Pencinta Novel

March 10, 2005

Rindu Yang Pergi - Fazie Hanna


Rindu Yang Pergi oleh Fazie Hanna
Sinopsis : RINDU YANG PERGI

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....

Harga : RM 13.00
Halaman :352
ISBN : 983-124-152-5

Komen saya:

Ceritanya sedih lagi menyedihkan, sikit jer yg happy. Tapi dibaca dalam masa sehari sebab nak tahu apa kesudahannya. WAtak utama masih menggunakan nama yang pelik bagi seorang wanita melayu yang tidak mix atau bukan pan asian..... Kalau dapat tukar ke nama biasa pun ok.

Watak utama dalam novel ini adalah aku Nia Karmilla tapi aku akhirnya mati.... Tapi aku boleh tulis novel....

Rating: *** boleh lah...


Posted by Hello

4 comments:

Intan Shazwani said...

mmg best sangat cter nie..kite ngis teresak2..sedih baca kesengsaraan..

Nuning said...

saya nak buku nie!!! buku saya ilang!!

Fairuz Karmila said...

nama karmila memang cedap walopun bukan pan asian..hakikatnye wujud...ngee:P

LiFe Is SiMplE said...

sedih giler... memang terbaik..