Pencinta Novel

July 21, 2005

Diusik Sayang - Siti Zabeha Ibrahim


































Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian… membina harapan yang muluk-muluk…bercanda bersama-sama angan-angan yang membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yang teristimewa. Hanya untuk kau dan aku.

Kita berdua selamanya…Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahin untuk digandingkan bersama, untuk dijadikan permaisuri hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, ‘penderaan mental’nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yang dahulunya pernah berdarah.

Diasak saban waktu dengan kerenah-kerenah yang melemaskan, cemburu yang tidak masuk dek akal… Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin pula kian bungkam dan gerah berhadapan dengan konfrontasi yang tidak pernah sudah. Kerana merasa kasih insan terbuang…

Farahin meminggir bersama rajuk yang panjang. Dan rasa cinta ini, Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dengan harapan akan diarak pulang cintanya yang satu ini.


ISBN: 983-893-619-7
Tahun: 2005
Bil. Muka Surat: 582
Harga: RM25.90

Komen saya:

Kisah seorang gadis yang merendah diri (Farahin- Ain). Selalu berkorban untuk orang lain. Dibesarkan oleh atuk dan nenek nya menyebabkan personalitinya begitu.

Diambil bekerja oleh majikan yang tidak tahu menahu latar belakangnya sebagai pemandu merangkap pembantu peribadi. Tuan Haji dan Mak Haji yang taat agama, punya anak bujang yang baru habis belajar di luarnegara.

Hafizi.. yang mulanya tidak menyukai Farahin, lama kelamaan lembut hati dan mula memikat Farahin, walaubagaimana pun janji Pinang Merah harus dipatuhi. Tidak boleh melangkah bendul Acik Hanim (ibu saudara Farahin).

Rating saya:
*** (lama betul saya baca sebab buku nya mahal dan bahasanya begitu sastera berbanding novel yg lain)

No comments: