Pencinta Novel

May 6, 2018

Mr Grey - Syamnurezmil


Tajuk: Mr Grey
Penulis: Syamnureizmil
Penerbit: Karyaseni
Tahun: 2017
Bil ms: 941
ISBN: 9789674690502

Sinopsis belakang buku:

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

My Review:

Buku ni tebal dan berat. Sakit jari jemari nak menghabiskannya. Kalau boleh paperback lagi ringan sebab terlalu tebal setebal buku-buku Melur Jelita.

Awas Spoiler:

Kisah santai kali ini tentang Nisa Ardina gadis yang berasal dari kampung utara datang ke kotaraya untuk mencari pekerjaan. Mulanya pelbagai peristiwa tidak dijangka berlaku. Mr Grey yang datang kerumah Nisa secara tiba-tiba dengan Jannah, kemudian Nisa tersalah sangka, ingatkan Jannah buat maksiat, walaupun Jannah tu pramugari dan kawannya di kampung, sanggup Jannah menyonteng arang ke muka keluarga senyap-senyap. Begitulah sangkaan Nisa.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Nisa pula yang terbabit tanpa sangka. Nisa yang mempunyai trauma berada dalam bilik gelap diuji lagi. Lawak pun ada cerita ni. seseorang cuba memerangkap Nisa di dalam stor di pejabat dan putuskan eletrik selama beberapa jam. Ini menyebabkan Nisa pitam keseorangan di dalam stor hingga disedari Mr Grey.

Mr Grey pewaris harta milik datuknya itu sebenarnya mempunyai saingan sengit dengan cucu angkat Datuk Grey yang cuba membolot keseluran syarikat, sementara itu Mr Grey sebenarnya mempunyai cita-cita untuk berkhidmat pada masyarakat sebagai doktor sebenar. Dengan ijazah kedoktoran Mr Grey, memang dia layak untuk menjadi doktor malah mempunyai satu syarikat yang membuat kajian kedoktoran, tetapi dia terpaksa juga meneraju syarikat milik datuknya.

Peristiwa Nisa terpaksa mengganti PA Mr Grey dan mengikutinya ke Langkawi menyebabkan Mr Grey berjaya menjejakkan kaki ke rumah Nisa di kampung. Pelbagai perkara lawak berlaku sewaktu di kampung. Sementara itu Nisa pula sudah berkali-kali cuba menolak Ilham (peladang moden yang berijazah dan terhormat di kampung itu).

Memang patutlah tebal buku ni, sebab ada banyak watak dan banyak adegan lawak, saspen dan tak sangka.

Overall:

**** 4 bintang sebab banyak adegan saspen.


No comments: