Pencinta Novel

March 12, 2012

Jodoh Itu Milik Kita

Klik untuk membeli
Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisha
Terbitan: Karya Seni
Bil mukasurat: 800
Masa yg saya ambil utk habiskan 1 minggu.

Sinopsis belakang buku:


Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia


Ringkasan dari saya:

 Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir...

 rating saya: *** 3 bintang....

No comments: