Pencinta Novel

June 20, 2008

Dalam Mihrab Cinta-Habiburrahman El Shirazy


ISBN: 983-2672-50-3
Kategori: Novel
Muka Surat: 421

Harga: RM25.90 (beli di kedai buku POPULAR dapat 10% off)

Keterangan buku:

PENGARANG : Habiburrahman El Shirazy

Siang itu, Pondok AI•Furqan yang terletak di daerah Pagu. Kediri. Jawa Tengah dikejutkan oleh satu peistiwa, Pengurus, Bahagian Keamanan mengheret ,seorang ,santri yang telah disyaki mencuri. Beberapa orang ,santri langsung membelasah ,santri berambut gondrong itu. Santri itu berteriak kesakitan dan memohon supaya tidak dibelasah.

“Ampun, tolong jangan pukul saya. Saya tidak mencuri!” Santri yang wajahnya sudah berdarah itu disertai raut wajah meminta belah kasihan.

“Cepat mengaku. Kalau tidak pasti kupecahkan kepalamu!” Teriak seorang santri bersongkok hitam dengan wajah amat geram.

“Sungguh, bukan saya yang mencuri.” Si Rambut Gondrong itu tetapi tidak mahu mengaku perbuatan mencuri.

Dengan serta-merta, dua tumbukan melayang ke wajahnya. “Rasakan ini pencuri!” Teriak Kepada Bahagian Keamanan yang turut melayangkan pukulan. Si Rambut Gondgrong mengeluh lalu pengsang.

Menjelang Asar, si Rambut Gondrong itu sedarkan diri. Dia ditahan dalam satu gudang pondok yang dijaga beberapa orang santri. Kedua tangan dan kakinya diikat. Air matanya berlinangan. Dia meratapai nasibnya. Seluruh tubuhnya terasa kesakitan. Dia merasa kematian sudah di depan mata………

Ringkasan dari saya:

Novel HES yang dibaca kali ini rupa-rupanya adalah kompilasi 3 cerita kecil. Sebenarnya boleh baca free download dari internet, tapi saya beli lebih puas baca sebab sambil baring pun boleh baca, nak lelap pun boleh baca.

Kisah pertama mengenai andartu yang diuji ketabahannya. Watak Zahrana sebagai pensyarah di universiti swasta yang didesak keluarganya untuk mempercepatkan jodoh. Seorang pensyarah senior meminati Zahrana dan telah menghantar rombongan meminang. Tapi memandangkan pensyarah tersebut moral nya rendah dan dah terlalu banyak kes dengan pelajar wanita, Zahrana menolak pinangan Pak Karman.

Zahrana sebagai wanita yang bijak, telah terlebih dahulu menghantar surat peletakan jawatan atas nasihat Bu Merlin, manakala Pak Karman sakit hati dan berdendam. Mulai saat itu Pak Karman menghantar mesej berbau jahat pada Zahrana. Seterus nya Zahrana terasa tertekan, tapi Zahrana berjaya mengawal emosinya. Zahrana selepas meletak jawatan, telah menjadi pensyarah di Sekolah agama, dari situ dia mendekatkan diri dengan Allah dan mencapai ketenangan.

Setelah beberapa lama, dia ditekan keluarga atas pencarian jodohnya, dia meminta Pak Kiai di sekolahnya mencarikan jodoh, akhir nya berjumpa(masa ni ada rasa kelakar sebab Zahrana yang bijak menunggu-nunggu si penjual keropok, dan yang datang adalah si tua penjual keropok!). Walaupun begitu beberapa minit sebelum maghrib datanglah penjual keropok yang muda dan selayaknya. Tiba masa nikahnya, Zahrana yang telah mengundang pensyarah bekas universitinya (selain pak karman), peristiwa besar terjadi yang menyebabkan Zahrana hancur... Bakal suami nya kemalangan dilanggar keretapi.

Zahrana dimasukkan ke hospital dan berjumpa dengan dr yang merawatnya supaya bertenang,, dr itu rupa-rupanya ibu kepada anak murid Zahrana (Hasan) yang cemerlang dan telah melanjutkan pelajaran ke lebih tinggi. Selang beberapa lama setelah Zahrana pulih semangat, dr tersebut datang dan mengajukan jodoh buat Zahrana untuk Hasan... Terkejut Zahrana, atas kesabarannya, yang baik akhirnya tetap menjadi jodohnya. Sementara itu Pak Karman telah dibunuh diruang pejabatnya oleh mahasiswa yang mana isterinya telah diganggu dekan.

Kisah ke 2, yang mana sinopsis kat belakang novel tu; tentang pelajar yang difitnah.

Kisah ke 3, tentang pelajar yang bekerja sambil belajar di Universiti Malaya..

Rating saya:
***(boleh kata ok juga sebab saya habiskan dalam masa 3hari).

June 18, 2008

Ketika Cinta Bertasbih Ep 1

Ketika Cinta Bertasbih
Nama Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
ISBN : 978-983-2672-54-8
Harga Buku : RM 21.90

Sinopsis Buku

Entah kenapa tiba-tiba ia merasa berdosa. la merasa berdosa dan jijik pada dirinya sendiri yang begitu rapuh, mudah terperdaya oleh tampilan luar yang menipu. la jijik pada dirinya sendiri yang ia rasa terlalu cair pada lawan jenis yang belum halal baginya. la hairan sendiri kenapa jati dirinya seolah pudar saat berhadapan atau berdekatan dengan Eliana. Apakah telah sedemikian lemah imannya sehingga kecantikan jasadi telah sedemikian mudah menyihir dirinya. la beristighfar dalam hatinya. Berkali-kali ia meminta ampun pada Dzat yang menguasai hatinya.

Azzam meratapi kekhilafannya dan memarahi dirinya sendiri. Dalam hati ia bersumpah akan lebih menjaga diri, dan hal yang menistakan seperti itu tidak boleh terjadi lagi. la juga bersumpah untuk segera menemukan orang yang tidak kalah hebatnya dengan Eliana, tapi bertudung litup, solehah, boleh berbahasa Arab dan berbahasa Inggeris dengan fasih. Kalau terpaksa gadis itu orang Mesir tidak mengapa. Yang jelas rasa terhinanya harus ia sirnakan.

la harus menemukan kembali kehormatannya sebagai seorang Azzam yang memiliki harga diri. Meskipun masyarakat Indonesia di Mesir mengenalinya hanya sebagai tukang masak atau penjual tempe, tapi harga diri dan kesucian diri tidak boleh diremehkan oleh siapapun juga. la yakin akan memperolehi isteri yang lebih jelita dari Eliana, dan lebih baik darinya. la yakin itu tekadnya. la ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. la rajut dengan doa. la bawa tekad itu ke dalam tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.

Ringkasan dari saya:
Kisah pelajar Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, dia datang dari keluarga yang bukan kaya, tapi tidak miskin, namum dia pelajar cemerlang yang dihadiahkan biasiswa, pada tahun pertama Azzam mendapat pangkat cemerlang, tetapi apabila berita kematian ayahnya dalam kemalangan jalanraya, menyebabkan Azzam kecundang dalam pelajaran, bukan tidak sengaja, tetapi sengaja demi mencari rezeki buat adik2nya dengan menjual bakso dan tempe.

Malah dia telah berkenalan dengan ramai orang, termasuk putrinya Pak Dubes, Eliyana yang cantik dan menawan. Azzam hampir tergoda dengan Eliyana, namun cepat-cepat dia menyedari diri untuk mengawal dirinya. Cadangan Pak Ali untuk menyunting Anna di ajukan pada Ustaz Mujab, tetapi rakan baiknya Furqan terlebih dulu menyunting Anna walaupun Anna belum mendapat memberi jawapan.

Sementara itu dalam keadaan gundah gulana, Azzam meneruskan kehidupan meniaga sambil belajar, dan dia juga telah membantu 2 orang muslimah yang kesulitan ditengah jalan, tanpa diketahui bahawa seorang darinya adalah Anna. Malah Anna terpesona dengan budi baik Azzam, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah. Nama penuhnya Abdullah Khairul Azzam.

Furqan pula ditimpa musibah fitnah, dimana dia telah bermewah-mewah di hotel, dan telah diperangkap oleh geng Mosad. Furqan tersedar dari tidur dalam keadaan betul-betul malu. Gambar blue dgn Miss Italiano tersebar diinternet, dan dia hampir kecewa dengan keadaan yang berlaku. Semasa melaporkan pada pihak berkuasa tempatan, dia telah diminta membuat ujian kesihatan, kerana dikhuatiri disuntik dengan HIV.

Dalam novel ini keputusan HIV nya didapati positif, dan Furqan hampir kecewa dan gelap dunia. Dia walaupun begitu telah dinasihatkan untuk meneruskan kehidupan dan merahsiakan keputusan dari pihak hospital. PAda masa yang sama lamaran nya diterima oleh Anna...

Keseluruhan cerita dalam novel ini berkisar dengan pelajar2 Indonesia di Mesir yang belajar di Universiti Al-Azhar. Mereka juga mempunyai cita-cita tinggi dan terselit juga kisah-kisah cinta dan kekecewaan terutama pada Fathil dan Tiara yang berkorban demi sahabat nya Ustaz Zulkifli yang lebih layak menikahi Tiara. Fathil betul-betul kecewa namun pasrah atas nasihat Azzam. Juga kisah hati dan perasaan Anna terhadap Abdullah, dan Hafez yang menyimpan minat pada Cut Mala.

Rating Saya:
**** : Empat dari lima bintang!, best tapi sedikit meleret-leret berbanding Episod 2.

June 10, 2008

Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Novel ni baru di pasaran, nampak gaya search kat internet tak de lagi gambaran kulit novelnya. Tapi dah baca dan best sangat, kisah sambungan KCB 1 tentang Azzam yang dah pulang ke Indonesia. Mulanya kisah berkisar hidup Anna Althafunnisa yang sedang menghabiskan tesisnya dan ramai peminat termasuk pelajar pesantren ayahnya Kiai Lutfi. Ilyas dan Furqan merisik Anna. Tapi hati Anna masih berbelah bagi... Anna masih teringat pemuda bernama Abdullah yang sentiasa menjaga pandangannya dan telah menyelamat kan Anna dan Erna ketika di Mesir dulu.

Sementara itu Husna (adik Azzam) telah berjaya menjadi penulis novel terkenal dan bekerja di radio sebagai kaunselor. Pertemuan terjadi antara Husna dan Anna ketika suatu forum berkaitan novel Husna, dimana Anna menjadi hostnya, tapi Anna menggunakan nama samaran supaya tidak ramai yang dapat mengenalinya.

Husna terpegun dengan Anna dan menginginkan Anna supaya menjadi rakan dan menjemput Anna ke rumah untuk beramah mesra dengan keluarganya.

Sementara itu, Azzam dalam perjalanan pulang dari Mesir kebetulan pula duduk bersebelahan dengan Eliana. Bila turun diairport, Eliana yg sememangnya artis terkenal telah memperkenalkan Azzam sebagai rakan paling rapat pada media.

Kiai Lutfi pula memaksa Anna membuat pilihan antara Ilyas dan Furqan, tapi Anna masih belum dapat membuat pilihan. Walaubagaimanapun, Anna akhirnya akur yang Furqan paling layak menjadi suaminya. Sementara itu Azzam mula mencari kerja dikampung, tapi dia diminta membantu ustaz untuk menghantar barang2 dari mesir ke destinasi masing2. Antara barang2 yang dihantar termasuklah barang Anna. Ketika menghantar barang ke rumah Anna, Kiai Lutfi betul2 berkenan dengan Azzam. Kiai Lutfi lalu teringat dan berkata kepada Anna, sekiranya dia mempunyai anak perempuan lagi, akan diberikan pada Azzam untuk dinikahi. Tapi Anna telah nekad kan hati untuk menerima Furqan, dan Anna juga telah bertunangan dengan Furqan.

Tiba saat perkahwinan, kenduri besar2an diadakan dan persandingan antara 2 mempelai... Dan Azzam datang memenuhi undangan Kiai Ilyas.

Wah, kalau nak ulas, panjang ceritanya. Pendekata, baca buku ni memang insaf dan seronok, pembangun jiwa, baca sehari mesti tak mau letak...

Rating saya:
***** markah penuh, untuk dibaca berulang2 dan disimpan supaya anak cucu boleh baca dan insaf...