Pencinta Novel

February 27, 2008

Persis Sebutir Pasir - Manjlara


Penerbit: Jemariseni
ISBN: 978-967-5118-04-3
Harga: RM22.00

Sinopsis Belakang Buku:

Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidak sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri.

Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?

...aku hanya ingin jadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...

WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai ‘sijil’ buat Kasih? ‘Sijil’ yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?

IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada ‘jalan’ lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?

Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.



Sinopsis Dari Saya:

Inilah kali pertama saya membaca novel dari Jemariseni. Kisah Widya/Kasih yang bergolak dari zaman remaja, cinta remaja hingga ke dewasa, di mana cerita disampaikan secara santai. Cinta remaja memang hingga ke akhirnya sentiasa di dalam kenangan. Bagaimana hubungan Widya dan Syed Irwan Zahir, dari berkawan, menjadi pasangan bercinta, kemudian ditunangkan...

Bagai pepatah, Kusangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengahari, rupa-rupanya, ujian demi ujian ditima ke atas Kasih. Bermula dengan kelakuan biadapnya pada bonda kandungnya, dia ditimpa ujian yg hebat dan berat, bagaikan ditimpa musibah akibat kederhakaan terhadap bondanya. Akhirnya Kasih insaf, namun tiada lagi Syed Irwan Zahir, yang ada JG, teman pena siber yang mendampinginya sejak dia menghantar emel pada persatuan Islam yg diterajui ayahnya.

Apakah hubungan JG dan Syed Irwan Zahir, tapi pembaca seperti saya boleh dapat agak yang mereka berdua sudah tentu ada hubungan darah...

Akhirnya, penamatan cerita disampaikan secara santai, Kasih ditakdirkan dengan kesudahan yang baik, setelah insaf dan mula belajar mengawal diri.

Malangnya, cerita seperti ingin disampaikan ke sequel seterusnya, tiada kesudahan atas perjalanan hidup bujang Syed Irwan Zahir...

Rating saya:
*** (santai dan ok ok aje)

4 comments:

ManjLara said...

Terima kasih kerana sudi membacanya. Sedikit sebanyak komen Liya itu akan membantu saya untuk terus berkarya :)

kak lia said...

manjlara, ini kali pertama saya baca hasil jemariseni dan manja, terbukti memang ada kelainan dari penerbit2 lain, dari segi penyampaian memang penuh sastera, ayatnya menarik dan saya terasa seperti tenggelam dalam bahasa. Teruskan menulis!

:::jillian de jill::: said...

suka novel ini juga...

:::jillian de jill::: said...

saya baru sahaja menghabiskan novel ini semalam... bagus jalan cerita.. di setiap akhir episod, hampir semua ada sepotong terjemahan ayat al-quran...