Pencinta Novel

March 14, 2005

Sesuci Cinta - Aina Emir


Sesuci Cinta oleh Aina Emir

Sinopsis : SESUCI CINTA
Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?


Harga : RM 17.00
Halaman :496
ISBN : 983-124-134-7


Komen saya

Ceritanya seolah2 diadaptasi dari novel inggeris Mills n Boons, romantik dan seolah2 tidak berpijak di bumi yg nyata. Walaubagaimanapun pengolahan cerita menarik, kisah cinta pun menarik.

Nuraina yg dulunya bersekolah agama dengan pendidikan agama tetapi apabila mendapat tawaran kolej of London mengambil kursus yg amat berbeza dengan pelajaran nya (kursus fesyen). Dengan minat yg mendalam nuraina berjaya dalam bidang fesyen di UK.

Di situlah dia mengenali Behzad, seorang ahli perniagaan berketurunan Arab Parsi dan pemastauti Amerika. Dikenali melalui majlis Lady Mary Anne - majlis2 aristokrat. Nuraina merupakan pereka fesyen untuk LAdy Mary Anne. Behzad pula jatuh cinta dengan Nuraina yg fasih berbahasa ARab dan English UK. Tetapi Nuraina masih belum boleh melupakan cinta pertamanya dengan jejaka malaysia sewaktu dia di sekolah agama dahulu.

Cinta pertamanya tidak dapat diteruskan kerana mendapat tentangan dari Puan Sri yg merupakan ibu kepada jejaka yg dicintainya. Dengan alasan begitu dia melarikan diri ke KL dan dari situ di mendapat tawaran dari British Council untuk melanjutkan pelajaran ke UK.

Setelah tamat pelajaran dia terus bekerja di UK dan menghantar pulang wang ke kampung. Kelaurga angkatnya di UK merupakan keluarga Arab dan mempunyai 2 anak perempuan.

KEmuncak cerita ini adalah apabila Nuraina bercuti di Sepanyol bersama Lula (adik angkat nya). Di istana alHambra dia terserempak dengan jejaka cinta pertamanya - Armand. Sebenarnya bukan terserempa tetapi Armand yang menunggu disana....

Baca lah selanjut nya, seronok........!

Rating saya: ****+ bleh baca berulang2 walaupun tak berpijak dibumi nyata..

Posted by Hello

4 comments:

lady dandelion@Dk Mizah said...

assalamualaikum..
saya juga meminsti novel melayu khususnya keluaran alaf 21. novel pertama yang saya baca ialah Cinta Pertama iaitu mengenai Carl Zafran. novel ini menyentuh jiwa saya mengenai pengorbanan seorang anak dalam perkahwinan namun novel Sesuci Cinta begitu melekat di sanubari saya. novel ini betul-betul membawa saya menjelajah erti kehidupan dan kebahagiaan yang sebenar. ia juga memberi saya pedolan dalam memilih antara cinta dan kasih...jikalau diperhatian memang nyata novel ini kurang realiti kerana Nuraina berpendidikan agama namun melencong ke dunia fesyen tetapi itu bukan halangan untuk Nuraina berjaya. ini membuatkan semangat saya untuk memperjuangkan cita-cita semakin menebal. cita-cita saya adalah untuk menjadi pensyarah bahasa MElayu. insyaAllah dengan izin Tuhan saya akan berjaya. amin...

betul kata Hang Tuah.."Takkan hilang Melayu di dunia". buktinya, novel Melayu semakin mendapat tempat di hati manusia yang inginkan pendidikan.

tulus ikhlas; Dk. Mizah dari Brunei Darussalam

my's said...

salam .
novel sesuci cinta ini dijualkah ?
dengan harga berapa ?
TQ .

dja azis said...

Novel ni ada lagi x????. Klu ada, sy sgt2nk beli...

kak lia said...

Ada