Pencinta Novel

July 5, 2006

Rindunya Kian Membara-Noor Suraya


ISBN: 983-893-577-8
Tahun: 2004 Bil.
Muka Surat: 392
Harga: RM20.90

Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

Komen saya:
Novel ini bagaikan gaya baru seorang penulis. Banyak catatan dari hati ke hati dalam cerita ini, seolah-olah ianya satu dairi sipenulis. Kisah mengenai Farhana yang pulang ke tanahair setelah lebih 7 tahun merantau kenegara orang akibat kecewa dengan suaminya Masri. Farhana telah memalukan keluarga dengan berkahwin lari dengan Masri, manakala Masri pula berjanji untuk sehidup semati dengannya, hinggalah terlafaz taklik sekiranya dia berkahwin lain. Keluarga Masri pula telah berpakat mengahwinkan anak mereka si Masri dengan pilihan keluarga iaitu Suhaila... Tanpa mengetahui apa-apa Masri balik ke kampung setelah ditipu dengan mengatakan yang ibunya sedang sakit tenat, walhal kenduri telah pun disiapkan untuk perkahwinan Masri. Bila sahaja pulang, Masri cuba berbohong dengan Farhana... Sedangkan telah jatuh taklik keatasnya.

Klimaks bila ibu Masri datang ke rumah Farhana dan menunjukkan gambar perkahwinan nya dengan Suhaila... Apa lagi, Farhana membawa diri, lalu lari kekampung sendiri. Di situ dia merasakan betapa malunya anak seorang imam menconteng arang ke muka keluarga..... Farhana lalu ke bandar dan berjumpa dengan Laila... Kebetulan Laila ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara (Perancis) lalu diajaknya Farhana sekali... Farhana pun mengikutnya... Di situ rupa2nya dia sedang mengandung anak2 Masri dan kembar pula (Zayn dan Zetti).

Setelah pulang ke tanah air, dengan mendapat phD dalam bidang linguistik, Farhana terjumpa semula Masri dalam konvensyen linguistik, kebetulan Farhana menjadi penceramah dan Masri pula pendengar. Disitu lah bermula unsur2 Masri ingin kembali ke sisi Farhana.. Farhana pula mula mendapat perhatian dari keluarga lama yang dahulu pernah meminangnya tetapi ditolak akibat bercinta dengan Masri. Imran dan Ilham.

Imran merupakan bakal tunangnya yang telah ditolak, dan Imran tidak berkahwin selepas ditolak pinangannya. Ilham pula adik Imran yang merupaka suami kepada sahabat baik Farhana (aruah Dalilah). Panjang pula sinopsis nya.. Tapi ending dia quite ok, walaupun saya teruja dengan bagaimana Imran dan Farhana nanti.. dan bagaimana pula Ilham dan Farhana pula... 2 beradik merebut yg satu...

Rating saya: **** :)

1 comment:

Noor Suraya said...

Salam Liya,

Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa Liya dengan kaksu.

Salam kenal dari kaksu,

noor suraya
http://noorsuraya.blogdrive.com