Pencinta Novel

March 28, 2006

Angin Dingin Dari Utara


Semua pakaian Nashrique telah siap dikemas apabila Namir pulang malah makan malam telah terhidang di atas meja. Mereka makan tanpa banyak bercakap. Namir sekejap-sekejap mengeluh dan Nashrique memandang ke arahnya sekali-sekala.
"Okey Namir, esok saya dah nak balik. Terima kasih atas layanan baik Namir. Saya minta maaf kalau saya menyakitkan hati Namir atau menyusahkan Namir." Nashrique memecah sunyi apabila mereka berada di ruang tamu dan menjabat tangan Namir erat.
"Saya pun sama. Terima kasih Cik Nashrique kerana banyak mengajar saya menghormati ibu bapa saya. Jasa Cik Nashrique takkan saya lupa." balas Namir dan belum sempat Namir mencium tangan Nashrique, Nashrique merentap tangan Namir membuatkannya jatuh ke dalam pelukan Nashrique yang erat dan Namir menjadi semakin gelabah.
"Cik Nashrique! Apa ni? Lepaskan saya, Cik Nashrique," Namir meronta-ronta namun pelukan Nashrique menjadi semakin kukuh.
"Diam!" arah Nashrique tegas.
"Saya yakin dalam pelukan saya sekarang ialah isteri kesayangan saya, Nabila Amin Azhar," ujar Nashrique.
"Bagaimana Cik Nashrique begitu pasti?" tanya Namir.Nashrique menarik topi Namir dan rambutnya terurai. Namir dilentangkan di ruang tamu dan Nashrique menindihnya.
"Nash dah buktikan kewanitaan Bila. Kedua, hanya Bila yang panggil Nash, Cik Nashrique, Ketiga, Bila cium tangan Nash, itu tanda hormat pada suami. Keempat, Bila masak seperti umi. Kelima cerita Namir terlalu banyak persamaannya dengan Nabila. Bila tak pandai berbohong! Keenam mustahil orang sanggup biar orang lain duduk rumahnya dan dia sendiri pula tolong kemaskan. Kalau ya pun menghormati tetamu, tiga hari dah memadai. Ketujuh, minat menggunakan perkataan 'bakhwas'. Kelapan, Bila tulis surat ke Rumah Alhamdulillah setiap 7 hari bulan, 14 hari bulan unuk kawan di Malaysia, 21 hari bulan untuk Nash dan itu yang Namir buat," Nashrique mencuri nafasnya sekejap dan Nabila yang di bawahnya terkebil-kebil diserang begitu.


Komen saya:
Apabila membacanya, saya tidak berhenti walaupun sekejap. Sanggup berjaga hingga tengah malam untuk menghabiskan cerita ini. Bagi pencinta novel cinta, ini novel nya. Bagi yang ingin menjadi raja sehari, sudah tentu keseronokan membacanya terasa hingga ke hati. Bahasanya santai, cerita nya simple, tapi diselang-seli dengan adegan-adegan yang suspens. Saya ingatkan Nashrique akan meninggal dunia dalam salah satu misi sebagai wartawan perang. Ternyata agakan saya meleset.

Kisah seorang wanita Nabila Amin Azhar yang berdendam dengan keluarganya dan melepaskan dendam nya dengan meninggalkan seluruh keluarga dan berdikari di negara orang. Dengan kebolehan yang dia ada, dia bangun di tengah-tengah dunia kulit putih. Menjadikan dia seorang wanita yang kental.. Walaupun begitu sekeras2 hati wanita, bagaikan kerak nasi, akhirnya lembut juga. Nashrique menikahi isterinya Nabila, tanpa melihat siapa wanita tersebut, menjejaknya hingga ke negara kulit putih dan mengenalinya secara rahsia.

Menerusi rakan2 rapat Nabila, rahsia isteri nya satu-satu dikupas dan dipelajari. Akhirnya tidak sia-sia menunggu, Nashrique dan Nabila bersatu. Happy ending...

Rating saya:
**** Best lagi! Asyik best aje semua nya alhamdulillah
Post a Comment