Pencinta Novel

November 27, 2008

Kaulah Satu - Fatin Nilam Sari



Tajuk : Kaulah Satu

Penulis : Fatin nilam sari

Harga Biasa : RM19.00

Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Bil m/s: 352


Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.
Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.
Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.
Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???


Ringkasan:

Jiwa remaja memang sukar diramal. Anisa Camylia berusia 17tahun, sedang menunggu keputusan SPM dan terpaksa dihantar ke rumah ibu tirinya yang telah merampas kasih ayahnya 2 tahun yang lalu. Misinya kali ini adalah untuk menghancurkan atau lebih tepat menyakiti hati ibutirinya. Auntie Norma yang lembut lagi penyayang cuma beza 10 tahun sahaja dari Anisa, tetapi kejadian yang diluar dugaan berlaku didepan matanya menyebabkan misi jahat yang dimulakan itu terus bagaikan gagal. Ayahkah yang cuba bermain kayu tiga dengan perempuan lain? Misi jahat bertukar kepada misi menyelamat.


Dalam pada itu, kehadiran Jay cuma mewarnai dan mendewasakan sedikit jiwa remaja Anisa. Secara kebetulan pertemuan di setesen keretapi sentral berpanjangan hingga dewasa. Hubungan Anisa pula tegang dengan ayahnya (papanya). Anisa memberontak, peristiwa Auntie Norma pengsan dan muntah-muntah menyebabkan Anisa simpati pada ibu tirinya, tambahan pula mendengarkan dia bakal mendapat adik. Walaubagaimanapun papanya berkahwin juga dengan Maria, yang menggatal menggoda papanya.


Mamanya pula Hanna, telah terpikat dengan seorang duda (Zaky) yang goyah pendirian agama berasal dari Singapura. Boss Hanna pula sebenarnya cuba memikat Hanna, tanpa disedarinya. Dalam keadaan diawang-awangan cinta itu Hanna mula mengetahui bahawa Zaky sebenarnya pernah berkahwin dengan Sandra yang beragama Kristian dan tidak memeluk Islam. Hanna terus putus hubungan dengan Zaky. Zaky pula meletak jawatan dan menghilangkan diri.
Namun akhirnya berjumpa semula. Cinta berputik setelah Zaky berubah menginsafi diri dan kembali kejalan yang diredhai Allah. Anisa pula akhirnya mendapat tempat di Universiti di utara tempat ibutiri dan papanya. Bertunang pula pada tahun ke2 dan mendapat adik kembar seibu pula.
Rating saya:
**1/2 bahasa biasa-biasa sahaja, cerita yang banyak dalam sebuah novel.

1 comment:

Khar said...

Salam semua,
Saya Khar dari Pekan Ilmu Publications. Saya amat teruja dengan ulasan2 buku di sini. Mohon dapat mengulas buku2 kami sama untuk tujuan promosi. Dengan itu saya pohon agar alamat sdri dikirimkan kepada saya untuk saya hantar mana-mana buku yang dirasakan sesuaikan.

Mohon emelkan nama, no hf dan alamat penuh sdr di mekmulong@gmail.com
Kami akan hantar secara pos nanti secara percuma.

Terima kasih atas perhatian sdr2. :)
Mohon juga agar blog kami disambungkan ke sini untuk tujuan promo.
:)