Pencinta Novel

April 19, 2005

Setia Menanti - Fauziah Ashari




Klik untuk beli klik untuk beli
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.

Harga : RM 21.90
Halaman :552
ISBN : 983-124-136-3


Komen saya:

Konflik cinta tiga segi sebenarnya. Terperangkap dengan keadaan Akid Ajmal yg berhati lembut terpaksa menyelamatkan keadaan dengan menikahi Fatihah x-girlfriend nya. Walaupun cinta sudah tiada pada Fatihah. Tapi sebenarnya bukan Fatihah yg memerangkap Akid Ajmal, tapi keadaan memaksa, bukan kerana Fatihah terlanjur dengan sesiapa, tetapi dia telah dirogol oleh org yg dipercayai nya (boss dia). Kesian Fatihah, dah termengandung, terpaksa la ada orang yg jadi pak sanggup, si Akid Ajmal, padahal masa tu Akid dah jatuh hati ngan adik tiri dia Adrina.

So masing2 kelu dan Adrina menyimpan luka, tetapi perkara masih diteruskan, Akid bernikah juga dengan Adrina, sedangkan Adrina sudah kecewa dengan Akid. Fatihah pula hanya bersetuju, setelah melahirkan anaknya, Fatihah mengetahui penyakit barah otak nya tidak boleh diubati lagi, lalu menghembuskan nafas yg terakhir meninggalkan anak lelaki yg comel (faishal). Juga sedihnya apabila membaca surat terakhir Fatihah buat Adrina.

Rating saya: **** boleh buat koleksi dan baca lagi dan lagi dan lagi....

HATIMU UNTUK SIAPA - HM Tuah Iskandar




Sinopsis : HATIMU UNTUK SIAPA
Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu.

Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik.

Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?

Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil 1001 pengajaran daripadanya.

Harga : RM 15.00
Halaman :440
ISBN : 983-124-126-6

Komen saya:

Mungkin terlalu berat utk novel setebal 417ms. Dalam tu pula ada manuskrip melayu, yg saya skip atau baca laju2 sebab ingatkan ada kena mengena dengan jalan cerita. Tapi memang ada kena mengena bukan dengan jalan cerita tetapi dengan subjek cerita tersebut.

Kisah org kaya yang rasa semua dia boleh dapat dan tanpa pegangan agama boleh meruntuhkan segala2 nya.

Rating saya: **+ hmmm fikir2 nak simpan ke tak?

RAHSIA PERINDU






Sinopsis : RAHSIA PERINDU
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-184-3

Komen saya:

Suspens...kisah lawyer kes pembunuhan. Pembunuhnya pula ada 2 personaliti (seolah2 sakit jiwa). Dah kena masuk lokap, jadi si lawyer ni kena bela pembunuh ni, jadi dia panggil doktor pakar psikologi utk tengok pembunuhnya samaada layak dapat hukuman mati atau dikategori sebagai sakit jiwa.

Mula2 baca ingatkan pembunuh tu lelaki, rupanya pompuan, peh tu boleh bertukar jadi bertenaga cam lelaki... boleh kalahkan pengawal penjara masa dia tension nak keluar dari lokap. Nama samaran masa dia jadi pembunuh tu 'leopard' - harimau bintang. Jadi karakter dia banyak cam harimau. Masa dia lakukan pembunuhan tu pun dia tak sedar diri.

Dah gitu pompuan ni lak dah kahwin (nama dia masa normal Maria). Dan dapat anak.. sedih lak. Bila dia dimasukkan ke hospital rupanya dia lah lawyer kes pembunuhan tu .... konpius sikit masa bab ni... rupa2 nya semua keadaan yg dilalui oleh lawyer tu hanya halusinasi dia yg berpersonaliti lawyer kes Maria...

Rating saya: **** best!

April 11, 2005

tombiruo



Sinopsis :
TOMBIRUO
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.
Harga : RM 19.90
Halaman :517
ISBN : 983-124-008-1

Komen saya:

Membaca dengan berterusan, lain dari yang lain. Kisah wartawan wan suraya yang mencari ketenangan di sabah, tetapi sifat kewartawanannya membawa dia ke tempat yang tak sepatutnya dia pergi. Hutan Keningau yang digeruni dengan Tombiruo diredah.

Kisah cinta yang tak kesampaian antara duda dengan Wan Suraya, dan siapa Tombiruo sebenarnya? kenapa wasiat tersebut ditukar sehingga berkali2. Konflik keluarga kaya pemilik hutan balak....

Suspens seolah2 kita berada dalam hutan keningau itu sendiri!

Rating: **** (best boleh buat koleksi)