Pencinta Novel

April 21, 2006

Arca Kasih - Norzailina


Arca Kasih - Sedikit sedutan.

Dalam perjalanan pulang, Norashikin menghubungi MAS. Penerbangan ke Washington D.C. dijadualkan jam 8.00 pagi esok. Setelah memastikan masih ada tiket untuk ke KLIA malam ini, dia terus membuat tempahan.Tidak banyak masa yang tinggal, Norashikin mencongak dalam hati. Ketika FX-1 tiba ke pekarangan banglo, dia nampak Zahari di pintu hadapan.
"Asmawi telefon tadi," ujar Zek sebaik sahaja Norashikin menanggalkan kasutnya di muka pintu.
"Asmawi?" Dalam kemelut perasaannya yang bercmpur baur antara cemas dan terharu, Norashikin tak keruan.
"Ya... lelaki dari pelabuhan tu." Zek seakan-akan memperli adiknya, Apalah yang tidak disukainya pada Asmawi, Norashikin kurang pasti.
"Abang Zek baru balik?" Pada firasat Norashikin, tentulah abangnya belum tahu berita tergempar dari New York tadi.
"Ya, singgah di gerai tadi... kawan belanja makan!"Melihatkan Norashikin yang meluru masuk ke ruang tamu, Zek menyoal pula, "Kenapa kau ni?"Norashikin terduduk di sofa. Seketika kemudian, bangun pula.
"Abah... dan ibu... accident!"Zek tidak nampak terlalu terkejut."Siapa beritahu?"Norashikin cemus melihat gelagat abangnya yang sambil lewa itu. "Pihak kedutaan telefon! Abang tolong hantar saya ke airport!" pinta gadis itu sebelum memanjat tangga ke bilik tidurnya. Dia perlu mengemaskan apa yang patut dibawa.::Anak muda itu masih ingat akan pesanan Allahyarham Tuan Haji Baharuddin pada petang dia dan isterinya akan berangkat ke Amerika.
Dia telah berjanji akan menolong Norashikin mengendalikan perniagaan itu semasa ketiadaan orang tua itu. Setakat itulah sahaja yang mampu dilakukannya.Asmawi pun tak menyangka itulah pertemuan terakhir mereka. Dia bergitu terkilan kerana Norashikin tidak menghubunginya dari Amerika dahulu. Jika dia tahu, pastilah dia akan terbang ke sana. Atau.... mungkinkah Norashikin menelefonnya tetapi dia sedang menemani Sandra?
Bukankah Sandra sentiasa sahaja datang ke bilik sewaannya dan mereka makan bersama setiap hujung minggu? (Dan setiap malam sebelum dia pulang ke tanahair).

Komen saya:
Dah lama saya baca buku ni dan dah lama habis. Tapi baca laju, tak dapat menghayati sepenuh-penuhnya.. Sekadar ingin tahu apa adegan seterusnya dan seterusnya.
Rating saya:*** biasa biasa aje.

Sinopsis:

Norashikin, seorang wanita berjawatan tinggi, sebagai Ketua II Unit Perancangan Kota di bandar Kuantan, bersemangat kental, dan anak Tuan Haji Baharuddin, orang kaya di Kuantan. Tidak disangkanya kedatangan pegawai baru menggugat hatinya yang pernah tertutup akibat cinta luka.

Asmawi, diulit Sandra membuatkannya sukar untuk memenangi hati Norashikin..

1 comment:

jelly said...

rasanya ARCA KASIH ini yg saya baca dulu dr penulis yg sama tidak setebal sekarang. masa tu ia lebih kpd novel remaja. saya tak berani nak beli novel ini kerana berpendapat, ia adalah sequel dr novel arca kasih yg penah saya baca semasa di tingkatan dulu.

walaubagaimanapun saya pernah membaca satu novel dr penulis yg sama terbitan alaf, tajuknya saya lupa....sungguh mengecewakan saya.