Pencinta Novel

April 19, 2005

HATIMU UNTUK SIAPA - HM Tuah Iskandar




Sinopsis : HATIMU UNTUK SIAPA
Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah menjadi kaya, popular dan ternama itu.

Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita cantik.

Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?

Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil 1001 pengajaran daripadanya.

Harga : RM 15.00
Halaman :440
ISBN : 983-124-126-6

Komen saya:

Mungkin terlalu berat utk novel setebal 417ms. Dalam tu pula ada manuskrip melayu, yg saya skip atau baca laju2 sebab ingatkan ada kena mengena dengan jalan cerita. Tapi memang ada kena mengena bukan dengan jalan cerita tetapi dengan subjek cerita tersebut.

Kisah org kaya yang rasa semua dia boleh dapat dan tanpa pegangan agama boleh meruntuhkan segala2 nya.

Rating saya: **+ hmmm fikir2 nak simpan ke tak?

2 comments:

eynna said...

sebenarnyer sy sangat menyukai novel hatimu untuk siapa...banyak yg sy belajar dari novel nie...setiap ape yang di sampaikan mempunyai maksud yg tersendiri...ermm so sngt menyukainyer...

hujan1985 said...

Yg hebatnya ialah die bjaye mmpengaruhi minda dan hak mmbaca sy dgn membawa sy ke kanan,ke kiri ,ke dpn,ke belakang ikut kehendaknye. x bleh nak skip jauh2, klu x sy akn khilangan jln cerita yg spatutnya. bermakna isinya padat. Dan yg pastinya ia crite yg matang krn ia x bwk sy melayang2. (Melayang2 pada sy adlh kluar dari logik). Sy letak ia sbg 'sesuatu yg perlu utk sy brtrima kasih'.