Pencinta Novel

December 2, 2011

Wan Azlan - Gelak Tergolek




Harga: RM18.00 
ISBN: 978-967-5067-95-2
Penerbit: Kaki Novel


Sinopsis belakang buku:Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.


Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Gelak Tergolek… wajib dimiliki!

Resensi saya:

Sebuah novel komedi tanpa sebarang sentuhan emosi jiwang-jiwang. Keseluruhan berkisar tentang komedi dan lawak-lawak skeptikal. Aduh... ada juga yang boleh gelak, tapi ada juga terasa tension untuk gelak. Ada adegan yang tidak wajar di baca oleh golongan muda, padahal kulit buku ni macam untuk budak-budak. Harap Kaki Novel tapis betul-betul, atau jangan letak cover macam untuk kanak-kanak, padahal isi kandungannya banyak yang untuk 18SX.

Tak mahu ada trend novel melayu kita menjadi seperti novel-novel english yang ceritanya sedap, tapi mesti ada selit adegan yang tidak wajar. Tolong jangan kotori industri novel melayu.

Rating saya: 1 bintang (terkilan)




No comments: