Pencinta Novel

Buy at Novel-online.com

July 11, 2005

Tak Seindah Mimpi - Sharifah Abu Salem



Add to cart

Sinopsis : TAK SEINDAH MIMPI
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Harga : RM 24.00
Halaman :655
ISBN : 983-124-042-1
Komen saya:

Sebenarnya dah lama saya membaca novel ini, lebih kurang sebulan yang lalu, tapi tak berkesempatan untuk kemaskini blog hinggakan terlupa memasukkannya kedalam blog. Ini kerana keghairahan saya untuk membaca CTA, novel terkini Fauziah tu.....

Walaubagaimanapun, saya masih tidak melupakan jalan cerita yg menarik dlm novel ini. Sampaikan hari ini saya selalu terkeliru dengan jalan cerita CTA dan novel ni. Kisah kekayaan Razif memang hampir-hampir sama dengan kisah kekayaan hero dalam CTA.

Suka jalan cerita ni, kisah Norjinah yang cekal juga lurus bendul memang sesuai watak gadis kampung yang jadi orang gaji org kaya.. Tak sangka pula sanggup bermadu!...

Buat peminat novel Sharifah Abu Salem, tak rugi buat koleksi.

Rating saya: **** :)
Post a Comment