Pencinta Novel

January 2, 2009

Chinta - NB


Add to cart
Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Harga RM24.90-(Semenanjung) , RM27.90-(sabah sarawak)
isbn: 978 967 5229 02 2

Sinopsis:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...


Ringkasan dari saya:


Kisah wanita bekerjaya lagi dari kak Yati, tapi kali ini berbeza pula dari novel-novel yang sebelumnya kerana ia juga berkisar tentang rahsia yang terpendam dalam jiwa seorang lelaki. Raja Akid sebenarnya mempunyai trauma tanpa dia sedari, trauma terhadap wanita, setelah menyaksikan perbuatan yang tidak sepatutnya disaksikan oleh seorang budak yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa. Dia mengalami sakit jiwa yang kronik dan tidak sanggup bercinta kerana terlalu membenci wanita terutama ibunya.


Sementara itu Chinta pula seorang yang tabah dan sabar, setelah dibesarkan oleh keluarga yang bukan keluarga kandungnya, dia diperlakukan dengan kasar oleh ayahnya sehinggalah dia berjaya menjadi seorang wanita yang berperibadi dan berbudi bahasa yang tinggi. Hingga ke akhir hayat ayahnya dia tetap memaafkan perbuatan ayahnya.


Pertembungan dua jiwa Chinta dan Raja Akid membuatkan semuanya dalam keadaan klimaks. Berjayakah Raja Akid menawan Chinta, dan bagaimana keadaan Chinta bila mengetahui yang dia sebenarnya anak angkat?.


Rating saya:

**** (4 dari 5 bintang - Habis baca dalam 5 hari) - Nice story, tapi ada sikit yang nak kena komen sebab kali ni watak Chinta dan kerjaya Chinta cuma ada sikit sahaja detailnya, bab menjadi pakar pemakanan, kalo boleh betul2 dapat situasi sebenar kilang cereal tu, contohnya mcm Nestle dan produk coco-crunch, tentu lebih menyentuh perasaan.

4 comments:

Anonymous said...

ohh, chinta tu nama orang ke? :DD
kak liya, ape kejadian yg terjadi kepada raja akid tu?

kak lia said...

Diorang dua orang ditugaskan ke Indonesia, so ada drebar Indon tu dia adala bgi tips pada Raja Akid tentang ilmu kuat lelaki...

Chinta plak, mintak nasihat Candy (doktor), so dia pergi jumpa psycologyst, tapi psyco tu mintak raja akid datang skali, tu yg Chinta bolak balik, sbb raja akid sure tak nak pegi.

raja akid tak pergi pun, dan marah kat Chinta bila dapat tau Chinta jumpa Psycho, tentang masalah dia tak penah 'bersama' Chinta. (lelaki biasa la - ego).

Lepas raja akid marah-marah, tu yang terkeluar bende2 yang dia pendam selama bertahun2 tu. Kemarahan dia pada mak dia tu. Selapas dia marah tu dia jadi lega pulak. Dan sejak tu dia curahkan semua perasaan dia yg selama ni dia perap yg jadikan dia lemah tu, kat Chinta. Tak lama tu, dia dah boleh pegang Chinta dan 'bersama' hehehehehe... (mcm tak real), tapi mabbe sebab dah berubat kat Indon kot.

last mesti la happi ending...

Unknown said...

hmm.. Saya sedang cuba nak start baca cerita Norhayati balik. Saya agak frust dengan jalan cerita dia yang lepas2 sebab semua agak sama aja. but so far seriously she make me really mad on her works. I'm lucky sebab kerja dengan bookstores but i need your guys help to try to suggest which books are nice to read sebab saya kena start order buku baru untuk store ni. Nice blog by the way.

p/s: Maaf kalau saya banyak selang selikan bahasa inggeris. Dah terbiasa cakap rojak.

Anggeriksofea said...

hi, saya beru berjinak-jinak dengan novel. Cerita cinta ini saya beli dan baca baru hari Rabu yang lepas. Saya setuju dengan pandangan 4 out of 5 star. Cerita dia simple dan senyum seorang kalau baca. Tak banyak babak yang terlalu sedih. Agak kelakar juga.

Saya pun harap dapat info mengenai which novel yang best sebelum saya beli. Hari itu saya beli Kabus Adelia- saya tak suka cerita dia. Baru dua bab saya dah bosan dan agak rugi juga kalau saya membeli tetapi tidak baca dengan habis.

Thanks for the info!