Pencinta Novel

January 25, 2012

Terlanjur Mencintaimu - Syamnuriezmi



Tajuk: Terlanjur Mencintaimu
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: KaryaSeni - Fajar Pakeer
Harga: RM18
ISBN: 9789670246000
Tarikh terbitan: Cetakan keempat Jun 2011
Bil m/s:  441

Sinopsis belakang buku:


Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Ringkasan dari saya:

Kisah seorang wanita yang egois, terlalu pentingkan diri sendiri, sanggup menafikan rasa kasih sayang dan cinta yang timbul setelah pernikahan dilangsungkan demi wasiat nendanya. Johan Iskandar bukan siapa-siapa, dia anak rakan baik bekas rakan niaga nenda Tengku Hanis sendiri. Nenda nya mempunyai sebab kukuh kenapa wasiat yang sedemikian di wartakan pada Tengku Hanis. Johan Iskandar pula akur demi menyiasat mengapa atuknya membawa diri yang lara ke negeri yang jauh dari syarikat gah yang pernah atuknya dan nenda Hanis pelopori dahulu.

Rating saya:
**** (4/5 bintang)

No comments: