. Tanpa balah. Penuh reda. Aida Awliya. Kisah cintanya penuh warna indah dan melankolik. Tersungkur dek ketidakjujuran bekas kekasih. Aida dihumban ke gaung duka tatkala lelaki yang dicintai separuh nyawa memilih gadis lain sebagai suri. Aida sudah tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Tidak lagi! Kehadiran Fazwan yang penuh pesona membuka lembaran baru dalam hidup Aida.
“Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik dalam hati saya takkan bohong.” – Fazwan Anuar
“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.” – Aida Awliya

Demi mahu sentiasa di sisi Aida, Fazwan membawa Aida sepejabat dengannya. Kesungguhan Fazwan tanpa jemu lelah menanam benih cinta dalam jiwa mengembalikan percaya Aida pada magis cinta. Aida kembali merasai ajaibnya cinta seorang lelaki. Betapa indah dunia dengan cinta daripada seorang lelaki yang tulus mencintai.
“Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.” - Fazwan Anuar

Sulaman bahagia yang menanti saat dipateri rasmi tergugat dengan pertemuan kembali Aida dengan bekas kekasih yang juga rakan sepejabat Fazwan dan Aida. Cinta Aida mahu diraih kembali. Cinta Aida mahu dimiliki semula.
“Jangan mimpi kau akan dapat dia, Fazwan. Dia milik aku. Aida milik Razman Zikry!” – Razman Zikry

Onar keji yang dilakukan Razman meruntuhkan segala impian indah dalam jiwa Aida. Fazwan dijauhi. Fazwan dihindari. Hilang Aida buat Fazwan tekad menjejak belahan jiwa. Bisakah sakti cinta mengembalikan semula Aida kepada Fazwan? Mampukan sakti cinta Fazwan meyakinkan Aida bahawa gapura bahagia yang mereka bina tetap setia menanti kedatangannya? Bolehkah sakti cinta yang menemukan mereka dahulu menyatukan semula Fazwan dan Aida? 

Resensi saya:
Penuh bunga bunga kosa kata novel kali ni.  First half cerita menarik,  kemudian mendatar,  kemudian saspen dan baru la tamat.  
Kisah Aida yg tulus dan lurus bendul,  awal perkenalan dengan si CFO yang tegas tapi akhirnya cair dgn kelembutan Aida.
Razman cuba merampas semula kasih Aida dgn cara terkutuk,  mujur ada cctv penyelamat. 
Hmmm,  tebal ni,  kisah konfliknya sikit sangat berbanding dengan tebalnya..  Overall so n so.  Awal tadi dah mcm best,  tgh meleret,  hujung fasttrack.

3/5 bintang