Pencinta Novel

December 26, 2006

Kasih Yang Tercalar - Norhayati Berahim

Photobucket - Video and Image Hosting
Tajuk : Kasih Yang Tercalar
Bil mukasurat: 540ms
Terbitan : NB Kara
ISBN 983-42115-9-7
Cetakan 1 - 2006
Harga: RM21.00


Sinopsis Belakang buku:

Lelaki itu hampir hilang segalanya, keluarga, maruah dan pertimbangan diri... Puncanya.... dia sendiri tidak pernah mengerti...

Sedikit Ringkasan Kasih Yang Tercalar - Part 1

Summary saya:

Kisah hidup dicelah-celah kehidupan masyarakat, Lutfil Hadi, punya isteri dan 2 anak yang hidup dalam keharmonian, akhirnya tewas ditangan GRO. (Habibah @ Baby).

Ghina(isteri Lutfil Hadi) seorang wanita, isteri, ibu yang bekerjaya dan sentiasa menghormati suami. Dia diduga dengan ujian yang maha hebat, suaminya tergila-gilakan perempuan GRO yang langsung tiada dalam taste Lutfil Hadi. Sihir menjadikan Lutfil Hadi kemaruk berahi dan lupa tanggung jawab sebagai seorang suami dan ayah.

Ghina pasrah atas apa yang menimpa dirinya dan keluarga. Dia cuba menghisab dirinya, kekurangannya, lalu dia bermunajat pada Illahi, moga diberi jalan dan petunjuk yang benar. Tanpa dia sedari, rakan kongsinya Lucy bersepakat dengan jirannya mak cik Mok (yang pernah dibantu oleh Ghina). Mereka bersekongkol berkomplot menjatuhkan Habibah, tetapi dengan cara yang begitu halus, demi mengembalikan Lutfil Hadi semula ke pangkal jalan.

Sementara itu, kedua orang tua Lutfil Hadi membuat solat hajat mohon perlindungan Allah, bersungguh-sungguh memohon agar Lutfil Hadi bebas dari apa sahaja yang menyebabkan dia terpesong dari landasan. Berkat doa kedua orang tua Hadi, tiba-tiba sahaja Hadi menjadi bingung dan baru tersedar yang dia mempunyai keluarga dan anak-anak.....

Sedikit Ringkasan Kasih Yang Tercalar - Part 2

Habibah yang mula gilakan glamour terus-terusan mengikut nafsunya ingin menjadi pelakon terkenal sejak bertemu Magnus seorang penerbit filem. Hanya dengan janji-janji manis ingin mengangkat Habibah menjadi pelakon terkenal di Timur Tengah, Magnus berjaya mendapat ratusan ribu dari Habibah untuk dijadikan modal sebagai pelakon..... Habibah pula sudah mula lupa asal usulnya, ibunya meninggal seorang diri di rumah hanya disedari jiran setelah terbau busuk dirumahnya.

Setelah Magnus mendapat duit dari Habibah, Magnus menghilang kan diri menyebabkan Habibah hilang arah, putus harapan, lalu pulang ke kampung yang disangkakan ibunya masih hidup. Ibunya selalu dapat menolongnya berjumpa bomoh untuk menyihir pelanggannya. Malang sekali, Habibah terkejut besar bila jirannya membawa ke kubur ibunya.

Habibah tidak ketahuan, tanpa pegangan, bagai layang-layang terputus talinya, walaupun pernah mempunyai teman serumah yg sentiasa menasihatinya agar kembali ke pangkal jalan, namun tidak di endahkannya. Akibatnya, tanpa apa-apa pegangan Habibah menjadi tidak waras, dia terbayang-bayang wajah ibunya di awan, dari kondo nya, dia cuba mencapai ibunya, akhirnya dia tewas, jatuh ke tanah tanpa sempat bertaubat... nauzubillah..

Itu saja...

Komen saya: Nice story, seolah2 diambil sedikit dari kisah masyarakat dan sedikit dari kes bunuh diri yg ada dalam fail polis tempohari (wanita dijumpai mati di sebuah condo *casa*).

Rating saya: **** (kali ni tak banyak unsur percintaan dalam novel ini, tetapi banyak unsur kekeluargaan yang utuh, dan kali ini salute pada NB, sebab ada unsur kerohanian, termasuk beberapa perenggan tafsir ayat tentang sihir dan syirik itu adalah dosa besar yg dilaknat Allah).

December 20, 2006

Mencari Dewasa

Photobucket - Video and Image Hosting


Tajuk: Sebuah Dairi Kehidupan Z.A. Imad - Mencari Dewasa
Terbitan: PTS Publication
Mukasurat: 327ms
Oleh : Z.A.Imad
Terbitan Pertama 2006
ISBN-13:978-983-192-020-6
ISBN-10:983-192-020-1
Harga: RM21.00

Sinopsis:

Masa yang terhenti kerana kegagalan bercinta membuatkan Shamsuri bertekad bagi mencari dewasa. Bukan tubuh badan dewasa yang dicari tetapi akal orang dewasa yang dicari.

Dalam pengembaraan itu, terhantuk dan terngadah menjadi lumrah. Namun, Shamsuri tidak pernah lupa untuk kembali bangkit. Setiap luka dan calar ditoreh duri bernama kegagalan dibiarkan menjadi bekas sebagai tanda ingatan bagi mencapai matlamat.

Persahabatan, pelajaran dan yang pastinya tidak dapat dielakkan, cinta, menjadi duri dan ranjau di sepanjang pengembaraan Shamsuri itu.

Tatkala Shamsuri cuba mencari cebisan terakhir kedewasaan, muncul gadis bernama Nisa' yang bermula sebagai seorang kawan yang cukup dikagumi ketegasannya. Namun, sedikit demi sedikit masanya seolah-olah bergerak semakin perlahan apabila perasaannya pada Nisa' mengalami metamorfosis.

Komen Mencari Dewasa

Komen saya:

Kisah percintaan seorang remaja lelaki Shamsuri yang baru mengenali erti dunia kedewasaan. Cinta monyet nya bagai bertepuk sebelah tangan. Dia menyimpan keinginan untuk memilikki gadis anak Ustaz yang mengajarnya. Walaubagaimana pun dia tidak diterima lantaran gadis tersebut telah mempunyai pilihan sendiri.

Pasrah dengan keadaan tersebut, Shamsuri meneruskan pelajaran ke Universiti, disitu dia bertemu dengan Idayu melalui sms, pun juga keadaan Shamsuri waktu itu terlaku muda dan tindakan nya yang tidak matang menyebabkan Idayu menjauhi diri.

Shamsuri terlalu taksub dengan perasaan dirinya. Dia perlu belajar bersabar dalam menangani jiwa yang meronta-ronta untuk memilikki gadis-gadis yang padanya menarik dan hebat. Tahun berlalu, Shamsuri mula belajar dari kesilapan lalu dengan menceburi persatuan di universiti. Menjadi pelajar senior dan aktif pula, Nisa' datang dalam kumpulan persatuannya lalu menjadi sahabatnya.

Walaupun Shamsuri merasakan ada sesuatu pada Nisa' tetapi setelah kegagalan yang dihadapi terhadap hubungan lalu, Shamsuri tidak lagi terburu2. Hingga ke peperiksaan akhir tahun, barulah hubungan terbina.....

Rating saya:
*** (Banyak dialog sms antara watak dan watak).

December 19, 2006

Dari Kepala Batas ke New Haven

Photobucket - Video and Image Hosting
Dari Kepala Batas ke New Haven
Sebuah Diari kehidupan Ashadi Zain
Terbitan: PTS Publication
Mukasurat: 331 ms
ISBN-14:978-983-192-008-4
ISBN-10:983-192-008-2
RM21.00
http://www.pts.com.my

Sinposis:

Kematian ayah tersayang tanpa diduga akibat barah menjadikan kehidupan Khalili bersama ibu dan adik-adik terumbang-ambing. Harapan dan bantuan daripada sanak saudara umpama harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Dibaluti segala keperitan hidup, yang dipandang hanyalah kesilapan, bukan kebaikan diri. Lalu apakah yang perlu dilakukan? Hanya kecekalan hati dan kasih sayang daripada ibu dan adik-beradik menjadi pembakar semangat untuk terus mewajai harapan dan cita-cita.

Dari Kepala Batas ke New Haven, satu pementasan hidup perjuangan anak muda dalam mengejar cita-cita dan impian. Hidup ini satu perjalanan yang hebat, dan kehebatan itu hanya terserlah selepas impian tercapai melalui satu rentetan suka dan duka.

Ringkasan cerita dari saya:

Kisah seorang kanak-kanak yang membesar penuh dugaan dan cabaran, dicaci dihina dan dihimpit kemiskinan hidup, Khalili keluar dari kesengsaraan, belajar dari keperitan hidup, lalu mejadi manusia yang berguna.

Buku ini menjurus kepada catatan kehidupan (diari) seorang kanak-kanak yang membesar dalam serba kekurangan, tapi akhirnya berjaya ke menara gading dan perkara2 kecil yang dilakukan semasa susah (menjual kuih ibu) telah banyak mengajar erti kehidupan dan perniagaan.

Ikuti kisah Khalili yang penuh motivasi, bagaimana di berusaha dari Kepala Batas, Eropah, UK sehingga ke New Haven.

Komen saya:
*** (sesuai untuk golongan 12tahun keatas). Bahasa yang tertib, tetapi penuh dengan unsur motivasi.

December 16, 2006

Duri - Fauziah Ashari



Add to cart
Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Media
Harga : RM21.50
ISBN : 983-4316-20-8

Sinopsis :

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

December 14, 2006

Buatmu Kekasih - Aisya Sofea

Photobucket - Video and Image Hosting
TAJUK : BUATMU KEKASIH PENULIS : Aisya Sofea HARGA : RM19.90 HaLAMAN : 588 ISBN : 00
Sinopsis Belakang Buku:Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermaknaTiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.

Sedutan dan komen Buatmu Kekasih

Berikut adalah sedutan dari Bab 1:

Air mataku menitis. Aku tidak mampu untuk menjawab jerkahan emak. Yang pasti, aku tidak tahu sejauh mana kekuatan kasih sayang kami mampu membuatkan suamiku kembali semula ke pangkuan kami.
"Tak bolehlah macam ni. Kalau perempuan tu yang tergila-gilakan suami kau, kau kena buat sesuatu. Entah-entah, dia dah termasuk jerat perempuan tu," pujuj emak perlahan.
"Nak buat macam mana mak? Ika tak boleh fikir apa-apa lagi dah. abang Fikri pun macam dah tak ingat rumah tangga lagi. Perempuan tu dahlah muda... cantik pulak. Siapa-siapa pun boleh terpikat."
:
:
Yang ini dari novel Jauh, adegan semasa Fikri cuba memujuk hati Ika:
Fikri memandang sekeliling. "It used to be Hilton. Tapi sekarang, Mutiara Hotel. Abang cuma nak beritahu Ika yang kita pernah makan di sini, di tempat yang sama, walaupun bukan di meja yang sama.

Tapi tempat ni sememangnya bawa banyak kenangan untuk kita, kan?"
Aku diam. Enggan menatap wajah dihadapanku.
"Kali pertama abang ajak Ika lunch di hotel ni, abang jemput Ika dengan driver abang. Sebab abang ada mesyUarat. Kita janji akan jumpa di hotel inilah, Ika ingat lagi?" Dia tersenyum sambil merenungku.
:
:
Komen saya:

Sebuah novel kompilasi kesinambungan lima novel Aisya Sofea yang sebelum nya. Seperti biasa, gaya bahasa dan jalan cerita yang penuh dengan emosi dan keseronokkan. Tiada apa yang perlu dikomen lagi, bagi peminat Aisya Sofea, ini adalah novel nya sekali lagi. Apakah terjadi selepas happy ending bagi lima novel sebelum nya?, sudah tentu ada konflik rumahtangga dan pelbagai dugaan.

Aisya Sofea sekali lagi memaparkan kisah masyarakat, seperti novel-novel sebelumnya, saya pasti novel ini akan laris dipasaran seperti Jauh ( Fikri dan Ika), Jendela Hati (Farah dan Lukman), Kau Untukku (Fuad dan Nurul), Sehangat Asmara (Zainal dan Kay) dan Gelora Jiwa (Hanif Ashman dan Intan Azureen)......



Rating saya:

***** (almost perfect!).

December 4, 2006

Jalan Jauh Ke Kampus




Sinopsis
Jalan Jauh ke Kampus mengisahkan kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya bergelar hafiz al-Quran. Walaupun menghadapi ujian besar dengan kematian ahli keluarga secara berturutan, Farid berjaya bergelar hafiz. Langkahnya tidak terhenti di situ. Dia mahu membuktikan yang hafiz juga boleh hidup seperti orang lain.

ISBN: ISBN 978-983-192-032-9
Writer: Ida Rizyani Tahir,
Total Pages: 336

Komen saya:

Ini kali pertama saya membaca novel dari pts publication. Secara keseluruhannya, novel ini berkisar tentang seorang remaja yang baru belajar berjinak dengan dunia luar (asrama). Menjadi seorang tahfiz bukan lah mudah. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Termasuk ditampar oleh senior atas kesalahan kecil.

Gaya bahasa seperti membaca novel pendidikan. Teratur dan tertib. Bagi peminat novel cinta, ini bukan novel nya.

Rating saya:
**1/2 bintang