Pencinta Novel

May 9, 2018

Bunga Hati Mr. Jung by Tini Hardanisyah


Tajuk: Bunga Hati Mr. Jung
Penulis:  Tini Hardanisyah
Penerbit: Kasih Airies Publication
Tahun: 2017
isBN; 9789672035220

Sinopsis belakang buku:

“Kenapa buka kemeja ni?” Tegang sekali suaraku. Sakit pula rasanya mata ini saat melihat Erwan muncul tanpa kemeja yang tersarung di badan, sebaliknya digayutkan di lengan sahaja. Hanya tinggal t-shirt putih tanpa lengan yang cukup-cukup makan sahaja separas bahunya. Angkat tangan sah nampak ketiak. Seksi!

“Panas sangat.” Selamba Erwan menjawab sambil buat muka tidak bersalah.

“Siapa suruh awak pakai baju dua lapis. Tapi tetap tak boleh macam ni.” Aku tidak mahu kalah.

“Kenapa?” Erwan tergelak kecil ketika menyoal. Nampak seperti sengaja ingin menyakatku.

“Lengan awak ni tak bertutup.” Jawapanku jujur sekali.

“Bukan aurat pun.” Memanglah bukan Erwan. Saya tahulah! Aku menjerit dalam hati.

“Eiiii memanglah bukan aurat tapi saya tak suka penampilan awak macam ni. Jujurnya saya tak suka orang tengok awak macam ni. Seksa mata ni. Tak payah nak seksi sangat boleh kan.” Aku mendengus perlahan. Sempat mengerling beberapa orang gadis yang kuyakin mencuri pandang Erwan.

“Awak jealous?” Jelas sekali Erwan sedang mendugaku.

"Ya saya memang jealous. Mana boleh orang lain sesuka hati tengok free macam tu aje."

Namun, itu semua hanya mampu kuungkap dalam hati. Pandanganku terus dialihkan empat puluh lima darjah dari Erwan.

“Okeylah saya pakai semula.” Akhirnya Erwan mengaku kalah dan selamba sahaja menyarungkan kemejanya semula di hadapanku malahan di hadapan khalayak ramai. Geram sungguh aku. Hendak marah nanti berlarutan pula. Asyik aku sahaja yang tidak puas hati dengan Erwan. Erwan pula sekali pun tidak pernah merungut dengan sifatku. Baru sedar diri ini sangat teruk.

Snippet credit to fb Penerbitan Kaseh:

Bila tak sengaja langgar orang dan bila dongak tengok ini yang tersaji depan mata, agak-agaknya apa jadi dekat jantung???

“Ibu!” Spontan aku terjerit perlahan saat sneakerku terpijak sesuatu. Beberapa orang pelanggan memandangku dan aku hanya mampu tundukkan kepala beberapa kali tanda maaf.
Kemudian cepat-cepat aku berpaling dan terus nampak t-shirt berwarna kelabu yang pastinya tersarung di badan seseorang. Tapi aku tidak dapat melihat wajahnya kerana perbezaan ketinggian.

Mataku dialihkan ke bawah dan aku nampak sneakernya yang telah comot. Warna biru kini dihiasi tompokan hitam dan kelabu. Pasti gara-gara dipijak olehku. Nafas kuhela seperlahan mungkin dan aku terus tunduk untuk mengelap sneaker yang tanpa sengaja kupijak.
Baru sahaja membongkok terasa lenganku dipegang kemas. Terus aku mendongak dan terasa bagai mahu gugur jantungku saat melihat si pemilik t-shirt kelabu.

"Maafkan saya.” Kata-kata itu terungkap serentak dengan pegangan yang dilonggarkan. Pasti dia menyedari tangannya yang tersasul sebentar tadi. Mujur aku tidak sempat melenting. Semuanya gara-gara kerana terlalu terkejut. Dia masih merenungku tidak berkelip dengan renungan yang sukar untuk aku tafsirkan. Tiada tanda-tanda untuk senyum. Wajahnya cukup serius. Aku telan air liur dan rasa entah apa-apa.

“Kasut, saya yang patut minta maaf. Terpijak awak.” Memang tunggang langgang ayatku. Lidahku habis berbelit. Belum masuk kisah jantungku lagi. Sudah mula marathon 200km sejam. Bertenang Alisha Haryani. Bertenang. Di hadapanku sekarang hanyalah seorang manusia, bukannya singa mahupun harimau.
“Nama saya bukan kasut.” Nada suaranya sama seperti sebelum-sebelum ini. Perlahan dan agak lembut. Andai dituturkan oleh orang lain, mungkin aku sudah gelak guling-guling. Tetapi lain pula dengan lelaki di hadapanku ini. Apa ya namanya? Lupa pula padahal dia sudah memberitahu nama penuhnya ketika kami terserempak di kedai buku. Tidak silapku hampir sembilan bulan yang lepas. Sudah terlalu lama dan ternyata aku memang lupa akan namanya. Panggil sahaja Encik Kaunter.

“Saya tak sengaja. Ni tisu. Nanti lap ya.” Sepaket tisu di dalam poket seluar jeans terus kuhulur tanpa memandang wajahnya. Bimbang renungannya yang tajam dan redup itu akan mematahkan perasaanku lagi. Patah perasaan? Apa yang aku merepek pula?

*if nak tahu kisah selanjutnya antara Alisha dan Erwan, jangan lupa dapatkan bulan depan...terima kasih semua...love you guys till the moon and sun...hehe

Resensi saya:

Back track kisah fan yang minta sign autograph penyanyi popular Korea 10 tahun yang lalu. Alisha sudah berjaya melupakan kisah tragis Jung il Won yang hilang dari persada nyanyian selepas kemalangan tragis yang di alami kumpulan popular K-pop. Jung Il Won yang kacak, tinggi dan menawan serupa iras Lee Min Ho dalam penulisan Tini kali ini. Kali ini Alisya terserempak dengan orang yang sama dalam keadaan yang berbeza, dan dia hampir tidak percaya dengan mata kepalanya.

Jung Il Won, berbeza agama, adat, budaya dan bahasa, itu tanggapan Alisha, tetapi yang berada didepannya kini bukan Jung Il Won, tetapi Erwan.. Pelbagai persoalan bermain di minda dan kesemuanya dicatitkan lalu dihulur pada Erwan.....

Rating saya: *** 


No comments: