Pencinta Novel

November 24, 2011

Eman Sufi - Suami Yang Ku Benci


Tajuk : Suami Yang Ku benci
Penulis: Eman Sufi
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM20.00 


"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 

Resensi saya:

Baca bab 1, 2, 3... best.. Sambung lagi 4,5,6 makin best... kisah Hannah CEO syarikat besar tiba-tiba terpaksa berkahwin dengan seorang penjual berger Uwais kerana terpaksa menurut arahan tok ayah nya. Jika tidak dia terpaksa meninggalkan syarikat yang diterajui nya... Bacalah bagaimana ego seorang perempuan yang berlagak sebagai boss di syarikat, tetapi terpaksa merendahkan ego nya bila pulang ke rumah... kelakar ada, simpati ada, sakit hati ada, perasaan cintakan Uwais pun ada...

E-man Sufi membawa kita kedalam keluarga antara 2 darjat. Si kaya yang lupa akan kehidupan 'di dunia  tidak boleh dibawa ke mana-mana', adab dan tata susila melayu, perhatian dan kasih sayang dari keluarga serta pentingnya ikatan kekeluargaan.

Membaca novel ini secara keseluruhannya, menarik, membawa kita ke alam ceria, ada kisah-kisah percintaan yang mula berputik selepas perkahwinan dan setelah kebencian. Membuatkan kita berfikir, bahawa yang tua memang mempunyai firasat tersendiri. Bagaimana tok ayah menikahkan cucu nya dengan orang yang dipilih dari segi agama, tanpa mengambil kisah datang dari keluarga yang tidak setaraf kekayaannya dengan cucunya.

Separuh pertama novel ini boleh dibaca di blurb atau penulisan2u.com. Tetapi ada sebuah cerita manis lagi yang sengaja penulis tinggalkan untuk pembeli novel. Kisah antara Fawaz dan Cikgu Batrisya yang sangat menarik (saya kira). Kelakar dan tergelak sendiri bila membacanya. Ending novel ini juga santai dan bersahaja, walaupun sebelum itu ada detik cemas, melibatkan Uwais dan Hannah. 

Apalagi.... grab this book and Read!... jangan tunggu lama-lama, asyik sold out saja. 

saya bagi **** 4/5 bintang!

No comments: