Pencinta Novel

March 5, 2015

Asam pedas untuk dia

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-827-0
Halaman: ~528
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 15 Nov 2012

Sinopsis belakang buku:

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
Resensiku:
~~~~~~~~


Kisah seorang wanita muda yang menjadi balu akibat kematian suaminya dalam kemalangan.  Ainin membesarkan Isha bersama ibh dan adiknua Faiz,  dengan kesempitan hidup sebagai seorang isteri tanpa suami,  ainin berusaha untuk mencari rezeki dengan membuat kuih koci dan nasi lemak.

Hisyam pula anak tuan rumah,  yang tiada pekerjaan tetap,  cuba mengorat Ainin. Dia cuba mengugut Ainin supaya membayar sewa rumah yang tertunggak,  jika tidak dia memaksa Ainin menerima tawaran sebagai pengganti suami nya.

Ainin pantang menyerah,  dia cuba mencari pekerjaan sebagai orang gaji. Dia mula bekerja dengan Hajah Fauziah yang mempunyai anak yang sudah bekerja.

Masakan Ainin menjadi kegemaran Ziyad,  anak sulung Hajah Fauziah. Asam pedas.  Ziyad yang mempunyai firma arkitek sendiri,  sudah berkawan lama dengan Shafinaz,  tetapi tidak dapat serius untuk ke alam perkahwinan.  Shafinaz anak Dato Majid seorang yang seksi dan bekerjaya.  Shafinaz banyak mengelak dari persoalan kahwin.

Ziyad pula simpati dengan nasin Ainin,  dia menawarkan Ainin sebuah pwrkahwinan dan dia akan langsaikan semua hutang rumah sewa.  Pada mulanya Ainin tidak setuju,  tapi setelah didesak,  akhirnya pernikahan dilakukan di kampung Ainin.  Tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Ziyad.
6 bulan pertama,  hidup mereka aman bahagia,  tanpa pengetahuan sesiapa.  Tetapi setelah adik Ziyad pulang dari London dan mula memikat Ainin,  Ziyad cemburu dan naik angin.

Shafinaz pula mula mengajak Ziyad bertunang.  Ziyad stress dan menghamburkan pada Ainin.

Ainin pula di pikat Zarul,  dan akhirnya Ziyad bertunang dengan Shafinaz.  Ainin makan hati dengan peebuatan Ziyad.  Ziyad pula semakin stress.


Rahsia mula terbongkar bila,  Ainin didapati hamil.  Farhana adik Ainin dan Shafinaz mencemuh Ainin mengandung anak luar nikah.  Ainin terasa hati,  suaminya Ziyad hanya diam membisu.

Akhirnya Ainin membawa seluruh ahli keluarganya ke Kuala Kangsar.  Ziyad mencari Ainin tapi tidak berjumpa.  Ziyad tidak dapat menipu dirinya sendiri.  Dia terlalu sayangkan Ainin dan bukan Shafinaz.

Ziyad mwmberanikan diri memberitahu perkara sebenar pada kedua orang tuanya.  Hajah Fauziah gembira,  ayah Ziyad juga gembira.  Zarul kecewa,  Farhana tersipu malu.

Ziyad membatalkan pertunangan dengan Shafinaz dengan cara baik.  Akhirnya dia berjaya menemui Ainin dan membawanya pulang ke pangkuan mertua. Habis.
.
Post a Comment