Pencinta Novel

Buy at Novel-online.com

November 7, 2008

Di Langit Cinta - Lily Haslina Nasir

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6
......
Sinopsis:
.....
Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri. “Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar.
...
Maruahnya terasa dipijak-pijak! Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu. Di langit sana...
...
Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.
...
Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga. Bagaimana dengan Meriam?
...
Ringkasan dari saya:
...
Kisah cinta Hani dan Raiz yang terputus ditengah jalan akibat penikahan Raiz dengan sepupunya yang tidak dicintai Meriam. Dalam cerita kali ini, Hani seorang anak kampung yang serba naif telah lari ke kota untuk mengubati hatinya yang luka lalu menjadi perempuan kelab malam. Sementara Raiz tidak dapat melupakan Hani walaupun sudah bergelar suami.
...
Raiz tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami, namun begitu keadaan gelora membuatkan Raiz terkesima dan menurut Meriam. Akhirnya Meriam mengandung dan pada mulanya Meriam memberontak bila mengetahui Raiz masih lagi menyimpan hati pada Hani sungguhpun tidak dapat menghubungi Hani. Raiz tidak dapat memupuk cinta kasih pada isterinya. Raiz akhirnya berjaya menjejaki Hani, dan membuatkan Hani kembali ke pangkal jalan.
...
Pernikahan Hani dan Raiz di Bali secara rahsia menyebabkan timbul fitnah dikalangan penduduk kampung bilamana Raiz dimasukkan ke hospital akibat cedera semasa bergaduh dengan Hani. Sekali lagi Hani terpaksa membawa duka dan lara seorang isteri kedua. Manakala Meriam juga telah dimasukkan hospital akibat mengandung songsang. Sewaktu melahirkan Meriam telah syahid demi nyawa seorang anak... (bab ni sedih sob sob sob).
...
Sudah tentunya happy ending.
...
Komen saya:
Ada beberapa perkara mengenai Raiz yang kita perlu fikir-fikirkan, Raiz yang terlalu lemah perlu berdepan dengan masalah dengan kembali ke jalan Allah, sepatutnya Raiz sebagai suami yang sah tidak patut membiarkan nafkah isteri tidak dipenuhi. Dalam cerita ini, hanya Hani yang menerima padah, tidak Raiz.
...
Rating saya:
*** (ok sudah habis dalam 2 hari sebab nak tau ending dia, dan last quater memang terkesan di hati, sedih sangat walaupun happy ending).
Post a Comment