Pencinta Novel

November 24, 2008

Panggil Aku Dahlia - NoorSuraya


Judul: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Muka Surat: 542 ms
Harga: RM 21.00
ISBN 978-967-5118-09-8
***
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
***
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
***
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
* * *
Ringkasan dari saya:
Wadi Hannan dan Dahlia memang tidak pernah sebulu. Dari kecil mereka bergaduh dari sekecil-kecil sebab hingga ke sebesar-besar gajah kesalahan.
Wadi membalas hingga tinggal parut di muka sebagai kenangan. Bukan sahaja mereka bermusuhan, malah keluarga mereka juga bermusuhan dari nenek moyang lagi.
***
Setelah Dahlia di 'pos' kan oleh ayahnya ke Canberra, Dahlia kembali untuk membantu menyelamatkan kebun teh Timor milik keluarganya turun temurun. Sebelas tahun lamanya dia membesar bersama keluarga Auntie Taharah kakak kandung ayahnya. Membesar bersama Tasneem dan Farhan. Kerjayanya sebagai archieologist terpaksa disuaikan dengan mendalami sejarah keluarga sendiri. Menggali sebab bagaimana ibunya - 'nay' meninggal dunia. Mencari bukti yang nay tidak membunuh diri.
***
Kebun Teh Timor akhirnya jatuh jua ke tangan musuh ketatnya Wadi Hannan. Semuanya tidak dapat diselamatkan lagi. Yang tinggal hanya la rumah Teh Timor, yang akhirnya Dahlia ubahsuai menjadi rumah hinggap. Wadi musuh, tetapi bagai yang Ustazah Munawwarah nasihatkan 'jangan membenci sesorang itu keterlaluan, nanti menjadi kekasih hati...' Begitulah yang terjadi pada hubungan Wadi-Dahlia. Hubungan mereka bagai tersembunyi disebalik kata-kata hati dan bicara mata.
Novel ini penuh dengan unsur-unsur sebab-akibat dan menyeru kita kembali ke jalanNya.
1. Perhubungan yang diredhai Allah. Cinta itu memang senang untuk disuntik dengan belalai syaitan. Walaupun dalam keadaan yang berjaga-jaga.
2. Fitnah terhadap wanita yang suci merupakan satu dosa besar.
3. Hubungan sepupu sungguhpun bagai saudara sendiri, masih terbatas sebagai seorang bukan muhrim.
Rating saya:
****1/2 (NoorSuraya memang tidak menghampakan, bagai membaca kata-kata hati Wadi-Hanan)

3 comments:

Noor Suraya said...

Salam Liya,

Terima kasih ya kerana sudi membaca dan 'review' Panggil Aku Dahlia :)

'Review'-nya manis sekali :) Terima kasih sekali lagi, Liya.

Kasih,
Noor Suraya

Noor Suraya said...

Salam Liya,

Terima kasih ya kerana sudi membaca dan 'review' Panggil Aku Dahlia :)

'Review'-nya manis sekali :) Terima kasih sekali lagi, Liya.

Kasih,
Noor Suraya

Noor Suraya said...

Salam Liya,

Terima kasih ya kerana sudi membaca dan 'review' Panggil Aku Dahlia :)

'Review'-nya manis sekali :) Terima kasih sekali lagi, Liya.

Kasih,
Noor Suraya