Pencinta Novel

March 24, 2008

Surat Ungu Untuk Nuha



Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18


Sinopsis Belakang Buku:


Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?

kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya

Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!

Komen saya:

Kisah santai berkisar hidup Nuha bermula saat dia menaiki keretapi ke utara, setelah dikecewakan atau lebih tepat-sendiri mengecewakan diri sendiri. Novel ini banyak tentang perasaan dan percakapan di dalam hati watak yang ada di dalam cerita.

Mula dengan Nuha yang geram dengan penumpang keretapi disebelahnya, hingga ke watak Alang Rebus Tak Empuk yang cuba nasib mengurat Nuha, peristiwa diketuk dengan buku tebal Nuha memang tidak dapat dilupakan. Nuha sombong, garang dan berlagak!. Itu pendapat Alang, pada Nuha pula sebaliknya, Alang gatal dan mengada-ngada.

Kisah tarik tali antara Alang dan Nuha berlaku hampir tiga suku novel, dan tiba2 adegan Alang tercedera berjaya menarik perhatian saya. Dia buta akibat perbuatan Mat Donggi penagih tegar yang sentiasa terselamat dari tangkapan pak polisi. Juga adegan bagaimana Alang membawa diri ke Tasmania, menyebabkan Nuha merindui usikan Alang. Bagaimana Nuha menyelamatkan diri dari perbuatan Mat Donggi yang cuba mencabulnya.

Kisah silam terbongkar, dan adegan seterusnya penuh kepiluan dan kesyahduan...

Pada saya, kisah mula novel ini agak mendatar, cuma bila dah 3/4 baru menarik dan tak dapat nak letak lagi.

Rating saya:
**** (Quite Ok).
Post a Comment