Pencinta Novel

November 18, 2014

Setitis Kasih Darmia ~ Naniey TJ


Tajuk : Setitis Kasih Darmia
Pengarang : Naniey Tj
Harga : RM 26.90(S/M) ,RM 29.90 (S/S)
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5822-09-4
Mukasurat : 665 Halaman 

Beli di Sini

Sinopsis belakang buku:

Tonton di sini

Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. 

“Kau tak guna!. Patutlah bapak kau tinggalkan mak kau. Tak balik-balik sampai sekarang. Sebab kau ni bawak sial!” pekik Latifah 

Darmia pasrah dibesarkan hanya dengan kasih sayang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu di jemput Illahi. Mujurlah masih ada Opah dan Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan.

“Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan biarkan hidup kau senang selepas kau susahkan hidup aku. Kau dah buat aku malu dulu. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau. Sekarang kau pulak rasa apa yang aku rasa”

“Kalau itu dapat puaskan hati encik, baiklah. Saya akan ikut apa yang encik inginkan. Tapi tolonglah jangan lukakan hati Kak Liza. saya rayu pada encik.”sendu Darmia

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia menjauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Haliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak tsunami yang meranapkan bumi Aceh. 

“I love you. Love you so much. Setelah you bagi harapan pada I untuk sehidup semati dengan you, mudahnya you nak I lupakan you. Macam mana I nak lupakan you, Mir. You satu-satunya lelaki yang I cintai dalam dunia ni” Tangis Haliza 

Kisah persengketaan dua beradik yang tidak pernah padam dalam memori Latifah bagai di ulang tayang. Kerana sebuah dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti.


Resensi saya:

Dimulakan dengan baik dan suspen, Darmia keluar dari mulut naga, masuk ke mulut buaya.. Kisah seorang anak gadis bernama Darmia yang dipelihara oleh ibu saudaranya, tetapi bapa saudaranya telah cuba mencabulnya ketika ibu saudaranya pergi merewang ke surau. 

Darmia lari masuk kedalam hutan belukar dan tiba-tiba terlanggar kereta yang dipandu Khairul Amir. Ketika itu bapa saudaranya sedang mengejarnya dari belakang dan terserempak pula ibu saudaranya yang pulang sebentar membawa bekalan untuk bapa saudaranya. Lantas bapa saudaranya mengelak dengan sengaja memanggil orang surau untuk mencari anak saudaranya (Darmia) yang dikatakan lari dari rumah.

Ketika episod mencari itu lah mereka berjumpa dengan Darmia di dalam kereta di belukar berdua-duaan dengan Khairul Amir yang sedang kepanikan kerana terlanggar Darmia. Dengan kekalutan itu, bapa saudara dan ibu saudara Darmia mengambil kesempatan dengan menuduh Darmia melalukan maksiat dan mereka berdua dinikahkan dengan segera.

Setelah hampir 4 tahun berlalu, Khairul Amir langsung tidak memperdulikan Darmia yang ditinggalkan di kampung. Darmia pula membawa diri ke rumah Haliza di Kuala Lumpur, Haliza yang merupakan anak kepada ibu saudara Darmia dengan baik hati menawarkan pekerjaan dan membantu Darima melanjutkan pelajaran ke Universiti. Di Universiti pula, pensyarah Darmia, Zulfekar pula menaruh hati pada Darmia. 

Konfik berlaku apabila Haliza bercinta dengan Khairul Amir. dan apabila Khairul Amir tersermpak dengan Darmia, dia mula menaruh hati pada isterinya sendiri. Darmia mulanya menolak, tetapi akhirnya kalah juga. 

Haliza hampir hilang pertimbangan apabila mengetahui bahawa Khairul Amir sudahpun berkahwin dengan Darmia. Dia kecewa, dan melarikan diri ke tepi sungai saat hari perkahwinannya. Di saat kucar-kacir itu, muncul pula Roslan, bapa kepada Khairul Amir, memenuhi undangan perkahwinan tersebut, malangnya ibu saudara Darmia, Latifah (yang sulong) mengenali Roslan. Roslan pula tidak dapat mengingati apa-apa pun yang berlaku. 

Latifah mengatakan bahawa Darmia adalah anak Roslan bersama kakak mereka. manakala Khairul Amir juga anak Roslan, jadi mereka berdua sebenarnya haram berkahwin.... apa kah yang akan terjadi seterusnya???... 

Saspensss...... Terbaik dari Naniey TJ dan SR Publication!!! Syabbasss...

***** lima bintang... sebab banyak adegan, bahasa yang baik, moral of the strory bagus, jangan simpan dendam, berbaik sangka lebih baik, memaafkan lebih baik, adik beradik bagaikan air dan dicincang tidak akan putus.... wahhh banyak moralll

http://m.tonton.com.my/#/webapp/home/Setitis_Kasih_Darmia/premier_episod_11_157b3c1e31d14d8cb935a3e1011a122d.html

No comments: