Pencinta Novel

January 17, 2012

Bicara Hati - Damya Hanna



Klik Untuk Membeli
ISBN: 983-124-110-x
Halaman: ~576
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003

Sinopsis belakang buku:


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Resensi saya:

Pada waktu saya mencatat di blog resensi ini, 17/1/2012, malam ini merupakan episod ke 3 di Astro Prima. Boleh layan tengok di youtube untuk episod2 sebelumnya. Tapi saya pun tak sempat nak layan.

Kisah tentang nikah kontrak yang diusul oleh Tengku Syahran untuk mengelakkan diri dari bernikah dengan Linda, yang mana Linda setelah diintip oleh Tengku Syahran, dia didapati curang, ada banyak boyfriend dan suka bersosial bertukar-tukar pasangan. Walaupun begitu Linda pandai mengambil hati ibu Syahran dengan memberikan hadiah-hadiah, beramah tamah dengan keluarga Syahran.

Pertemuan secara tidak sengaja (accident) memberikan Syahran idea. Dia berjaya memujuk Zahlia untuk bernikah, dan diberikan wang RM30k. Zahlia pula menerima tawaran tersebut kerana, 1. Dia terlanggar kereta Syahran disebabkan kecuaian dia. 2. Memerlukan wang untuk menampung kos rawatan pembedahan Razif yang sama tempat dia dibesarkan iaitu Rumah Anak Yatim.

Sepanjang perkahwinan, mereka berdua terpaksa berlakon mesra apabila berhadapan dengan keluarga Syahran. Sementara itu, Zahlia sendiri mempunyai keluarga angkat yang membelanya sejak kecil.

Konflik timbul apabila Linda cemburu melihat kebahagian Zahlia dan Syahran dan mula menabur fitnah. Dia mengupah orang suruhan untuk mengambil gambar-gambar. Syahran dan Zahlia sedikitpun tidak terpengaruh dengan gambar yang dihantar. Bernard rupanya rakan sekelas Syahran semasa di Universiti dulu.

Zahlia pula didatangi oleh ibu kandungnya sendiri Raja Khalidah. Cerita disebalik Zahlia dihantar ke rumah anak yatim sejak kecil terbongkar. Raja Khalida dikhianati ibu (nenek Zahlia) sehingga sanggup memisahkan antara ibu-anak dan ayah.

Akhirnya, Zahlia dan Syahran terpisah setelah ibu Syahran terpengaruh dengan hasutan Linda yang memberikan salinan surat perjanjian kontrak pernikahan mereka berdua. Tengku Badriah (ibu Syahran) tidak mahu sebarang keturunan zuriat yang tidak diketahui asal-usul, dan Zahlia membawa diri ke rumah rakan baik mereka Anissa dan Adli. Sementara itu, Syahran yang sudah jatuh cinta dan menyayangi Zahlia membawa diri yang lara... dan pada waktu yang sama Zahlia sudah pun mengandung 2 bulan...

Rating saya: **** (best, boleh buat koleksi nangis nangis)..



1 comment:

Unknown said...

salam, kalau nak beli dgn baucer buku boleh tak > hermm