Pencinta Novel

May 26, 2008

Perempuan Ini Lelaki Itu - Jenna Jehan



Perempuan Ini Lelaki Itu


Pengarang: Jenna Jehan (Aina Emir)


Tebal: 373 halaman


Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd


Harga: RM17

Sinopsis belakang buku:

Sinopsis:
Cinta Samina untuk Haidar merupakan cinta pertama yang tulus ikhlas. Sebelum kehadiran lelaki yang bernama Haidar, Samina tidak pernah mengenali erti cinta.Namun, mungkin benar sebagaimana yang dikatakan kakaknya Sofia, nasib tidak mungkin menyebelahi Samina buat selama-lamanya.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang dialami gadis lurus yang baik hati ini. Pelbagai kejadian aneh yang dilaluinya hinggakan dia terpaksa cuba mengubah sikapnya agar dia tidak terus menjadi mangsa kepada sesiapa jua. Dalam begitu, mengapa payah untuk dia menepiskan perasaan yang masih terpendam di dada? Mengapa bayangan lelaki itu masih lagi menggoyahkan jiwanya? Ke mana pula harus dia tuju dan bolehkah dia mempercayai lelaki yang bernama ‘Jimmy’ itu?

Namun begitu, Samina tiada pilihan dan terpaksa sahaja bergantung kepada pegawai polis yang mengendalikan kes ‘hilang’ yang dilaporkannya. Mulai saat itulah, gadis yang digelar ‘Min’ terpaksa melalui liku-liku kehidupan sarat dengan persoalan yang berteka-teki. Malah, lebih merumitkan lagi hidupnya apabila dia terperangkap sama dalam kes jenayah yang berbelit-belit.

Mampukah Samina menguatkan semangatnya dan berjayakah dia mencari rakan-rakan yang hilang? Dapatkah perempuan itu mengatasi segala dugaan yang datang melanda dalam hidupnya?

Sebuah novel bergenre ‘misteri/siasat’ yang dipenuhi pelbagai peristiwa saspens lagi romantis dan dimantapkan dengan episod-episod humor akan membuat pembaca terus membaca novel ini dari muka surat pertama hingga akhir!

Komen saya:

Novel genre misteri atau penyiasatan dalam bentuk 'soft' bercampur dengan cinta dan kisah keluarga. Bermula dengan kisah si gadis dilamar rakan internet dan dia tertipu pada hari pertama perkahwinannya, dia telah ditinggalkan suami tercinta, hilang tanpa diketahui kemana perginya.

Samina gadis pendiam digambarkan sebagai lurus bendul, berkahwin pula dengan lelaki internet, tanpa diketahui bahawa dia terlibat dalam satu 'scam'. Banyak adegan-adegan suspens digambarkan dalam novel ini. Walaupun begitu, masih dalam keadaan santai, tidak begitu klimaks sehinggalah ke 3/4 novel.

Dalam kisah ini, bukan Samina seorang sahaja yang menjadi mangsa, tetapi ada beberapa kes yang hampir sama. Pergelutan emosi juga digambarkan antara Samina dan ASP Jimmy. Bagaimana Jimmy cuba sedaya upaya untuk tidak melibatkan emosi ketika bersama Samina bagi menjejaki suami Samina yang hilang.

Ketika pencarian itu, Samina juga diugut dan diancam bunuh oleh penculik suaminya. Samina walaupun lurus bendul namun masih bijak mengatur langkah, mengasingkan diri buat seketika, siapa sangka dalam kes penculikan suami Samina, ahli keluarga Samina juga terlibat sama, secara tidak langsung dalam pembahagian harta datuk Samina.

Ikuti kisah seterusnya, bagaimana Samina dapat menyelesaikan misteri kehilangan suaminya.

Akhirnya happy ending juga, Samina dan Jimmy, dan bekas suaminya dan misteri pembunuhan Hanim, Mastura dan lelaki bernama Raz.

Rating Saya:

*** (Ok saja boleh baca dan kalau anda baru berjinak dengan novel misteri memang sesuai dengan anda....)

3 comments:

nadirahliyana said...

boleh saye tnye??
Firas di dlm buku Kau Laksana Bulan- Aina Emir tue wujud atu x??

gadistechnic said...

suka sangat dengan novel kau laksana bulan yang di drama kan.....harap2 ada sambungan untuk novel kau laksana bulan.

Anonymous said...

saya dan kawan kawan memang menggilai watak firas ali ;)