Pencinta Novel

October 27, 2011

Siti Rosmizah - Lafazkan Kalimah Cintamu


Add to cart

Tajuk: Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Bil M/s ; 809
ISBN: 978-967-5822-00-1
Harga: RM26.90

Sinopsis belakang buku:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Resensi dari saya:

Kisah yang berunsur kekeluargaan, keimanan dan kebongkakan berjaya disentuh oleh SR dalam bentuk yang sangat humor. Tengku Aqilah digambarkan sebagai seorang yang periang, sentiasa berfikiran positif dan sangat menghormati ayahnya Tengku Hisham walaupun ayahnya tidak seperti ayah yang lain. Sifat Tengku Hisham yang tidak redha dengan ketentuan illahi, atas kematian isterinya membuatkan dirinya terbelenggu dengan sikap bongkak dan angkuh terhadap anaknya sendiri. Sementara anak sulongnya Tengku Natasha pula ditatang bagai minyak yang penuh berbeza pula dengan anak keduanya Tengku Aqilah yang dikatakan penyebab kematian ibunya semasa bersalin.

Wasiat yang ditinggalkan oleh Tengku Hashim bapa saudara Tengku Aqilah, merangkap abang kepada Tengku Hisham menyebabkan Tengku Aqilah terpaksa berkahwin dengan Tengku Ryan Ameer, sepupunya sendiri, sungguhpun Tengku Ryan sudah bercinta dengan kakaknya Tengku Natasha hampir 5 tahun. Tetapi Aqilah redha dan menganggap itulah caranya untuk dia rapat kembali dengan ayah dan kakak kandungnya, tetapi ujian demi ujian terpaksa ditempuhinya. Sementara itu, Farhanah, anak orang gaji mereka sebaya dengan Tengku Aqilah, menjadi rakan rapat Tengku Aqilah dan sentiasa mendengar keluhan dan harapannya.

Dalam pada itu, Tengku Hisham telah diserang strok, menyebabkannya hampir lumpuh. Saat itulah Aqilah sedaya upaya membantu ayahnya walaupun pada mulanya ayahnya tidak mahu kan pertolongannya. Anaknya Tengku Natasha yang ditatang-tatang itu, tidak langsung memperdulikannya dan sanggup pula bercuti keluar negara saat-saat dia diperlukan. Tengku Hisham akhirnya sedar bahawa selama ini dia terlalu ego dan dapat menerima Tengku Aqilah kembali. Sementara itu, Tengku Ryan walaupun bersetuju dengan perkahwinan dia dan Aqilah, tetapi dia tidak dapat menerima Aqila dalam hidupnya, dia meminggirkan diri dan hanya menunggu saat 6 bulan dalam perjanjian tamat, dan dia akan melepaskan Aqilah.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, dia mula terpikat dengan watak dan peribadi sebenar Aqilah, walaupun agak gila-gila di pejabat, tetapi sebenarnya berbeza di rumah. Aqilah pula sudah mula mencintai suaminya, tetapi dia menganggap hanya lakonan suaminya sahaja, demi tempoh 6 bulan itu.

Saat 6 bulan hampir tiba, dan Tengku Ryan mula merasakan bahawa, dia tidak akan mensia-siakan Aqilah, lalu dia mengakui bahawa dia cintakan isterinya. Tetapi langit tidak selalu cerah, kebahagiaan mereka berdua sekejap sahaja, Tengku Natasha menuntut janji pada Tengku Ryan untuk menceraikan Aqilah, dan mengahwini dia. Konflik berlaku. Tangisan demi tangisan. Rupa-rupanya Tengku Aqilah mengandung 4 bulan, dan menghidap kanser payudara..... Saat genting berlaku di mana antara nyawa anak dan ibu saat melahirkan. Tengku Aqilah koma sepertimana ibunya...

Tapi endingnya mesti lah happy.

Rating saya: ***** (best, walaupun part awalnya meleret-leret)

6 comments:

juliati samsuddin said...

ending dia..tengku aqilah dengan tengku ryan juga ?? atau dengan tengku natasya ??

Fatin Fahirah Aqilah said...

I have read this novel. Baca banyak kali pon tak pernah tak nangis. Last sekali, dia tetap dengan Tengku Aqilah. Part yang paling sedih when Tengku Aqilah nak buat pembedahan. -peace- :D

Fatin Fahirah Aqilah said...

I have read this novel. Baca banyak kali tak pernah tak nangis. Part yang paling sedih when Tengku Aqilah nak buat pembedahan. For those yang tak pernah baca, better read. -peace- ^^,

Atie Zieya said...

part paling sedyh...tengku aqilah nk suap tengku hisyam makan nasi :(

Nabellaヅ™ said...

novel pertame yg along baca dalam hidup, novel fav along ni. =)

ciknie said...

Ptama kli baca nvel nie pnjam bku org tp da best sgt critanya trus bli lagi pn mmang minat dgn pnulisan siti rosmizah..crita ini sdih sngat bila baca bab ayah dia lyan qila dgn truk mcm2 dia mrah2 qila..sdih sngat