October 30, 2024

Miss Nina Cucu Tok Pa by Sha Ibrahim

 


Tajuk: Miss Nina Cucu Tok Pa
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Prolog Media
Tahun Terbitan : Januari 2024
Paperback
Bil ms: 432

Sinopsis belakang buku:

Miss Nina Cucu Tok Pa!

Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.

Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.

Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.

Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?


Resensiku:

Kisah Miss Nina yang menjadi seorang penjual ikan dengan lori dan bergerak disekeliling kampung walaupun mempunyai segulung ijazah. Dia tidak tega meninggalkan Tok Pa setelah neneknya meninggal dunia. Sejak dia di sekolah menengah lagi dia telah diganggu oleh Din, tetapi tidak lah secara keterlaluan.

Sejak Din kembali ke kampung, hanya Nina sahaja yang melayan kerenah Din, kerana semua orang kampung mengganggap Din sudah lagi tidak siuman setelah pulih dari kancah dadah. Din hanya membisu seperti orang bisu.

Rupa-rupanya Din mempunyai rahsia besar, dan dikampung tersebut juga berlaku tidak sefahaman antara haji Basri pemegang amanah duit kutipan dana kampung. Tok Pa pula secara senyap2 menyiasat kemana pergi duit dana kampung tersebut tetapi terkorban dalam kebakaran rumahnya(Rumah Nina duduk, kebetulan Nina tiada). Paling misteri, forensik mendapati rumahnya terbakar disebabkan oleh gas yang tidak ditutup, padahal Tok Pa tak pernah ke dapur waima memasak air sekali pun.

Rating saya: ***** (5/5 best and recommended)


No comments:

Post a Comment