Pencinta Novel

August 14, 2011

Ariela Sahimi - Yes Bos

 
Yes, Boss! (Tiada Stok) -Stok dalam Reprint
Add to cart

Tajuk: Yes Boss
Penulis: Ariela Sahimi
Bil M/s: 457
ISBN: 978-967-5067-81-5
SEMENANJUNG: RM 19.00
Penerbit: Kaki Novel SDN BHD

Sinopsis belakang novel:
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Ringkasan dari saya:

Kisah PA/Sekretari yang sentiasa menurut kata bos nya Ilham Irfan yang sentiasa ada girlfriend keliling pinggang. Pada mulanya hanya perasaan Aryana hanya biasa-biasa sahaja, menjadi sekretari bos merangkap mengatur jadual untuk semua girlfriend bosnya agar tidak tertindih, hingga diberi kepercayaan sepenuhnya. Malah dia pula di minta menyediakan senarai wanita-wanita kategori baik untuk dijadikan calon menantu Datin Rokiah Kamsan. Tetapi tidak berjaya. Ilham Irfan memilih Mellina sebagai tunangannya, tetapi Mellina mempunyai agenda jahat disebalik pertunangan mereka tanpa pengetahuan Ilham mahupun keluarganya. Hanya Aryana sahaja yang mengetahuinya setelah terserempak dengan Mellina bermersra dengan lelaki lain.

Pertelingkahan berlaku apabila Aryana cuba memberitahu perkara sebenar, menyebabkan dia meletakkan jawatan dan pulang ke kampung. Dalam tempoh itu, Ilham tidak mempunyai sekretari, dan dia pula menjadi liar dan keluar ke kelab malam. Di situ dia terserempak dengan Mellina sebenar.

Komen saya:
Penamatan yang sangat manis.

Rating saya:
**** 4/5 bintang.. patut lah habis stok, dan reprint.. kalau buat drama mesti best mcm Nora Elena juga.

5 comments:

Fiza Apani said...

citer ni mmg best...5 bintang utk YESS BOSS...x pasal2 terjatuh cinta dengan En.Ilham Irfan...^_^

kak lia said...

Nama dia best, sesuai dengan watak dia.. best memang best citer nih

Hogor said...

best! suke sangat bace novel2 ariela sahimi! konfem gelak punye lah! hehehe!

BuDaKk CoMoTt said...

akk mcmmne ek nk buat tmphn??
saya ingt nk bli buku nie.. xp,kne bank in..saya xde acc nk bank in..
lgpon kt paka(terengganu)xde kdai buku n buku YES BOS nie pon xde jual.. :(

kak lia said...

nak beli boleh add to cart, lepas tu check out dan buat payment di mana2 bank yang berhampiran atau m2u atau cimbclick, pastu email or inform
1) bila bank in
2) rm berapa
3) buku apa
4) alamat mana dn hp no
Okay, selamat membeli belah smbil membaca review!