Pencinta Novel

March 28, 2005

Pergilah Sepi



Pergilah Sepi - Fauziah Ashari Posted by Hello

Sinopsis : PERGILAH SEPI Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.
Harga : RM 12.00
Halaman :368
ISBN : 983-124-059-1

Komen saya:

Ok buat novel pertama nya, ada plot2 yang tidak berkenaan di garap dan tidak kukuh. Ada juga bahagian yg saya baca cara scanning sebab tak berkaitan dengan jalan cerita. Tapi jalan cerita menarik. Cuma tidak digarap secara terperinci dan menyebabkan cerita sekejap ke sana dan sekejap ke sini, tiada kesinambungan untuk plot sampingan.

Secara keseluruhan jalan cerita menarik dan saya membaca dalam masa sehari habis.

Rating saya: **+ ok lah tu...
Post a Comment