Pencinta Novel

July 10, 2012

Seindah Sakura - Liza Zahra















Tajuk: Seindah Sakura
Penulis: Liza Zahira
ISBN: 978-983-124-489-0
Bil m/s: 501
Buy at Novel-online.com
 Sinopsis Belakang Novel:

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.

Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Ringkasan Cerita dari saya:

Kisah pengalaman kehidupan Shakira yang penuh dengan ranjau berduri. Novel ini memaparkan kisah hidup masyarakat yang agak keterlaluan dari segi kemiskinan hidup. Mungkin ada yang senasib dengan Shakira di luar sana, yang mana jiran-jiran hanya mampu melihat, dan jiran juga tidak mampu untuk menghulurkan bantuan lantaran kemiskinan sekampung. (Oh apekah masih ada segelintar masyarakat kampung yang begini?)

Shakira yang tidak mempunyai ayah, ditinggalkan oleh ibunya Rosmah yang mencari pekerjaan di Pulau Pinang. Dengan usia yang masih mentah, Shakira bekerja sementara di kedai runcit demi mencari sesuap nasi untuk moyangnya yang sudah terlalu tua. Rumah yang didiaminya juga hampir roboh, dan tragisnya, sewaktu Shakira sedang belajar di dalam kelas, dan tiba-tiba hujan turun mencurah-curah, Shakira menyelinap lari balik kerumahnya demi mengingatkan moyangnya yang mungkin akan mati kesejukkan akibat atap rumah yang bocor. (Uhhh sadis dan sedih sungguh part ni).

Keesokkannya moyangnya meninggal dunia. Tinggallah Shakira keseorangan. Datuk Walid, ahli perniagaan di kampung tersebut menawarkan diri untuk mengambilnya sebagai anak angkat, tetapi Shakira enggan dan tetap setia menunggu Rosmah pulang membawa wang untuk berpindah dari rumah buruk yang hampir roboh.

Keesokkannya Rosmah pulang, Shakira teruja dan memasak ubi rebus untuk ibunya, malangnya pihak polis datang dan menangkap Rosmah atas tuduhan membunuh tanpa niat. Shakira berlari meminta tolong dengan tok penghulu, dan terlupa dengan ubi rebus yang hampir empuk.

Sekembali dari rumah tok penghulu, rumah Shakira yang hampir roboh hangus dijilat api. -Sadisnya- 

Sementara itu, Cikgu Airil pula yang mulanya mengherdik Shakira akibat lari dari sekolah tempohari, terkejut melihatkan kedaifan Shakira. Dia mula jatuh hati pada Shakira. Datuk Walid pula mengambil Shakira tinggal dengannya. Datuk Walid mempunyai seorang anak perempuan (Anida) yang sangat bencikan Shakira walaupun sekelas.

Anida seorang antagonis yang menghina kemiskinan, manakala ayahnya pula seorang yang sangat pemurah dan baik budi. Airil pula adalah anak saudara Datuk Walid. Bermulalah kehidupan Shakira yang penuh dengan derita, terpaksa berhadapan dengan Anida. Sementara itu orang gaji Datuk Walid sangat sukakan Shakira dan teringin hendak menyatukan Shakira dengan Cikgu Airil. Tetapi hasrat nya tidak kesampaian kerana siapa lah dia di dalam rumah Datuk Walid.

Sewaktu cuti persekolahan, Shakira menyatakan hasrat untuk menziarah Rosmah di penjara Pulau Pinang. Anida mula mengatur rancangan jahatnya untuk menfitnah Shakira. Di bilik hotel, Anida sengaja menukar kunci bilik dengan cikgu Airil. Shakira difitnah berkelakuan sumbang. Cikgu Airil tidak dapat menahan rasa marahnya lalu menghantar Shakira ke rumah pemulihan akhlak tanpa sebarang soal. Shakira akur, mungkin ini hikmahnya, kerana dia berasa tenang berada di rumah pemulihan akhlak.

Cikgu Airil pergi dengan hati yang kesal, dan pergi membawa diri ke kota London untuk melanjutkan pelajaran dan bertekad tidak akan pulang. Shakira pula, selesai SPM, dia telah dipinang Datuk Walid, dan dia terpaksa menerimanya.

Ada lagi adegan2 suspen. Shakira diceraikan, Shakira kahwin dgn Roni yang memukul dan menipunya, Shakira menguruskan syarikat yang ditinggalkan Datuk Walid. Datuk Walid sebenarnya memadukan Syakira dengan Nadrah. Anida yang hilang arah, moral dan menjadi gadis sosial di kota London. Anida akhirnya berkahwin dengan Cikgu Airil demi Datuk Walid. Datuk Walid pengsan dihari pelancaran Novel Shakira, dan menemui ajal sehari selepas itu akibat perbuatan Anida.

Akhirnya ..... mesti la happy ending ... tapi trauma demi trauma, dan supens demi suspens..

Rating saya: **** (4/5 bintang.....) Saya suka novel ni sebab tiap2 kali tukar bab, mesti ada doa sebelum permulaan paragraph... Best lah!.

Post a Comment