Pencinta Novel

August 6, 2021

Carl Faliq - Nurwahyu

 


Tajuk: Carl Faliq
Penulis: Nurwahyu
Penerbit:  Fajar Pakeer
Bil ms: 690
Tahun terbitan: Feb 2019


Sinopsis belakang buku:

“Ana, saya tahu awak marahkan saya.” – CARL FALIQ

“Habis tu, takkan awak nak saya ketawa dan tepuk tangan dengan gembira?” – ANA AISHA

Demi sebuah misi, Faliq terpaksa akur yang jalan perpisahan adalah terbaik untuk mereka. Bukan hati sudah tidak sayang, tetapi dia tidak mahu episod hitam yang pernah menimpa Camelia dulu berulang. Episod itu telah menyebabkan Camelia dibunuh dengan kejam. Jauh beribu batu di bumi Brazil, Carl Faliq masih meneruskan misinya. Misi menumpaskan kumpulan Peter yang masih gagal dilakukannya. Namun, siapa sangka takdir semakin menguji apabila muncul kembali si gadis yang masih bertakhta di hati. Gadis yang kini memegang status tunangan orang.

“Kambing awak nak panggil saya?” – CARL FALIQ

“Yalah! Kambing berjanggut! Kambing takutkan air. Sebab tu awak malas mandi!” – ANA AISHA

Perkara lebih menyesakkan hati lelakinya, bila tunang Ana Aisha adalah Hardy Zafran. Bagi Hardy Zafran pula, kedatangannya ke Brazil bukan untuk si gadis. Tetapi, ingin menuntut kembali permata berharga yang berada di bawah jagaan Carl Faliq. Berjayakah Carl Faliq meneruskan misinya menumpaskan kumpulan Peter? Terbelakah kematian Camelia? Siapa pula yang akan menjadi pilihan hati Ana Aisha setelah segala rahsia terbongkar? Carl Faliq yang sentiasa menghantui hatinya atau Hardy Zafran yang mula bertaktha di hatinya? Tiada jaminan yang pertama akan menjadi yang terindah, namun yang terakhir semoga menjadi yang terbaik!
 


Resensi daku:

Kisah seorang Carl Faliq yang mempunyai darah campuran dan berwajah kacukan Melayu-Brazil. Dia mempunyai sejarah hidup yang luka dan kini dia tidak mampu untuk melukai buat kali kedua. Hubungannya dengan Ana Aisha sengaja diputuskan dengan alasan keluarganya mempunyai pilihan lain. Hakikatnya daku rasa dia sebenarnya tak mahu Ana Aisha yang dicintainya terluka sepertimana berlaku kepada Camelia, kekasih hatinya dahulu yang telah menjadi mangsa pembunuhan di kota London. Perkara tersebut menghantui hidup seorang Carl Faliq sehingga dendam untuk menuntut bela atas kematian Camelia menyebabkan dia membuat keputusan yang boleh membahayakan orang disekelilingnya.

Carl Faliq menerima tawaran sebagai anggota polis Brazil dan mula menjejaki pembunuh bekas kekasihnya itu. Dia kembali ke kota London dan sementara dia berada di situ, dia telah terjumpa Aunty Amy yang dikenalinya sewaktu belajar di London dahulu. Aunty Amy memang mengenali rapat dan mesra dengan aruah Camelia. Pula begitu, Carl Faliq juga telah menolong seorang perempuan asia bersama anak kecilnya yang hidup merempat.

Novel ini memang betul2 sebuah novel yang mempunyai banyak adegan, Daku membaca nya dengan begitu teruja sebab nak tahu apa kesudahan cerita dan hubungkait antara satu2 watak. Ada juga beberapa babak yang klise tapi ada juga babak twist yang heh daku tak sangka lah rupanya camtu... memang lah dah tentu daku dapat agak hubungkait antara ana dan aunty amy. Sebab kan ana tu dia tak de mak dan sedang mencari mak nya. Tak sangka pulak jauh benar mak dia pergi.

Pastu tak sangka pulak Hardy tu ialah Hardy yang sangat jahat dulu huhuhuhu.....  arghhhhhh.... masa tu tension betul baca bila daku ni terkait Hardy si pembunuh Camelia, pastu dia bertunang pulak dengan Ana Aisha? oh.my.God!........(ye la.. sebab dah 6 tahun berlalu dan Hardy pun dah jadi tok siak surau Pak Ngah si Ana tu, mestilah Pak Ngah ingat Hardy ni budak baik2 kan)

Overall: daku nak bagi 5 out of 5 bintang sebab berjaya membuatkan daku saspen, walaupun permulaan cerita agak slow....

Rating saya: ***** ting ting ting ting ting.... 5/5

p/s: cerita cerita macam ni la membuatkan daku rasa bersemangat balik nak menulis resensi hahahah