Pencinta Novel

November 23, 2021

Aku Pilih Rindu Itu - Muhfa Rijal'N


Tajuk: Aku Pilih Rindu Itu
Penulis: Muhfa Rijal'n
Tarikh terbit: Nov 2021
Penerbit: Muhfa Rijal'n
Bil mukasurat: 340 paperback

Sinopsis belakang buku:

"Kalau bukan Sarah siapa lagi Acik? Salah ke kalau Ariq tiba-tiba cakap nak kahwin dengan dia? Ini keputusan Ariq, kalau semua orang nak halang Ariq, baik semua tak payah tahu apa Ariq nak buat. Senang!" - ARIQ

Perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Tersilap langkah pasti menanti barah. Acik Amon risau dengan keputusan Ariq yang dibuat secara mendadak. Kalau musnah segalanya pasti Acik Aimon juga terima tempiasnya.

"Aku tak percaya kau Ariq. Aku tak percaya. Kalau bapak kau tahu pasal semua benda ni, habis kau Ariq. Habis kau dia kerjakan!" - ACIK AIMON

Sudah habis bicara Acik Aimon lemparkan. NAmun, itu semua pasti sia-sia. Segala apa yang dibuat oleh Ariq pasti akan makan diri sendiri. Musnah, hancur... lebur!

"Kau yang tergila-gilakan aku Sarah. Bukan aku yang paksa kau buat semua ni. Kau sendiri makan umpan yang aku bagi!" - QAIRIL

Muncul Qairil yang merampas segala-falanya. DAri sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar rencana, Qairil puas atukan. Akhirnya umpan yang dia lemparkan dimakan semahu-mahunya oleh perempuan yang dia rampas.

"Penipu! Kau tipu aku. Aku menyesal kenal dengan kau. Ini semua kau punya pasal. KAlau aku tahu jadi macam ni, aku tak akan pernah ikut kata-kata kau, dan aku tak akan pernah tunjuk muka aku depan kau! Lelaki tak guna!" - SARAH

Sudah habis daya SArah melawan Qairil. Tapi kudratnya lemah. Apa yang cuba Qairil buat mematahkan segala-galanya apa yang Sarah cuba lakukan.

8 tahun masa bersama, semuanya gagal. Dari awal hidup dengan lelaki itu tapi hancur dengan kelakuan Qairil padanya. Sarah kecewa. Hatinya musnah. Patah. Berkecai. Tak tertahan untuknya meneruskan perhubungan lagi.

Tapi, rindu yang telah lama dipendam mampukah Sarah dan Ariq bersatu kembali? Apakah ada masa dan pertemuan antara mereka untuk terjalin kembali cinta yang telah hancur 8 tahun yang lalu?

Atau adakah disebabkan RINDU yang telah terbina dulu, sebenarnya yang memecahbelakan hidup antara Sarah dan Qairil?

 Resensiku:


Kisah seorang anak muda Ariq yang tinggal di kampung lepas SPM kerja biasa2, kerja kilang kat kampung dan dia seolah-olah tidak mempunyai wawasan, sedangkan dia mempunyai girlfriend Sara yang sudah mula bekerja sebagai guru, pula tu Sara dari keluarga yang sempurna dan agak berada, sedangkan Ariq pula hanya dari keluarga yang porak peranda. Ibunya melarikan diri, dan Ariq dibesarkan oleh ayahnya dan adik ayahnya (mak sedara).

Bermula konflik bila rakan Ariq, menabur fitnah mengatakan Sarah mempunyai lelaki lain, Ariq mula goyah dan acuh tak acuh melayan Sarah. Sedihnya bab ni, tapi kita sebagai pembaca pun rasa macam eh betul ke tak ni? Memang geram betul dengan perangai Ariq yang suka sangka bersangka, ada pulak rakan yang sama menaruh hati kat Sarah dan sengaja buat cerita, dengan mak dia sekali dia babitkan.. huiiii rasa macam duduk kampung makcik bawangs... haaaa

Tapikan tengah2 kita duk rasa dakdikdug apa nak jadi ngan diorang, tetiba pulak plot rumah diorang terbakar, maka habis la watak antagonis dan maknya, maka digantikan pula dengan Qairil anak kawan mak Sarah, pastu diorang diterima oleh family Sarah, ni pun sebab Ariq dan Sarah diputus kasih, walaupun diorang berdua masih ada perasaan.. tapi macam tak de masa depan... pulak tu Qairil tu baru grad dan dapat kerja yang agak best kat KL.. huuuu

Maka Sarah dan Qairil pun kahwin, tapi kan time tu la Ariq mengamuk, dan berlakulah sesuatu diluar dugaan, ayah Ariq meninggal kena serangan jantung sebab marahkan Ariq. Itu lah adegan yang menyebabkan perubahan paling besar dalam diri Ariq. (bab ni memang memberi banyak pengajaran).

Ok, selepas beberapa tahun, Ariq pun dah jadi lawyer, Sarah pula tak balik2 ke kampung sampai tak tahu apa jadi pada Sarah dan Qairil, tapi dah boleh agak sebab sebelum tu ada juga rakan2 Ariq nampak Qairil dgn perempuan lain. So... pendekkan cerita, berlaku la kejadian yang sangat geram baca macam nak pukul2 si Qairil ni, sebab dia jadi pendera perkahwinan huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Next, nak tahu apa jadi, maka baca lah novel ni, gitu, akak bagi 5 thumbs up, tak de kesilapan ejaan langsung dan enjoy sangat membacanya, start pukul 11am, habis dalam pukul 4pm campur tolak buat kerja2 rumah dan makan2. 

Paling best, ada Poems/sajak di akhir buku dari Ariq ada 2 dan sarah pun ada 2 sajak.. nice...


***** (sebab effort penulis terbit sendiri, buku ringan, kulit cantik, mukasurat sedang elok, cerita pun menarik)